30/05/2026
PROGRAM IBADAH KORBAN MBSB 2026 ๐โจ
Alhamdulillah, Program Ibadah Korban MBSB 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna melibatkan 2 ekor lembu korban hasil sumbangan dan kerjasama warga MBSB.
Dalam program tersebut, Pengurus Besar MBSB, En. Shahfulrizal bin A. Bakar, telah menyempurnakan agihan daging korban kepada wakil-wakil kumpulan syarikat MCORP serta seluruh anggota MBSB sebagai tanda kesyukuran, kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta terus mengeratkan ukhuwah dan hubungan silaturahim antara warga MBSB dan kumpulan syarikat MCORP.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.