Kesatuan Mahasiswa Mandiri - KAMI UTHM

Kesatuan Mahasiswa Mandiri - KAMI UTHM KAMI merupakan sebuh entiti mahasiswa yang independen. Sebuah gerakan yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa, otonomi mahasiswa dan kebebasan akademik.

"APAKAH PERKEMBANGANNYA? APAKAH KESANNYA? APAKAH KESUDAHANNYA? ADAKAH SEKADAR PROPAGANDA?5 JANUARI 2018 bersamaan 17 Rab...
05/01/2018

"APAKAH PERKEMBANGANNYA? APAKAH KESANNYA? APAKAH KESUDAHANNYA? ADAKAH SEKADAR PROPAGANDA?

5 JANUARI 2018 bersamaan 17 Rabi’ul Akhir 1439H

Minggu ulangkaji bagi pelajar UTHM di kejutkan dengan kenyataan berani 2 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Terdahulu saudara Syazwan Afif yang merupakan Naib Yang Di-Pertua 1 memuat naik kenyatan beliau pada 24 Disember berkenaan yuran pelajar di akaun facebook peribadi beliau. Kenyataan bertajuk “Sampai Bila Nak Sorok” ditujukan kepada pihak bendahari UTHM berikutan terma yuran pelbagai dalam pernyataan akaun kewangan pelajar. Bermula 2016, yuran pelajar tidak lagi diperincikan dan jumlah yuran mula naik secara mendadak bagi yuran pengajian dan yuran kolej kediaman. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar berikutan terdapat ruang bagi berlakunya ketirisan pihak pengurusan menggunakan yuran yang dibayar oleh para pelajar.

Beberapa hari selepas itu (27 Disember), saudara Mohamad Reeza yang merupakan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar p**a memuat naik status juga di akaun peribadi facebook beliau berkenaan kebajikan mahasiswa di kampus UTHM Pagoh. Pada September lepas, tiga buah fakulti telah dipindahkan dari kampus utama di parit Raja, Batu Pahat ke kampus baru yang terletak di Hub Pendidikan Pagoh, Muar yang menempatkan 4 buah IPTA terdiri dari UTHM, UIA, UTM dan Politeknik Tun Syed Nasir. Universiti kita merupakan IPTA yang mempunyai jumlah perpindahan pelajar teramai namun kelihatan gagal menguruskan dan memastikan kebajikan pelajar terjaga walaupun dengan skala minimum. Menerusi kenyatan beliau yang bertajuk “Sampai Bila Nak Macam Ni” Saudara Reeza telah melahirkan rasa kesal beliau mewakili para pelajar kepada pihak pengurusan yang tidak cekap seperti dan bertindak acuh tak acuh terhadap kebajikan dan keperluan pelajar sehingga minggu terakhir pengajian berlalu.

Seiring dengan salah satu gagasan yang cuba diketengahkan oleh Kesatuan Mahasiswa Mandiri (KAMI) bagi mencapai lanskap kampus harmoni iaitu Pentadbiran Kampus yang Cekap dan Berintegriti, KAMI menyokong penuh tindakan dan usaha yang dilakukan oleh kedua-dua wakil MPP ini. KAMI menyeru para pelajar untuk memberi sokongan kepada usaha mereka bagi menekan/menegur pihak pengurusan supaya tindakan yang sewajarnya diambil dengan segera menggunakan apa-apa cara/saluran yang dirasakan sesuai dan masih menjaga kesejahteraan kampus.

Namun sehingga hari ini apakah kesan? Apakah perkembangan? Apakah kesudahannya?. Adakah suara mahasiswa tidak dipedulikan lagi?

‘Mahasiswa Mandiri, Menjana Solusi | Mahasiswa Terbina, Kampus Sejahtera’

Madihah binti Abd Muhaimin,
Timbalan Pengerusi,
Kesatuan Mahasiswa Mandiri (KAMI) UTHM.

24/12/2017

KAMI bersama saudara Syazwan ! 💪🏻

[JADUAL BARU PERGERAKAN BAS DARI KOLEJ KEDIAMAN PAGOH KE UTHM KAMPUS PAGOH]Assalamualaikum & salam sejahtera. Berhubung ...
14/11/2017

[JADUAL BARU PERGERAKAN BAS DARI KOLEJ KEDIAMAN PAGOH KE UTHM KAMPUS PAGOH]

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Berhubung perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM telah mengambil serius aduan yang dilaporkan oleh mahasiswa mengenai jadual pergerakan bas yang sedia ada.

Pihak MPP UTHM telah berbincang dengan pihak Pusat Perumahan & Pengangkutan Pelajar (P2P) UTHM mengenai jadual pergerakan bas yang sedia ada ini dan mencadangkan kepada P2P cadangan jadual baru berpandukan aduan dan cadangan yang diterima daripada mahasiswa.

Cadangan jadual ini telah diterima oleh Prof Madya Dr Ahmad Rizal, Pengarah P2P dan jadual baru telah dikeluarkan. Jadual baru ini akan mula berkuatkuasa pada 19 NOVEMBER 2017 (AHAD)

Harap kemudahan bas ini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh semua mahasiswa UTHM Kampus Pagoh.

