04/10/2026
๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฌ๐จ, ๐๐๐๐๐ฅ๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐ฌ๐ ๐๐จ๐๐ฅ ๐๐๐๐ฆ๐!
PUTRAJAYA , 4 Oktober 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Program Sijil Reka Bentuk & Pembuatan Perabot (SRP), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) serta pensyarah pembimbing, En. Mohd Faizal bin Yusoff, atas kejayaan membanggakan dalam SustainableWood DIY Contest: From Waste to Wonder anjuran Malaysian Timber Council (MTC) yang telah berlangsung di IOI
CITY MALL, Putrajaya..
Lebih membanggakan apabila tiga (3) pasukan pelajar SRP 1 dan SRP 2 KKKL berjaya terpilih dalam TOP 10 pertandingan, membuktikan kreativiti, kemahiran teknikal dan inovasi pelajar TVET dalam menghasilkan produk berasaskan kayu yang mempunyai nilai estetika serta potensi untuk diketengahkan.
โช๏ธPASUKAN 1 (SRP 1)
Produk: LENGKUNGAN CAHAYA ESTETIKA
- Muhammad Danny Ashraff bin Ishamuddin
- Shiekh Ajnabil bin Shiekh Fazilur Rahman
- Muhammad Haikal bin Azmi
๐ PENCAPAIAN ISTIMEWA: PEMENANG UNDIAN TERBANYAK (MOST VOTED)
Produk Lengkungan Cahaya Estetika berjaya mendapat sokongan undian tertinggi, sekali gus menyerlahkan daya tarikan idea dan kreativiti hasil tangan anak-anak TVET KKKL.
โช๏ธPASUKAN 2 (SRP 1)
Produk: REBORN LIGHT
Muhammad Arif bin Muhammad Azmi
Muhammad Alif bin Muhammad Azmi
Muhammad Anuar Saifudin bin Affis
Satu lagi karya kreatif yang berjaya membawa nama SRP KKKL ke pentas Top 10, dengan mengetengahkan konsep menghidupkan semula bahan kepada produk yang mempunyai nilai dan fungsi.
โช๏ธPASUKAN 3 |(SRP 2)
Produk: THE STANDLIGHT
Allahyarham Ahmad Hadif Fitrie bin Mohd Fadzlie
Muhammad Imanduddin bin Mohd Izwani
Karya The Standlight turut berjaya menempatkan diri dalam Top 10, membuktikan bakat dan kreativiti pelajar SRP terus berkembang dari satu generasi ke generasi.
Kejayaan ini bukan sekadar tentang sebuah pertandingan. Ia adalah manifestasi ilmu, kemahiran, kreativiti, bimbingan dan keberanian pelajar TVET untuk mencipta sesuatu yang bernilai daripada sumber yang tersedia.
๐ฑ WASTE โ IDEA โ DESIGN โ INNOVATION โ ACHIEVEMENT!
Daripada bahan yang mungkin dianggap tidak lagi bernilai, lahir karya yang mendapat perhatian, sokongan dan pengiktirafan.
Inilah wajah TVET yang kita banggakan.
Bukan sekadar belajar menggunakan kemahiran, tetapi mencipta, menginovasi dan menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai.