28/12/2022
Dalam hidup manusia Allah uji kita dengan 4 perkara: (2 perkara yang menyenangkan & 2 perkara yang tidak menyenangkan)
Dua perkara yang menyenangkan ialah:
1) Potensi untuk berbuat benda-benda baik seperti ada perasaan kasihan belas, ada perasaan ingin menolong, s**a kepada benda yang baik dan seumpamanya. Maka teruskan teruskanlah kerja-kerja dari cetusan potensi itu, sebelum Allah tarik balik potensi itu, dan syaitan mengambil alih.
2) Pelbagai nikmat yang kita terima setiap hari. Maka hendaklan kita banyak bersyukur atas segala nikmat itu dengan ucapan syukur dan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan segala laranganNya sebelum Allah tarik balik nikmat-nikmat itu.
Dua perkara yang tidak menyenangkan ialah:
1) Bala' seperti sakit, miskin, kena fitnah, kematian keluarga tersayang dan seumpamanya. Maka hendaklah kita sabar dan yakin pada Allah bahawa bala' itu Allah tidak kenakan kepada kita dengan sia-sia. Allah kehendakki kita bersabar untuk Allah mengkifaratkan dosa dan memberi balasan pahala yang banyak.
2) Terlaku perbuatan-perbuatan dosa. Jika ini berlaku Allah kehendakki kita supaya beribadat, berdoa dan bertaubat nasuha dengan Allah. Dengan ini kita menjadi dekat dengan Allah.
Jika ini memberi kebaikan kepada anda, sila share