09/09/2026
PROGRAM PENYERAHAN SKIM WARAN IPT BERSAMA PEMBAYAR ZAKAT
9 September 2026 - Telah berlangsung Program Penyerahan Skim Warrant IPT kepada tiga orang pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), hasil kerjasama bersama pembayar zakat.
Waran IPT telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Darus, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA G-2 Jitra, bersama Puan Nur Shakira Elmi binti Shobirin, Pegawai Pertanian PPK MADA G-2 dan Puan Norizam binti Mahamad Zin, Penolong Pegawai PPK MADA G-2.
Tiga orang penerima yang menerima manfaat skim ini ialah:
Saudara Muhammad Syazani – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Saudari Nur Anis Amalina – Universiti Putra Malaysia (UPM)
Saudari Dhia Madinah – Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Skim Warrant IPT merupakan salah satu inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang menghadapi kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke IPT.
Melalui skim ini, setiap daerah diperuntukkan 10 Warrant IPT bagi membantu pelajar yang layak menyelesaikan keperluan yuran pengajian. Bantuan tersebut disalurkan terus kepada IPT berkenaan, sekali gus memberikan ruang dan peluang kepada para pelajar untuk memulakan pengajian tanpa dibebani kekangan kewangan.
Inisiatif ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada anak-anak Kedah untuk terus melangkah ke menara gading, membina masa depan yang lebih baik serta kelak kembali menyumbang bakti dan kepakaran demi pembangunan negeri Kedah.