Anas Sazali

Anas Sazali Sharing real business experience. Specialized in Sdn Bhd advisory, Company Secretary, Tax & Accounting.
(1)

AAS BizFiling PayrollNew payroll system secara web-based platform and mobile friendly. System ni menggantikan AAS Payrol...
02/08/2026

AAS BizFiling Payroll

New payroll system secara web-based platform and mobile friendly. System ni menggantikan AAS Payroll System (Excel) saya yang lama. Saya kekalkan konsep 1 screen utk kira payroll semua pekerja. Lebih mudah dan lengkap.

Tahu tak yang sebenarnya Zakat boleh menggantikan PCB yang perlu dibayar setiap bulan. Zakat daripada potongan gaji berbeza dengan zakat bayar sendiri.

Boleh tengok-tengok dulu. Percuma payroll bulan pertama. Link di komen. Yang pernah daftar akaun sebelum ni untuk download excel system dulu, kena daftar akaun balik ya.

09/07/2026

Skim Lindung 24 Jam dah jalan pun boleh u-turn.

Withholding Tax (WHT) pun ptut dikaji semula. Digital Tax dah kena caj, tapi biz owner masih kena tanggung WHT.

18/06/2026

Macam biasa. Hari terakhir untuk hantar Borang B 2025 (individu yang ada pendapatan perniagaan) kepada LHDN pada 15 Julai ni.

Kena sediakan dulu Management Account, Tax Computation dan hantar Borang B. Bukan hantar borang sahaja tapi bayaran cukai pun kena buat sebelum 15 Julai ni.

Kalau yang Perkongsian lain sikit. Hantar Borang P dulu. Kemudian setiap pekongsi hantar Borang B masing2.

Simpan dokumen2 supporting, Management Account, Ledger dan Tax Computation tu in case kalau LHDN nak semak kemudian hari. Yang personal relief punya supporting document pun kena simpan juga.

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) / Skim Lindung 24 JamUntuk majikan, mulai gaji June 2026 ni, Perkeso ada ski...
31/05/2026

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) / Skim Lindung 24 Jam

Untuk majikan, mulai gaji June 2026 ni, Perkeso ada skim terbaru yang wajib dibuat untuk pekerja. Skim ni untuk beri perlindungan kepada pekerja andai ada kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja dan bukan disebabkan kerja.

Skim ni tak menambahkan perbelanjaan majikan. Cuma majikan bertanggungjawap untuk potong daripada gaji pekerja dan bayar kepada Perkeso setiap bulan.

Untuk fasa pertama ni, kadar caruman adalah 0.75% daripada gaji bulanan. Kiraan kena ikut jadual yang diberi. Dan sama juga tertakluk kepada siling gaji RM6,000.

So bulan 6 ni majikan kena pastikan ada pemotongan skim baru ni di slip gaji pekerja.

04/04/2026

Ramai owner share benda ni dengan kami…

“Sales ok… tapi hujung bulan duit macam tak cukup”

Pernah rasa macam ni?

Masalahnya bukan hanya lihat kepada sales.

Kadang problem sebenar ada dalam team sendiri.

Contoh yang selalu jadi:

• Sales masuk RM100K
• Tapi cost staff + operation dah RM90K

Tinggal RM10K…

Belum kira lagi:
– Overhead
– Marketing
– Error / inefficiency

Akhirnya?

Company nampak busy…
Tapi sebenarnya tak buat duit.

Ini yang ramai tak nampak.

Bila kita tengok lagi dalam:
- Ada staff yang generate revenue
- Ada staff yang bleeding cash flow
- Ada role yang sebenarnya tak perlu pun

Masalahnya…

Semua ni tak nampak kalau kita tak pernah kira atau tak tahu nak kira.

Soalan paling penting sebenarnya bukan:

“Sales aku bulan ni cukup ke tak?”

Tapi…

“Team aku ni sebenarnya buat duit… atau makan duit?”

Kalau kau pernah rasa “sales ada tapi duit tak cukup”…

Komen “PERNAH”

Kami nak tengok berapa ramai owner yang hadapi benda ni. Supaya kita boleh bantu atasi situasi macam ini.

-HR Team Tuan Anas

29/03/2026

Ramai owner fokus nak tambah sales.
Tapi jarang tanya…

“Team aku sekarang betul-betul productive ke?”

