Dr Shaza Dealer Public Gold

Dr Shaza Dealer Public Gold Pembimbing ilmu emas kepada masyarakat untuk menabung emas serendah RM100 sebagai simpanan dilupakan.

KADANG-KADANG, BUKAN GAJI KITA YANG TERLALU KECIL. KITA CUMA TERLALU SELESA DENGAN CARA HIDUP YANG SAMA.Gaji masuk. Baya...
09/09/2026

KADANG-KADANG, BUKAN GAJI KITA YANG TERLALU KECIL. KITA CUMA TERLALU SELESA DENGAN CARA HIDUP YANG SAMA.

Gaji masuk. Bayar komitmen. Belanja apa yang perlu dan apa yang kita mahu. Tunggu gaji bulan depan.

Ulang perkara yang sama.

Tahun berganti tahun, tetapi simpanan masih tidak banyak. Impian nak bebas daripada tekanan kewangan, nak ada simpanan kukuh dan nak tinggalkan sesuatu untuk keluarga masih jauh di hadapan.

Masalahnya, kita mahu kehidupan yang berbeza tetapi masih melakukan perkara yang sama.

Kalau nak kewangan berubah, kita mungkin perlu keluar daripada zon selesa.

Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Belajar urus kewangan. Paksa diri menyimpan dahulu setiap kali menerima gaji.

Dan bagi yang mahu membina simpanan jangka panjang, boleh mula mengumpul emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.

Tak perlu tunggu gaji besar. Tak perlu tunggu hutang habis. Tak perlu tunggu duit lebih.

Sebab kalau terus menunggu masa yang sempurna, mungkin impian itu akan terus tertangguh.

Mungkin pada awalnya rasa tidak selesa. Tetapi rasa tidak selesa itulah kadang-kadang yang memaksa kita berubah.

Jangan biarkan keselesaan hari ini menyebabkan kita menyesal pada masa depan.

Kalau anda ada impian untuk bina simpanan yang lebih kukuh, mulakan dengan satu tindakan kecil hari ini.

DM saya “MULA” jika anda mahu tahu bagaimana untuk mula menabung emas secara konsisten mengikut kemampuan dan matlamat kewangan anda. Saya akan bimbing sebaiknya.

Pendaftaran akaun emas Public Gold adalah PERCUMA.

Dr. Shaza, dealer aktif Public Gold
PG00195471


AMBIL TEMPOH BERTENANG SEBELUM BERBELANJAEmas bagi saya lebih kepada "simpanan" berbanding "pelaburan". Bila simpan duit...
08/09/2026

AMBIL TEMPOH BERTENANG SEBELUM BERBELANJA

Emas bagi saya lebih kepada "simpanan" berbanding "pelaburan". Bila simpan duit dalam bentuk emas, duit simpanan kita lebih bertahan lama sebab kita terpaksa ambil "tempoh bertenang" sebelum berbelanja; samada kena jual atau gadai dulu emas tu untuk dapatkan tunai segera.

Bila nak jual, rasa sayang p**ak nak jual emas tu. Walaupun emas tu kita boleh jualnya pada bila-bila masa sahaja, tapi "tempoh bertenang" tu membuatkan kita lebih teliti bila berbelanja, dan banyak menyelamatkan duit kita daripada berbelanja yang bukan-bukan. Kita hanya akan jual atau gadai emas itu hanya bila ada hal yang benar-benar perlu sahaja.

Simpan duit dalam bentuk emas ni dapat elakkan masalah biasa ramai orang bila menyimpan, iaitu "simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit!".

Jadi kalau nak selesaikan masalah simpan yang selalu bocor, dan nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpananlah tunai (dibank) cukup sekadar 3 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik tukar kepada emas.

Simpan emas pada hakikatnya sama seperti simpan wang TUNAI juga. Bila pakai duit segera, kita boleh jual atau gadai sahaja di ar-rahnu.



Sumber: Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Nak mulakan simpanan emas dengan ilmu, boleh DM atau klik link di bio untuk bimbingan sebaiknya.

Pendaftaran akaun emas Public Gold adalah PERCUMA.

Dr. Shazarin Ahmad Zainuddin, dealer aktif Public Gold
PG00195471

Kita rasa kerja kita terjamin sebab setiap bulan ada gaji masuk. Tapi pernah tak terfikir, kalau satu hari nanti gaji it...
07/09/2026

Kita rasa kerja kita terjamin sebab setiap bulan ada gaji masuk. Tapi pernah tak terfikir, kalau satu hari nanti gaji itu berhenti, berapa lama kita mampu bertahan?

Ramai orang bekerja 10, 20 malah 30 tahun. Setiap bulan gaji masuk. Komitmen dibayar. Keperluan dipenuhi. Kehendak pun dilayan.