Sekian, terima kasih.

JABATAN KEBAJIKAN & KOLEJ KEDIAMAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
SESI 2017/2018

12/11/2017

*KUTIPAN KILAT/CROWDFUNDING*

Projek Pepper Spray UM!

1. Berita mahasiswa UITM dirogol di Shah Alam baru baru ini tidak harus kita pandang enteng.

2. Kes kecurian pakaian dalam wanita di beberapa Kolej Kediaman di UM juga menimbulkan kerisauan tentang keselamatan mahasiswi di kampus.

Ayuh kita bertindak, pastikan kampus UM selamat!

*RM10 minima, DEMI KESELAMATAN SISWI KITA*

RM500 diperlukan untuk dana Projek Pepper Spray. Kutipan akan dijalankan dalam 24jam dan edaran akan dibuat minggu hadapan.

Hubungi wakil Demokrat UM.

IMAN NAJAA - 0172131060
DANIEL - 0103899746

23/10/2017

[NOTIS MAKLUMAN WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN GUNA SAMA]

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa waktu operasi Perpustakaan Guna Sama (Library Shared Facilities ) akan dilanjutkan waktu operasinya dari jam 8 pagi sehingga 10 malam bermula pada hari Rabu bersamaan 1 November 2017.

Seperti yang sedia maklum sebelum ini (22 Oktober 2017), bahawa kegunaan waktu operasi , Perpustakaan Guna Sama (Library Shared Facilities) hanyalah beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Penambahan waktu operasi ini membolehkan para pelajar menggunakan perpustakaan di luar waktu kuliah.

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan peluang sedia ada dengan sebaik mungkin pada masa yang akan datang.

NURUL SHAFIQAH BINTI ISMAIL
JABATAN KEBAJIKAN DAN KOLEJ KEDIAMAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2017/2018

20/10/2017

[UCAPAN TAKZIAH KEPADA SAUDARA SYED MOHAMMAD MAMDOOH ]

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu adalah diatas ketentuan Allah S.W.T.

Dengan ini , dipihak KAMI UTHM ingin mengucapkan tazkiah kepada keluarga Syed Mohammad Mamdooh Wafa bin Syed Mohd Iskandar atas pemergian arwah pada 19/10/2017 atas kemalangan yang menimpa beliau.

KAMI UTHM mendoakan yang terbaik daripada Allah SWT supaya segala urusan keluarga dipermudahkan dan sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuhinya.

Semoga Allah memberkati dan menempatkan arwah di tempat yang baik.

- KAMI UTHM 17/18 -

Takde duit nak boost post, kita pakat up lagi jelah.RM 20 - UTHMRM27 - Selain UTHM (kos pos)Pakat tular gambar ni deh.
09/10/2017

Takde duit nak boost post, kita pakat up lagi jelah.

RM 20 - UTHM
RM27 - Selain UTHM (kos pos)

Pakat tular gambar ni deh.

09/10/2017

Mohon doa segalanya dimudahkan buat sahabat kita ini.

*Kredit gambar - Tuan Pengerusi

JUALAN KUTIPAN DANA - JUALAN 'BUKU MAHASISWA BUKAN MACAI' Jualan buku ini adalah inisiatif KAMI untuk menjana kewangan b...
08/10/2017

JUALAN KUTIPAN DANA - JUALAN 'BUKU MAHASISWA BUKAN MACAI'

Jualan buku ini adalah inisiatif KAMI untuk menjana kewangan bagi program-program yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Ini juga manifestasi komitmen KAMI dengan semangat independen dan mandiri sebagai sebuah gerakan mahasiswa bebas dari percaturan parti politik LUAR yang berasaskan perebutan kuasa semata-mata.

Harga buku ini cuma RM 20,
YA RM 20
RM 20
20

Tapi ada juga kos penghantaran bagi mereka yang jauh dari UTHM. Kos penghantaran cuma RM 7,
YA RM 7
RM 7
7 SAHAJA.

Kepada yang berminat boleh hubungi no tertera di poster.

Preview buku akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Apa tunggu lagi, beli beli beli.

MAKLUM BALAS KESATUAN MAHASISWA MANDIRI (KAMI UTHM) BERIKUTAN NOTIS PROSES KERJA PENGGANTIAN KIPAS ANGIN DI KOLEJ KEDIAM...
05/10/2017

MAKLUM BALAS KESATUAN MAHASISWA MANDIRI (KAMI UTHM) BERIKUTAN NOTIS PROSES KERJA PENGGANTIAN KIPAS ANGIN DI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR.

5 Oktober 2017 bersamaan 14 Muharam 1439H

KAMI menzahirkan ucapan tahniah kepada piihak Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P) UTHM Pagoh kerana prihatin dengan keselamatan para pelajar berikutan kemalangan yang melibatkan pelajar minggu-minggu kebelakangan ini. Meskipun seperti sudah terhantuk baru tergadah, tindakan dan notis serta merta dari pihak P2P menunjukkan pihak pengurusan benar-benar memandang serius keselamatan pelajar. KAMI berpendapat tindakan ini masih perlu dipuji.

Walaubagaimanapun, KAMI ingin membawa pihak P2P meniliti kembali proses perlaksanaan proses kerja penggantian kipas angin di kolej kediaman pelajar bertarikh 4 Oktober 2017. Proses yang melalui 3 fasa ini kelihatan akan mengambil masa yang panjang berikutan pihak P2P sendiri tidak dapat memastikan tarikh akhir proses tersebut akan selesai.

Merujuk kepada perkara (a) dalam notis tersebut iaitu bekalan elektrik untuk kipas akan ditamatkan, pihak KAMI memohon penjelasan adakah pemotongan kuasa elektrik adalah berikutan keselamatan pelajar atau proses membuka dan menanggalkan kipas sedia ada akan turut dijalankan secara serta-merta. KAMI berpendapat notis dari pihak pengurusan perlu lebih jelas agar pelajar tidak mengeluarkan spekulasi sendiri dan menimbulkan suasana tegang antara pihak pengurusan dengan para pelajar. Notis yang lebih jelas akan membantu pelajar untuk merancang tindakan dan mencadangkan jalan keluar yang lebih baik kepada pihak pengurusan.

KAMI berpendapat pemotongan secara berperingkat kepada blok-blok kolej sepanjang proses membuka kipas sedia ada berlaku adalah tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya para pelajar memberi kerjasama untuk tidak menggunakan kipas syiling apabila ada ahli bilik yang berada di tingkat atas katil. Maka pelajar masih boleh menggunakan kipas apabila sedang belajar dan melakukan urusan lain di lantai bilik.

KAMI merasakan mahsiswa-mahasiswi yang ditakdirkan pindah ke Pagoh adalah para pelajar yang matang dan sentiasa berusaha untuk rasional dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh pihak pengurusan. Seperti mana para pelajar berusaha yakin dengan justifikasi pihak pengurusan, KAMI mengharapkan pihak pengurusan dapat meletakkan kepercayaan kepada para pelajar untuk melakukan inisiatif menyokong usaha menjaga keselamatan pelajar.

KAMI mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha keras pihak MPP dan MKP dalam menangani konflik yang timbul pada masa ini. Semoga dengan perjalanan masa dan pengalaman isu-isu sebegini lebih mematangkan kita bersama agar dengan hikmah kita dapat meneroka peluang-peluang membagun mahasiswa.

‘Mahasiswa Mandiri, Menjana Solusi | Mahasiswa Terbina, Kampus Sejahtera’

Madihah binti Abd Muhaimin,
Timbalan Pengerusi,
Kesatuan Mahasiswa Mandiri (KAMI) UTHM.

MAHASISWA BUKAN MACAI PEMBANGKANG, BUKAN PAK TURUT KERAJAANApa justifikasinya mahasiswa menyokong kerajaan atau menolak ...
04/10/2017

MAHASISWA BUKAN MACAI PEMBANGKANG, BUKAN PAK TURUT KERAJAAN

Apa justifikasinya mahasiswa menyokong kerajaan atau menolak pembangkang.

Mahasiswa punyai politiknya yang tersendiri, yang berdiri atas idealismenya yang tersendiri.

Jangan disamakan suara mahasiswa dan suara perebutan kuasa parti politik luar samada kerajaan mahupun pembangkang.

Belum tentu angka 30 yang menang menyokong kerajaan dan angka 4 itu menolak kerajaan p**a. Mahasiswa punya idealisme yang tersendiri.

Meminjam kata-kata saudara Rahman Imuda, "Mahasiswa Bukan Macai".

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. [ ISU PELEKAT KENDERAAN PELAJAR UTHM KAMPUS PAGOH]Berikut adalah ketetapan dan kepe...
02/10/2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[ ISU PELEKAT KENDERAAN PELAJAR UTHM KAMPUS PAGOH]

Berikut adalah ketetapan dan keperluan yang diperlukan untuk mendapatkan pelekat kenderaan ;

Tarikh : 3 & 4 Oktober 2017
Masa : 8.30 pagi hingga jam 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 3, aras 1, Blok Pentadbiran Kampus Pagoh.

1. Kad Pelajar (Salinan tidak diperlukan )
2. Lesen Memandu yang Sah (Salinan tidak diperlukan)
3. Bukti Pemilikan Kenderaan / Gambar Geran Kenderaan yang akan Didaftarkan

Berkenaan dengan perkara di atas, sekiranya para pelajar mengalami kesukaran untuk mendapatkan pelekat kenderaan pada ketetapan tersebut;

1. Para pelajar dibenarkan menghantar wakil. Akan tetapi, wakil tersebut perlu membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

2. Bagi pelajar yang masih gagal menghantar wakil pada ketetapan berikut, Bahagian Pengurusan Keselamatan akan tetapkan satu tempoh masa yang baru untuk pelajar mendapatkan pelekat kenderaan.

NURUL SHAFIQAH BINTI ISMAIL
EXCO JABATAN KEBAJIKAN & KOLEJ KEDIAMAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2017/2018

Address

Parit Raja
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Mahasiswa Mandiri - KAMI UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share