Kadang bukan masalah sales.
Kadang masalah sebenar adalah:

Role tak jelas

Orang buat kerja sama

Ada yang underperform tapi tak nampak

Bila benda ni berlaku lama-lama…
Bukan je penat
Tapi sebenarnya duit tengah bocor senyap-senyap

Ini bukan salah staff semata-mata.

Selalunya ini soal:
structure dan system dalam syarikat.

Kami perasan satu benda…
Ada workforce yang sebenarnya bantu generate profit.

Dan ada juga workforce yang diam-diam bleed cashflow.

Persoalannya…

Macam mana nak tahu team kita sekarang generate profit

atau sebenarnya tengah jadi beban?

Ramai ke nak tahu? Komen Like post ni dan komen "Nak Tahu" supaya nanti anda tak terlepas next post.

-Team HR Partner Tuan Anas Sazali

“Majikan tak benarkan solat Jumaat?”Atau sebenarnya…masalah tiada sistem?Baru-baru ini, satu insiden melibatkan perniaga...
24/03/2026

“Majikan tak benarkan solat Jumaat?”

Atau sebenarnya…

masalah tiada sistem?

Baru-baru ini, satu insiden melibatkan perniagaan F&B menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dakwaannya: pekerja lelaki Muslim tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat.

Majikan menafikan.

Pekerja p**a beri versi berbeza.

Namun, ini bukan sekadar isu agama.

Ini adalah isu pengurusan manpower dan pematuhan undang-undang.

Apa isu sebenar?

Solat Jumaat:
Berlaku dalam waktu yang tetap
Tidak boleh “di-rotate”
Wajib bagi lelaki Muslim

Dalam masa yang sama, industri seperti F&B dan retail:
Beroperasi pada waktu puncak makan tengah hari
Sangat bergantung kepada tenaga kerja

Di sinilah ada konflik yang berlaku.

Untuk Pemilik Perniagaan: Apa yang ANDA perlu faham

Garis panduan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) adalah jelas:
✔️ Pekerja mesti diberikan masa yang mencukupi untuk menunaikan solat Jumaat (±1.5 jam)

Dalam masa yang sama:
✔️ Majikan berhak mengurus operasi
✔️ Majikan boleh menetapkan struktur, jadual dan kawalan

Jadi apa solusi SEBENAR?
Bukan larangan.
Bukan kebebasan tanpa kawalan.

Tetapi reka bentuk sistem.
Hybrid staffing (guna staf bukan Muslim atau wanita sebagai sokongan)
Staggered exit (kawal aliran keluar, bukan rotate solat)
Pengurangan operasi sementara
Atau penutupan sementara jika tenaga kerja tidak mencukupi

Masalah sebenar bukan pekerja pergi solat Jumaat.

Masalah sebenar ialah ketiadaan SOP khusus untuk hari Jumaat.

Untuk Pekerja: Ketahui hak anda
Anda berhak:
✔️ Mendapat masa munasabah untuk menunaikan solat Jumaat
✔️ Tidak dihalang

Jika anda menghadapi:
Larangan secara terus
Ancaman tindakan disiplin kerana menunaikan solat
Tekanan untuk memilih antara kerja dan kewajipan agama

Anda boleh:
Membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
Mendapatkan nasihat undang-undang
Dalam keadaan tertentu, mempertimbangkan tuntutan constructive dismissal

Tetapi ingat (ini penting)
Hak datang bersama tanggungjawab.
Pekerja tidak boleh:
❌ Meninggalkan tempat kerja tanpa makluman
❌ Menyalahgunakan alasan agama untuk mengelakkan tanggungjawab kerja

Kesimp**an
Ini bukan tentang “majikan yang zalim” atau “pekerja yang bermasalah”.

Ini adalah tentang:
Ketiadaan struktur, SOP dan komunikasi yang jelas.

Menghadapi isu HR, pematuhan atau pengurusan pekerja?

Huhungi team kami untuk dapatkan HR Membership Package.

15/03/2026

Raya 2026: Kenapa Ada Pekerja Cuti Dari Jumaat 20.3.26 Sampai Isnin 23.3.26?

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026.

Namun ramai majikan dan HR masih keliru bagaimana struktur cuti ini berfungsi dari sudut undang-undang.

Mari kita lihat dua kemungkinan.

