30/04/2024
Selamat Menyambut Hari Pekerja | 1 Mei 2024 “Pekerja Kesuma Bangsa” diucapkan kepada anda semua dan juga khususnya buat seluruh kakitangan Konsortium Pasar Borong Sdn Bhd (KPB). Hari Pekerja mengangkat tema “𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀”. Tema ini dipilih bagi menunjukkan pekerja adalah harapan negara, tulang belakang negara dan tonggak ekonomi negara.
Setiap tahun pada tanggal 1 Mei merupakan tarikh yang amat bermakna bagi semua pekerja di Malaysia kerana ianya merupakan cuti khas bagi golongan pekerja. Tidak kira apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh kita ianya tetap menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan negara.
Ikhlas daripada Pengurusan Konsortium Pasar Borong Sdn Bhd (KPB).