14/12/2018
Punyalah Kotor Warna Air,
Rupanya Ini Punca & Kesannya. Sila Ambil Tahu Sebelum Penyakit Singgah!
Air merupakan antara keperluan asas paling penting di rumah. Bayangkan situasi terputus bekalan air; jangan kata nak mencuci atau memasak, mak-mak yang ada anak kecil mesti gelabah sebab susah nak bersihkan anak.
Namun kadang-kadang kita dapati air yang keluar dari pili seakan-akan kotor atau berbau aneh. Risau juga nak gunakan untuk minum atau memasak kerana takut menjejaskan kesihatan. Tetapi benarkah begitu? Berikut ialah punca-punca air paip di rumah anda berwarna dan berbau pelik:
1. Air kekuningan/keperangan
Air berwarna kekuningan atau keperangan biasanya disebabkan oleh mendapan sisa aluminium, besi dan mangan di dalam paip. Apabila terjadi gangguan kepada sistem aliran air, contohnya membuka semula bekalan air selepas pembaikan paip, mendapan sisa tersebut akan dibawa oleh arus air yang deras ke pili rumah anda menyebabkan air nampak kekuningan. Walaubagaimanapun, ini hanya akan berlaku untuk tempoh yang singkat sehingga aliran air kembali stabil.
Situasi ini juga boleh dialami oleh penduduk kawasan perumahan lama yang menggunakan sistem perpaipan usang dan perlu diganti. Selain itu, sistem perpaipan jenis dead end dan penggunaan paip dan tangki jenis besi bergalvani di rumah juga biasanya menyebabkan air berwarna kekuningan atau keperangan.
2. Air berkarat
Kandungan zat besi dalam air minuman cenderung untuk menyebabkan air berwarna merah keperangan seakan-akan karat, dan ada kalanya meninggalkan partikel berwarna sama. Jika warna air lebih seperti kehitaman, ia mungkin disebabkan oleh kombinasi zat besi dan mangan. Air berkarat ini boleh mengotorkan paip dan pakaian basuhan anda, namun dipercayai tidak akan menyebabkan masalah kesihatan.
3. Air kotor pada waktu pagi
Jika air paip anda kelihatan kotor pada waktu pagi, sistem perpaipan dalaman rumah anda mungkin bermasalah. Pada malam hari, air di dalam tangki bertakung menyebabkan mendapan terkumpul semalaman dan mengalir keluar apabila pili dibuka pad waktu pagi. Biasanya, air akan menjadi jernih kembali selepas beberapa minit.
4. Berbau tanah
Air berbau tanah biasanya berlaku selepas pembukaan semula bekalan air selepas penutupan atau gangguan bekalan air. Tekanan air yang tinggi apabila bekalan air disalurkan semula akan membawa bersama mendapan di dalam paip. Anda dinasihatkan untuk membiarkan pili terbuka selama beberapa minit untuk membersihkan partikel atau mendapan yang terkumpul ini.
5. Air berkabut/tak jernih
Ada masanya, terdapat banyak gelembung udara kecil di dalam air yang menyebabkannya nampak tidak jernih. Udara boleh memasuki air melalui paip utama atau disebabkan pemasangan paip yang tidak jitu seperti kelenjar pili yang longgar. Udara yang terperangkap ini akan terlarut di bawah tekanan yang tinggi menjadi jutaan buih kecil apabila pili dibuka menjadikan air kelihatan berkabut. Ia sama sekali tidak berbahaya untuk digunakan.
6. Sebab-sebab lain
-Tangki air yang kotor
Kebanyakan orang tidak sedar bahawa sesetengah paip di rumah mereka, seperti pili di dapur, bersambung secara terus dengan sistem perpaipan. Berbeza p**a dengan pili air di tanda atau bilik mandi, ia bersambung dengan tangki air rumah atau bangunan kediaman tersebut. Oleh itu, tangki air perlu diperiksa dan dibersihkan secara berkala daripada bendasing atau kotoran yang mungkin termasuk ke dalamnya dan menjejaskan kualiti air.
Sumber pemasangan paip
Selain sebab-sebab di atas, sebarang masalah dengan air paip mungkin disebabkan oleh paip yang menyalurkan air dari loji rawatan, dan bukannya proses rawatan itu sendiri. Setiap negeri di Malaysia mempunyai sumber dan kaedah pemasangan paip yang tersendiri, maka kualiti air juga mungkin berbeza mengikut tempat tinggal anda.
Jika anda sering runsing dengan kualiti air di rumah, ini antara langkah-langkah yang boleh diambil:
1. Periksa dan bersihkan tangki air rumah secara berkala. Jika tinggal di kediaman bertingkat, rujuk pengurusan bangunan mengenai penyelenggaraan paip dan tangki air.
2. Tukarkan sistem perpaipan rumah jika sudah terlalu usang.
3. Pasang sistem penapisan luaran yg hanya RM339 ja utk kebaikan satu rumah.
Ini ialah langkah paling mudah untuk menjamin kebersihan sumber air di rumah.
Namun, ramai yang masih keberatan kerana kos pemasangan dan penyelenggaraan yang agak tinggi.
Tetapi, semua itu bkn masalah.
Sbb kami jual murah di pasaran, hanya bayar sekali sahaja,tak perlu memikirkn bayar ansuran,dan sistem filter kami mengunakan 5 lapisan utk menapis segala masaalah air di rumah anda
Haaaa..
Best ke Best Gile..?
Rase Nak ke Nak..?
Komen PM kalo nak wsap 01112566587