Tapi bila ditanya, “Kalau esok tak ada gaji, boleh bertahan berapa bulan?”

Terdiam.

Masalahnya bukan semestinya gaji tak cukup. Kadang-kadang masalahnya kita terlalu yakin gaji bulan depan akan sentiasa ada.

Sebab itu simpanan perlu dipaksa, bukan menunggu duit lebih.

Bila gaji masuk, asingkan dahulu sebahagian untuk simpanan. Jangan tunggu hujung bulan. Sebab kalau tunggu ada baki, selalunya baki itulah yang tak pernah ada.

Mentor saya Tn Mohd Zulkifli Shafie sendiri sering menekankan prinsip “simpan dulu, belanja selebihnya” dan konsep simpanan paksa.

Bagi yang memilih emas sebagai sebahagian daripada simpanan, konsepnya mudah. Tetapkan jumlah yang mampu, kemudian jadikan ia rutin setiap kali menerima gaji. Tak perlu bermula besar. Yang penting, bina disiplin.

Contohnya, kalau mampu asingkan 10% daripada gaji, buat dahulu. Selebihnya barulah digunakan untuk komitmen dan perbelanjaan.

Pada awalnya mungkin terasa sempit.

Tetapi kita sedang melatih diri supaya gaya hidup mengikut baki gaji, bukan simpanan mengikut baki gaji.

Kerana kita tidak tahu berapa lama jaminan pekerjaan akan bertahan. Tetapi kita boleh pastikan setiap bulan kita sedang membina sesuatu yang boleh membantu kita apabila pendapatan tidak lagi seperti biasa.

Jangan hanya pastikan gaji masuk setiap bulan. Pastikan sebahagian daripada gaji itu bertukar menjadi harta.

Kalau anda masih susah nak menyimpan walaupun gaji masuk setiap bulan, mungkin anda tak perlukan lebih banyak motivasi. Anda perlukan sistem simpanan yang memaksa anda bermula.

Nak tahu bagaimana nak mula simpan emas secara konsisten mengikut kemampuan gaji bulanan?

DM atau klik link di bio untuk bimbingan sebaiknya.

Pendaftaran akaun emas Public Gold adalah PERCUMA.

Dr. Shaza, dealer aktif Public Gold
PG00195471


PELABURAN ATAU SIMPANAN?Emas dianggap sebagai pelaburan, tapi emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan.Pesan Mentor sa...
06/09/2026

PELABURAN ATAU SIMPANAN?

Emas dianggap sebagai pelaburan, tapi emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan.

Pesan Mentor saya, nak simpan emas perlu ada ilmu.

Kita kena tahu, kita simpan emas sama ada untuk pelaburan atau simpanan?

Jika beli emas untuk pelaburan, item goldbar 250gram ke atas adalah lebih sesuai sebab harga per gram nya lebih rendah, caj premium lebih murah dan spread lebih nipis.

Contohnya, kalau bajet beli emas cuma 1 gram, anggaplah ia sebagai tabungan, bukannya pelaburan.

Menabung dulu dengan sabar sampai cukup sebagai "life boat" keluarga ketika kecemasan.

Nak mudah dan murah, menabunglah melalui . Menabung sikit-sikit dan letakkan target simpanan emas kita. Mula dulu serendah RM100 di Public Gold. Jangan tunggu duit banyak baru nak mula simpan emas tapi mulakan dulu walaupun hanya 1gram.

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh DM atau klik link di bio saya untuk bimbingan sebaiknya.

Jom! Sertai keluarga besar G100Network!

Dr. Shaza, dealer aktif Public Gold
PG00195471


NAK MENABUNG EMAS, JANGAN TUNGGU GAJI LEBIH.Setiap bulan tunggu gaji masuk.Bila gaji masuk, ada bil yang perlu dibayar.A...
05/09/2026

NAK MENABUNG EMAS, JANGAN TUNGGU GAJI LEBIH.

Setiap bulan tunggu gaji masuk.
Bila gaji masuk, ada bil yang perlu dibayar.
Ada komitmen yang perlu diselesaikan.
Ada p**a kehendak yang datang tanpa dirancang.

Akhirnya, duit yang kononnya nak disimpan sudah habis sebelum sempat jadi simpanan.

Sebenarnya, konsisten menabung emas bukan tentang berapa banyak gaji kita.

Ia tentang berapa banyak yang kita mampu asingkan secara konsisten daripada gaji setiap bulan.

Sebab itu menabung emas perlukan ilmu dan disiplin.

Tak perlu tunggu gaji besar. Tak perlu tunggu bonus. Tak perlu tunggu ada duit lebih.

