Jabatan Amal Malaysia Kawasan Balik Pulau

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Balik Pulau Jabatan Amal Balik Pulau ditubuhkan bertujuan adalah untuk melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Jom sertai Jabatan Amal Balik Pulau

Alhamdulillah,Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada beberapa Anggota dan Amilin Jabatan Am...
27/07/2026

Alhamdulillah,Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada beberapa Anggota dan Amilin Jabatan Amal Malaysia Kawasan Balik Pulau yang telah menyahut seruan perjuangan dengan bertugas sepanjang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Semoga segala pengorbanan masa, tenaga dan khidmat bakti yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta menjadi asbab kemenangan Islam.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jazakumullahu khairan kathira. 🤝💚




Alhamdulillah. 💚Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada sebahagian Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasa...
06/07/2026

Alhamdulillah. 💚

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada sebahagian Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Balik Pulau yang telah turun padang menyahut seruan perjuangan dengan membantu kempen Pilihan Raya Umum Negeri Johor.

Semoga setiap langkah, keringat dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima di sisi Allah SWT. Inilah bukti bahawa semangat ukhuwah, disiplin dan khidmat tanpa mengira negeri sentiasa menjadi teras perjuangan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, keselamatan serta mempermudahkan segala urusan para petugas sepanjang menjalankan amanah ini.

Terus berkhidmat, terus berbakti, demi agama, bangsa dan tanah air.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Amal Blood Donation 2026 yang diadakan di Dewan Kariah Permatang...
28/06/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Amal Blood Donation 2026 yang diadakan di Dewan Kariah Permatang Pasir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh penderma darah yang tampil dengan penuh keikhlasan menyumbang demi menyelamatkan nyawa insan lain.

Sesungguhnya, setiap titisan darah yang didermakan membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Penghargaan juga dirakamkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, termasuk urus setia, para petugas, sukarelawan serta semua agensi yang terlibat.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ini dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.

"Setitis Darah, Sejuta Harapan."

Semoga budaya menderma darah terus subur dalam masyarakat sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama insan.

Beramal Kerana Allah

Salam Maal Hijrah 1448H
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau sedang memperkukuhkan gerak kerja Media Baru bagi memastikan mesej perjuangan, dakw...
17/06/2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau sedang memperkukuhkan gerak kerja Media Baru bagi memastikan mesej perjuangan, dakwah dan penerangan sampai kepada masyarakat dengan lebih meluas dan berkesan.

🎥 Peralatan media
📱 Penghasilan kandungan digital
📡 Hebahan maklumat dan dakwah
📣 Kempen penerangan kepada rakyat

Semua ini memerlukan sokongan daripada sahabat-sahabat yang cintakan perjuangan I

Walau RM5, RM10 atau RM50, setiap sumbangan anda amat bermakna dalam membantu menggerakkan jentera media yang menjadi antara benteng penting menghadapi cabaran semasa.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

🏦 Bank Islam
07034010013572
(Reference: Sumbangan Media)

📞 Untuk maklumat lanjut:
Omar: 013-444 1341
📲 WhatsApp:
www.wasap.my/60134441341/SumbanganMedia⁠

Jika tidak mampu menyumbang, bantu kami dengan kongsi dan sebarkan mesej ini kepada seramai mungkin.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat, mengalir sebagai amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.


Alhamdulillah. Terima Kasih semua amlin-amilin
29/05/2026

Alhamdulillah. Terima Kasih semua amlin-amilin

Jualan Baju Petugas Korban Pemuda PAS Balik PulauKepada yang berminat untuk mendapatkan baju petugas korban DPPK Balik P...
14/04/2026

Jualan Baju Petugas Korban Pemuda PAS Balik Pulau

Kepada yang berminat untuk mendapatkan baju petugas korban DPPK Balik Pulau

Harga : RM27 sehelai (4XL tambah RM5)

Bayaran ke :

🏧 BANK ISLAM
07034010013572
Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau
Reference : Baju korban

Maklumat lanjut hubungi :

Nazmi +60 19-426 2754
Bendahari DPPKBP
www.wasap.my/60194262754/BajuKorban

Adli +60 13-551 1857
Lajnah Ekonomi DPPKBP
www.wasap.my/60135511857/BajuKorban

Omar +6013-444 1341
Urusetia Korban DPPKBP
www.wasap.my/60134441341/BajuKorban

Terima kasih

Terima kasih

ADA NIAT NAK BUAT KORBAN TAHUN NI? 🐄✨Sudah tentu kita semua berazam untuk melaksanakan ibadah yang sangat dituntut pada ...
26/03/2026

ADA NIAT NAK BUAT KORBAN TAHUN NI? 🐄✨

Sudah tentu kita semua berazam untuk melaksanakan ibadah yang sangat dituntut pada Hari Raya Aidiladha — Ibadah Korban & Aqiqah.

💚 Jangan lepaskan peluang untuk merebut ganjaran besar ini!
🔥 Jom Sertai Program Ibadah Korban & Aqiqah 1447H
Anjuran: Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau

💰 1 Bahagian hanya RM870 sahaja
(Termasuk kos pengurusan)

📞 Untuk penyertaan & maklumat lanjut:
📲 Saudara Azhari: 013-464 6433
📲 Saudara Omar: 013-444 1341

👉 Daftar segera:
🔗 www.wasap.my/60134441341/Korban1447H
🔗 www.wasap.my/60134646433/Korban1447H

⚠️ Tempat adalah TERHAD!

Jangan tunggu saat akhir — tempah bahagian anda sekarang!

✨ “Setiap titisan darah korban itu, ada ganjaran besar di sisi Allah.”

“Bukan daging dan darah itu yang sampai kepada Allah, tetapi taqwa.”



Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang.Infaq Ramadan & Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:070...
09/03/2026

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang.
Infaq Ramadan & Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:

07034010013572 - Bank Islam
Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau
Reference : Infaq Ramadan

08/03/2026

Address

Sungai Burung
Balik Pulau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Kawasan Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share