15/05/2026
PROGRAM LINDUNG KASIH DI BAWAH INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA MADANI (SEJAHTERA MADANI) NEGERI MELAKA 2026
MELAKA, 15 Mei 2026 (Jumaat) - Suasana penuh kasih dan penghargaan mewarnai Program Lindung Kasih Sejahtera MADANI Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di JAPERUN Pengkalan Batu .
Program ini menghimpunkan para suri rumah dari seluruh Negeri Melaka yang menerima tajaan perlindungan sosial melalui kerjasama ICU JPM Negeri Melaka bersama PERKESO. Sebanyak 1,033 penerima merupakan peserta daripada e-Kasih telah menerima tajaan perlindungan di bawah inisiatif Lindung Kasih PERKESO sebagai usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan kebajikan golongan suri rumah di negeri ini.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap ADUN Pengkalan Batu. Beliau juga turut menyampaikan jambangan bunga kepada para suri rumah yang hadir sebagai tanda penghargaan buat wanita hebat yang menjadi tulang belakang keluarga.
Juga turut disempurnakan oleh Tuan Haji Nur Mohammad Bakhtir Bin Mohamad Akhir, Pengarah PERKESO Negeri Melaka dan Tuan Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU, Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.
Lebih istimewa, program turut diselarikan dengan Sambutan Hari Ibu bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar ibu.
Kerana seorang ibu bukan hanya membina rumah tanggaβ¦
tetapi membina masa depan generasi β¨