Bila gaji masuk, asingkan dahulu sedikit untuk simpanan. Kemudian barulah gunakan selebihnya untuk perbelanjaan dan komitmen.

RM100 atau RM200 mungkin nampak kecil hari ini.

Tetapi apabila dilakukan secara konsisten, sedikit demi sedikit gram emas akan terkumpul.

Jangan tunggu gaji naik baru nak mula menabung.

Mulakan dengan gaji yang ada hari ini.

Kalau anda nak mula menabung emas tetapi tak tahu berapa yang sesuai daripada gaji bulanan, DM atau klik link di bio untuk bimbingan sebaiknya.

Saya bantu tunjukkan cara mula mengikut kemampuan dan matlamat kewangan anda.

Pendaftaran akaun emas Public Gold adalah PERCUMA.

Dr. Shaza, dealer aktif Public Gold
PG00195471

GAJI BUKAN TAK CUKUP. MASALAHNYA, DUIT SELALU BOCOR.Pernah tak jadi begini?Setiap bulan gaji masuk. Kita pun berazam nak...
05/09/2026

GAJI BUKAN TAK CUKUP. MASALAHNYA, DUIT SELALU BOCOR.

Pernah tak jadi begini?

Setiap bulan gaji masuk. Kita pun berazam nak menyimpan.

RM500 simpan.
Lepas tu korek RM200.
Simpan lagi.
Korek lagi.

Akhirnya hujung tahun, gaji dah banyak masuk… tapi simpanan masih tak seberapa.

Kadang-kadang bukan sebab kita tak pandai cari duit. Kita cuma terlalu mudah nampak duit sebagai “duit yang boleh dibelanjakan”.

Sebab itu ada orang gunakan emas sebagai salah satu cara untuk merawat kebocoran simpanan.

Bila duit ditukar kepada emas, kita tak nampak lagi nombor dalam akaun yang mudah dicapai. Kalau nak berbelanja, kita kena fikir semula. Nak jual emas pun rasa sayang.

Emas seolah-olah memberikan kita “tempoh bertenang” sebelum berbelanja.

Bila ada kecemasan atau keperluan penting, emas masih boleh dijual atau digunakan sebagai cagaran mengikut keadaan. Tetapi untuk kehendak yang tidak penting, biasanya kita akan fikir banyak kali sebelum sanggup melepaskan emas yang dikumpul.

Itulah sebabnya emas bukan sekadar soal harga naik atau turun.

Salah satu nilai emas ialah membantu kita mempertahankan simpanan daripada diri sendiri.

Simpan sedikit demi sedikit. Bina tabiat kumpul harta. Jangan tunggu duit “lebih” baru nak menyimpan.

Kalau anda rasa masalah utama bukan tak cukup pendapatan, tetapi duit selalu bocor sebelum sempat jadi simpanan, mungkin sudah tiba masa untuk cuba satu kaedah yang berbeza.

Nak tahu bagaimana nak mula simpan emas dengan bajet yang sesuai dengan kemampuan sendiri?

Komen “EMAS” atau DM saya. Saya bantu terangkan langkahnya.

Dr. Shaza, dealer aktif Public Gold
PG00195471

𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐅𝐋𝐀𝐒𝐈?Inflasi saban tahun makin teruk. Dulu pisang goreng RM1 dapatlah 10 keping. Sekarang, RM2 d...
04/09/2026

𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐍𝐅𝐋𝐀𝐒𝐈?

Inflasi saban tahun makin teruk. Dulu pisang goreng RM1 dapatlah 10 keping. Sekarang, RM2 dapat 5 biji, tu pun ramping bukan main lagi pisangnya! Maksudnya, nilai ringgit makin jatuh.

Bayangkan kalau kita menabung duit dekat rumah, selepas 5 tahun, duit tu "nampak banyak" tetapi sebenarnya kita tertipu dengan nombor. Nilai duit terus susut. Sebab itulah, kita perlu segera alihkan sebahagian ringgit kita kepada emas 999 sebab emas 999 kalis inflasi.

Ye ke kalis inflasi? Betul. Jom kita tengok sejarah. Buktinya, harga kambing 1400 tahun dulu sehinggalah sekarang kekal 1 dinar emas. Tapi, kalau beli pakai ringgit, harga kambing pada tahun 2000 adalah RM150. Sekarang sekitar RM1100 😭

Harga emas kelihatan semakin mahal. Hakikatnya, nilai ringgit yang makin jatuh. Bagi mereka yang tahu nilai sebenar emas, mahal macam mana sekalipun harga emas pada satu-satu masa, mereka tetap simpan emas kerana emas kalis inflasi!

Tukarlah sebahagian kekayaan anda kepada emas 999 kerana emas mengekalkan kuasa beli anda!

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila DM atau klik link di bio untuk bimbingan sebaiknya.