Scenario 1
Jika Hari Raya jatuh pada Jumaat

Jumaat
Hari Raya Aidilfitri – Hari Pertama

Sabtu
Hari Raya Aidilfitri – Hari Kedua

Ahad
Rest Day

Isnin
Cuti tambahan yang diumumkan oleh kerajaan

➡️ Jumlah hari tidak bekerja: 4 hari berturut-turut

Scenario 2
Jika Hari Raya jatuh pada Sabtu

Jumaat
Cuti tambahan yang diumumkan oleh kerajaan

Sabtu
Hari Raya Aidilfitri – Hari Pertama

Ahad
Hari Raya Aidilfitri – Hari Kedua (jatuh pada Rest Day)

Isnin
Replacement Holiday kerana public holiday jatuh pada rest day

➡️ Jumlah hari tidak bekerja: 4 hari berturut-turut

Asas Undang-Undang Yang Ramai Tak Sedar

Cuti tambahan yang diumumkan kerajaan dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951, yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am tambahan.

Manakala bagi majikan, pengurusan cuti pekerja p**a tertakluk kepada Seksyen 60D Akta Kerja 1955.

Di bawah seksyen ini, majikan boleh:
• menggantikan hari kelepasan am kepada hari lain
• dengan persetujuan pekerja
• bagi tujuan mengurus operasi atau jadual kerja

Ini membolehkan syarikat menyusun semula tenaga kerja atau mengawal kos bayaran kerja pada public holiday.

Perkara Penting Untuk Majikan

Jika pekerja diminta bekerja pada hari kelepasan am, majikan perlu mematuhi kadar bayaran yang ditetapkan di bawah Seksyen 60D Akta Kerja.

Sebab itu banyak syarikat akan:
• menyusun jadual kerja lebih awal
• menutup operasi sementara
• atau menggantikan cuti kepada hari lain
bagi memastikan pematuhan undang-undang dan pengurusan kos yang lebih baik.

Jika syarikat perlu servis HROutsource atau nak subscribe HRMembership boleh tengok link di komen.

18/02/2026

Ramai syarikat masih melihat HR hanya sebagai tempat proses gaji dan uruskan hal-hal pentadbiran semata mata.

Tetapi hakikatnya, HR boleh jadi “profit protector” atau boleh jadi punca kerugian, bergantung kepada bagaimana sistem itu dibina.

Bila proses HR lemah:

• Penamatan jadi kes Mahkamah Perusahaan
• Siasatan dalaman tak teratur
• Prestasi pekerja tak terkawal
• Retrenchment jadi isu emosi
• Dokumen tak lengkap

Akhirnya yang terbakar bukan sekadar hubungan majikan dan pekerja, tetapi koyakkan keuntungan syarikat.

Sempena bulan Ramadan ini, our HR team akan kongsikan satu sesi khas selama 1 jam pada waktu lunch hour:

FROM PAYROLL TO PROFIT
Redesign HR for 2026

Dalam sesi ini kita akan bincangkan:

• Bagaimana HR boleh mempengaruhi revenue per employee
• Risiko undang undang bila proses tak dijaga
• Cara bina sistem prestasi yang defensible
• Bagaimana selaraskan HR dengan objektif komersial syarikat

Tarikh: 19 Februari 2026
Masa: 1.00 PM – 2.00 PM
Platform: Online

Daftar di komen

Manfaatkan waktu rehat tengah hari untuk refleksi dan juga untuk perkemaskan sistem dalaman syarikat.

Jaga Proses, Jamin Harmoni.

KES RUMAH BANYAKDalam kes macam ni, kebiasaannya LHDN akan menilai bayaran bulanan rumah, deposit awal, pinjaman-pinjama...
16/01/2026

KES RUMAH BANYAK

Dalam kes macam ni, kebiasaannya LHDN akan menilai bayaran bulanan rumah, deposit awal, pinjaman-pinjaman lain, hasil sewaan, pendapatan lain dan aset2 yang dimiliki.

Semua ini akan dibandingkan dengan pendapatan yang telah diisytiharkan dalam rekod cukai sebelum ini.

Daripada perbandingan tu, LHDN boleh menentukan sama ada wujud pendapatan yang terkurang isytihar atau tidak.

Kalai ada kekurangan, cukai terkurang akan dituntut semula dan penalti boleh dikenakan sehingga maksimum 3 kali ganda. Bergantung budi bicara LHDN.

Ada banyak aset bukan satu kesalahan, tetapi ia perlu selari dengan pendapatan yang diisytiharkan.

Kesimp**annya, berhati-hatilah dalam urusan cukai.

Address

No 12-2, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anas Sazali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Anas Sazali:

Shortcuts

Share