30/01/2026
JTKSM 开展"女佣行动"以打击人口贩运和强迫劳动
马来西亚半岛劳工部于2026年1月执行了"女佣行动",作为一项针对外籍家庭佣工/帮佣的人口贩运和强迫劳动案件的预防措施。该行动是JTKSM在2026年全年计划的12项月度执法行动之一。
此次"女佣行动"在整个马来西亚半岛同步展开,共涉及153名JTKSM官员以及来自其他部门/机构的114名执法人员,这些机构包括社会保障组织、移民局和皇家马来西亚警察。
根据进行的检查结果发现,大多数雇主遵守了既定的劳工法律条款。对于技术性或非关键性的违规行为,已发出警告作为纠正措施。然而,针对违反《1955年劳工法令》的行为,将开启七份调查档案。
此外,还存在涉及其他部门/机构的违法行为,例如违反《1971年雇员社会保险法令》、《法令4及第32项普通条例》以及《1959/63年移民法令》。
#马来西亚半岛劳工部
#人力资源部
JTKSM LAKSANAKAN OP MAID BAGI MENCEGAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN BURUH PAKSA
JTKSM telah melaksanakan Op Maid pada bulan Januari 2026 sebagai satu langkah pencegahan kes pemerdagangan orang dan buruh paksa ke atas pekerja domestik/pembantu rumah asing. Operasi ini adalah salah satu daripada 12 operasi penguatkuasaan bulanan yang telah dirancang oleh JTKSM sepanjang tahun 2026.
Op Maid ini telah dilaksanakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia yang telah melibatkan 153 orang pegawai JTKSM dan 114 pegawai penguatkuasaan dari jabatan/agensi lain iaitu PERKESO, JIM dan PDRM.
Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati bahawa majoriti majikan mematuhi peruntukan undang-undang perburuhan yang ditetapkan. Bagi pelanggaran bersifat teknikal atau tidak kritikal, teguran telah dikeluarkan sebagai langkah pembetulan. Walau bagaimanapun, sebanyak tujuh Kertas Siasatan (KS) akan dibuka bagi pelanggaran di bawah Akta Kerja 1955.
Selain itu, terdapat juga kesalahan di bawah jabatan/agensi lain seperti kesalahan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Akta 4 dan Peraturan 32 Am dan Akta Imigresen 1959/63.