21/09/2019
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL WALAUPUN SEKOLAH DITUTUP AKIBAT JEREBU
Sepertimana kita semua sedia maklum, negara sedang diselubungi jerebu dan banyak sekolah terpaksa ditutup, yang menjejaskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.
Dalam tempoh penutupan ini, sekolah disarankan mengambil tindakan proaktif untuk terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan memanfaatkan portal EduwebTV dan portal pembelajaran digital yang disediakan oleh Kementerian.
Portal EduwebTV (eduwebtv.moe.edu.my) mengandungi sumber pendidikan digital dalam bentuk video kurikulum meliputi pra sekolah hingga sekolah menengah. Guru dan murid boleh mengakses portal EduwebTV untuk mencari maklumat topik-topik yang berkaitan sebagai pusat rujukan setempat.
Selain itu, Kementerian juga menyediakan pelantar pembelajaran digital (portal.moe.edu.my atau portal.moe-dl.edu.my) yang boleh digunakan secara percuma untuk mengakses bahan pembelajaran seperti buku teks digital dan sumber pendidikan lain, membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran. Semua murid dan guru telah dibekalkan dengan ID log masuk (ID login) untuk mengkases portal pembelajaran tersebut.
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah merangka strategi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan seperti biasa menggunakan pendekatan ini.
Sekian dimaklumkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia
18 September 2019
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL WALAUPUN SEKOLAH DITUTUP AKIBAT JEREBU
Bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah walaupun sekolah diarahkan tutup akibat bencana, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan portal pembelajaran digital (portal.moe.edu.my atau portal.moe-dl.edu.my) yang boleh digunakan secara percuma.
Semua guru dan murid boleh mengakses portal pembelajaran digital menggunakan ID log masuk (ID login) yang telah dibekalkan kepada mereka. Melalui portal ini, mereka boleh mengakses bahan pembelajaran seperti buku teks digital dan sumber pendidikan lain bagi latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran.
Selain itu, KPM juga menyediakan portal EduwebTV (eduwebtv.moe.edu.my) yang mengandungi sumber pendidikan digital dalam bentuk video kurikulum meliputi pra sekolah hingga sekolah menengah. Guru dan murid boleh mengakses portal EduwebTV untuk mencari maklumat topik-topik yang berkaitan sebagai pusat rujukan setempat.
Sekolah disarankan untuk mengambil tindakan proaktif bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan memanfaatkan portal pembelajaran digital dan portal EduwebTV ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia
21 September 2019