19/06/2026
Semalam (18 Jun 2026) telah telah berlangsung Sesi Temuduga Fizikal dan Casual Meeting yang diadakan di Hotel PARKROYAL Collection Kuala Lumpur.
Program ini telah menghimpunkan calon-calon berpotensi dari pelbagai negeri di Malaysia untuk menghadiri sesi temuduga bersama majikan dari Australia. Kehadiran majikan secara langsung ke Malaysia membuktikan bahawa keyakinan mereka terhadap bakat dan kualiti tenaga kerja mahir (Skilled Worker) dari Malaysia.
Sesi temuduga telah berlangsung dengan lancar dan berjaya. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada calon untuk mempamerkan pengalaman serta kemahiran mereka, malah membuka ruang kepada perbincangan yang lebih dekat antara majikan dan bakal pekerja mengenai peluang kerjaya di Australia.
Dalam masa yang sama, satu sesi Casual Meeting turut diadakan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara industri, majikan dan agensi kerajaan. Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai agensi kerajaan yang sudi meluangkan masa menghadiri sesi tersebut, khususnya wakil daripada TVETMARA dan Unit Jalinan Industri, Jabatan Tenaga Manusia, Malaysia.
Perbincangan yang berlangsung telah membuka pelbagai peluang kerjasama strategik yang boleh diterokai pada masa hadapan dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan, memperluaskan akses pekerjaan global serta meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET Malaysia di peringkat antarabangsa.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha dan kerjasama ini terus membuka lebih banyak peluang kepada tenaga kerja mahir (Skilled Worker) Malaysia untuk melakar kejayaan di persada global.
Sekali lagi, Terima Kasih.