04/06/2021
Vakum Habuk Pemadam (VHP)
Episod 1 - Pengenalan
Inovasi produk yang kumpulan kami pilih bagi projek inovasi ini adalah berkonsepkan User-Friendly yang mana inovasi yang dilakukan terhadap produk ini adalah menyumbang kepada kecekapan, kemudahan operasi, mesra pengguna serta mesra alam. Produk ini juga merupakan peralatan atau produk yang mudah untuk digunakan oleh pengguna pelbagai kategori dari seawal umur 7 tahun.
Produk ini juga bertujuan untuk memudahkan sesuatu proses kerja yang dilakukan oleh pengguna. Tema yang dipilih adalah skop kemudahan peralatan alat tulis yang mana mana produk inovasi tersebut yang lebih menfokuskan kepada mesra pengguna serta mesra alam, dan juga turut mempunyai pelbagai kegunaan pada produk ini. Projek ini telah dinamakan sebagai Vakum Habuk Pemadam (VHP) yang mana produk tersebut memudahkan kerja-kerja memadam dan membersihkan habuk pemadam dalam satu-satu masa sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Idea bagi menghasilkan produk inovasi ini tercetus daripada masalah yang timbul daripada kalangan pengguna iaitu pelajar-pelajar yang sering membuang habuk pemadam ke lantai selepas kerja memadam. Hal ini membuat guru yang melihatnya itu marah kerana habuk pemadam bersepah di lantai. Produk ini mampu memadam kesan tulisan atau lukisan serta boleh menyedut atau membersihkan habuk pemadam tersebut dalam satu produk yang sama. Oleh itu, fungsi bagi produk inovasi ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja memadam dan membersihkan habuk pemadam disamping memastikan produk yang digunakan adalah mempunyai ciri keselamatan yang baik, mesra pengguna dan produk tahan lebih lama.
Dibawah merupakan cadangan lakaran / reka bentuk dan susunan komponen-komponen VHP. Sebarang pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 😄.