Pendaftaran akaun emas Public Gold adalah PERCUMA.

Jom! Sertai keluarga besar G100Network!

Dr. Shaza, dealer aktif Public Gold
PG00195471


𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐑, 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐋!Atas tapak tangan ni ada 20 keping 1 dinar. Tahu tak, harga 1 dinar ni pada tahun 2018 ...
03/09/2026

𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐑, 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐋!

Atas tapak tangan ni ada 20 keping 1 dinar. Tahu tak, harga 1 dinar ni pada tahun 2018 adalah sekitar RM700. Tapi, pada bulan September 2026, 1 dinar bersamaan dengan RM2,600 lebih!

Ada orang kata, "saya mana mampu nak beli 1 dinar kalau macam ni!". Dengan Public Gold, in shaa Allah tuan puan mampu.

Tahu tak, di Public Gold tuan puan boleh membuat belian emas serendah RM100.

Ya! S**a hati tuan puan nak beli berapa ringgit asalkan minimum RM100 dan tak ada syarat belian wajib setiap bulan.

Apa yang pasti, lebih kerap tuan puan menyimpan, lebih cepatlah bertambah gram emas anda!

Cara belian ini di panggil GAP (Gold Accumulation Program).

Ringgit anda ditukarkan kepada emas sikit demi sikit dan bila dah berjaya capai gram tertentu, contohnya 4.25 gram, anda boleh dah keluarkan 1 dinar! Ulang je langkah ni dan dinar anda mesti bertambah!

Best kan? Nak mula mengumpul dinar emas 999?

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di http://www.wasap.my/60165989260/NakSimpanEmas

Jom! Sertai keluarga besar G100Network!



𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐔𝐒 𝐊𝐄?GAP ini sebenarnya pemudah cara untuk anda simpan emas secara sedikit demi sedikit. Jadi b...
02/09/2026

𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐆𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐔𝐒 𝐊𝐄?

GAP ini sebenarnya pemudah cara untuk anda simpan emas secara sedikit demi sedikit. Jadi bagi anda yang tidak ada modal yang besar, yang ada budget sikit bulanannya boleh simpan dalam akaun GAP. Janji anda ada RM100 dah boleh simpan emas di Akaun GAP.

Bagi anda yang nak mula simpan emas tapi budget tak besar, boleh gunakan akaun GAP ini sebagai alternatif untuk kita dapat gram yang lebih besar. Kalau kita nak keluarkan item 10 dinar yang beratnya 42.5gram ini yang harganya hari ini sekitar +/-RM25,700lebih. Bagi kita rakyat marhaen ni memang akan terasa berat untuk dapatkan sekeping 10 dinar ini dengan harga tersebut.

Tapi dengan GAP, anda boleh dapatkan item emas yang lebih besar. Kuncinya anda konsisten sahaja menyimpan di akaun GAP sehingga capai target.

Simpanan akaun emas GAP ini tiada komitmen bulanan. Maksudnya anda boleh menabung emas bila-bila masa mengikut kepada budget anda. Walaupun prosesnya lambat tapi jika anda konsisten menyimpan setiap bulan, Inshaallah anda boleh keluarkan item emas yang anda inginkan.

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://pg2u.my/DrShazaPG

Jom! Sertai keluarga besar G100Network!



KENAPA PERLU MENYIMPAN, HARTA BUKAN BOLEH BAWA MASUK KUBUR?Ini antara persoalan yang paling kerap saya terima bila berko...
29/08/2026

KENAPA PERLU MENYIMPAN, HARTA BUKAN BOLEH BAWA MASUK KUBUR?

Ini antara persoalan yang paling kerap saya terima bila berkongsi kepada orang ramai tentang pentingnya menyimpan.

Pertama sekali, hargai penat lelah, usaha kita mencari rezeki dengan menyimpan sebahagian untuk diri sendiri dan masa depan.

Banyak perkara yang perlukan duit di masa hadapan (yang ini sesuai simpan dalam bentuk emas sebab lebih dari 2 tahun).

Dan kedua, perlu kita ingat jaminan sebagai seorang pekerja adalah kita berhenti atau diberhentikan. Akan tiba saatnya kita dah tak mampu lagi berkerja dan dibayar gaji atas sebab kesihatan, hilang upaya ataupun usia tua

Selagi masih mampu berkerja dan dibayar upah untuk berkerja, sentiasa beringat dan menyimpan untuk masa depan.

Peringatan buat diri sendiri dan juga semua.

Semoga bermanfaat.

Klik https://pg2u.my/DrShazaPG /cara-bermula untuk mula menabung emas.

Dr. Shaza, dealer aktif Public Gold
PG00195471

Address

Balik Pulau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Shaza Dealer Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share