Divisyen Pengurusan Ejen & Penolong Amil LZNK

Divisyen Pengurusan Ejen & Penolong Amil LZNK jom.zakatkedah.com.my

KUNJUNGAN HORMAT DAN SERAHAN PERLANTIKAN TAULIAH EJEN KUTIPAN ZAKAT LZNK KEPADA CINDAI JAYA MANAGEMENT SERVICES SUNGAI P...
24/07/2024

KUNJUNGAN HORMAT DAN SERAHAN PERLANTIKAN TAULIAH EJEN KUTIPAN ZAKAT LZNK KEPADA CINDAI JAYA MANAGEMENT SERVICES SUNGAI PETANI



KAUNTER DIBUKA SETIAP HARI SEHINGGA 31 DISEMBER 2023Berita baik kepada semua pelanggan kami !!Kaunter akan dibuka untuk ...
21/12/2023

KAUNTER DIBUKA SETIAP HARI SEHINGGA 31 DISEMBER 2023

Berita baik kepada semua pelanggan kami !!
Kaunter akan dibuka untuk menerima sebarang urusan berkaitan zakat sehingga 31 Disember 2023 ini.

Perkhidmatan yang disediakan
✔Permohonan Zakat
✔Pembayaran Zakat
✔Pertanyaan dan Aduan

Jangan lupa juga jika tidak mahu menunggu untuk menunaikan zakat, anda boleh tunaikan zakat anda disini
https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/tab_bayaronline.php

WAKTU OPERASI

Jumaat, Sabtu dan Isnin
22, 23 dan 25 Disember 2023
9.00 Pagi - 4.30 Petang

Jumaat dan Sabtu
29 dan 30 Disember 2023
9.00 Pagi - 4.30 Petang

AHAD
31 Disember 2023
9.00 Pagi - 9.00 Malam (ZON A)
9.00 Pagi - 4.30 Petang (ZON B)

ZON A
1.Kaunter Hasil Menara Zakat
2.Pejabat Zakat Daerah Kota Setar
3.Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda
4.Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu
5.Pejabat Zakat Daerah Kulim

ZON B
1.Pejabat Zakat Daerah Baling
2.Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena
3.Pejabat Zakat Daerah Pendang
4.Pejabat Zakat Daerah Padang Terap
5.Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu
6.Pejabat Zakat Daerah S*k
7.Pejabat Zakat Daerah Yan
8.Pejabat Zakat Daerah Langkawi




16/12/2023

💥Tunai zakat sebelum 31 Disember untuk layak 100% REBAT CUKAI bagi tahun semasa.
Bayar Zakat Online Klik 👇👇👇
https://jom.zakatkedah.com.my

"Terima kasih ustaz mai dari jauh berkongsi ilmu dan maklumat yg baru kat kami ni" Alhamdulillah hari ini Divisyen Pengu...
04/12/2023

"Terima kasih ustaz mai dari jauh berkongsi ilmu dan maklumat yg baru kat kami ni"

Alhamdulillah hari ini Divisyen Pengurusan Ejen dan Penolong Amil dengan kerjasama dengan Pejabat Zakat Daerah Langkawi mengadakan satu program Bengkel Pemantapan Ejen Kutipan Zakat bersama ejen masjid dan sekolah agama di Langkawi

Seramai 23 ejen yang mewakili masjid masing-masing dan 5 buah sekolah agama telah hadir dalam memantapkan lagi ilmu dan pengurusan kutipan zakat di daerah Langkawi.

Dah nak habis tahun ni, kepada hampa semua rakyat Kedah yang nak bayar zakat boleh kepada ejen masjid dan sekolah agama yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah



"Ustaz, kalau dalam Qaryah kami memang dah tak dak asnaf fakir dan miskin, kami nak agih macam mana? Salah satu soalan y...
30/11/2023

"Ustaz, kalau dalam Qaryah kami memang dah tak dak asnaf fakir dan miskin, kami nak agih macam mana? Salah satu soalan yang ditimbulkan seorang amil kutipan.

Alhamdulilah telah selesai Bengkel Pemantapan Ejen Kutipan Zakat Harta 2023 kategori Ejen Masjid dan Sekolah Agama Bagi Daerah Padang Terap.

Tujuan bengkel ini dijalankan bagi memantapkan dan memperkasakan tugas selaku amil kutipan zakat LZNK.

Untuk makluman rakyat Kedah terdapat amil kutipan yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah diberi tugas untuk menerima dan memudahkan masyarakat membayar zakat di kawasan Qaryah masing-masing.

Hampa orang Kedah boleh dah nak bayar zakat harta kat masjid atau ejen sekolah agama yang ada disekitar kawasan hampa.

Hari ini bersama pegawai zakat daerah Kuala Muda Ustaz Hamidi dan Ustaz Salam membuat kunjungan ke Tahfiz Mutmainnah Sun...
15/11/2023

Hari ini bersama pegawai zakat daerah Kuala Muda Ustaz Hamidi dan Ustaz Salam membuat kunjungan ke Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani yang baru dilantik sebagai ejen kutipan zakat di Negeri Kedah.

Alhamdulillah dalam pertemuan ini dapat berkongsi sikit sebanyak dengan pihak Tahfiz Mutmainnah berkenaan operasi kutipan zakat yang akan dijalankan oleh pihak Tahfiz sendiri dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Jadi, kepada hampa semua yang nak bayar zakat, kini hampa boleh bayar zakat kepada Tahfiz Mutmainnah yang secara rasminya telah menjadi ejen kutipan zakat bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah. Boleh follow Facebook depa kalau hampa nak tau pasai tahfiz ni.
https://www.facebook.com/tahfizmutmainnahsgpetani?mibextid=ViGcVu

Semoga Allah bersihkan dan kembangkan harta kita semua asbab zakat yang kita keluarkan..Aaminn..

"Terima kasih banyak Ustaz mai bagi taklimat kat kami pasai zakat ni. Nanti ustaz kena mai kat masjid bagi penerangan ma...
31/10/2023

"Terima kasih banyak Ustaz mai bagi taklimat kat kami pasai zakat ni. Nanti ustaz kena mai kat masjid bagi penerangan macam ni supaya anak Qaryah paham." Kata seorang amil masjid selepas selesai bengkel tadi.

Alhamdulillah selesai Bengkel Pemantapan Ejen Kutipan Zakat Harta Daerah Pendang bagi Tahun 2023 yang melibatkan semua ejen masjid dan sekolah agama.

Terima kasih kepada semua amil masjid dan sekolah agama atas komitmen kehadiran dan penglibatan sepanjang bengkel.

"Pondok ni hampir nak tutup selepas PKP ustaz tapi saya diberi amanah untuk usaha memulihkan semula operasi pondok ni. S...
30/10/2023

"Pondok ni hampir nak tutup selepas PKP ustaz tapi saya diberi amanah untuk usaha memulihkan semula operasi pondok ni. Sayang ustaz kalau tutup begitu ja" kata Ustaz Syahir selaku pengerusi bagi Madrasah A Ibtidaiah Al Islamiah Guar Chempedak.

Alhamdulillah hari ni turun ke madrasah ni untuk memberikan tauliah dan penerangan berkaitan pengurusan sebagai ejen kutipan zakat bagi pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah. Alhamdulillah Madrasah Al Ibtidaiah Al Islamiah Guar Chempedak sah dilantik sebagai ejen kutipan zakat.

Klau hampa orang Kedah nak bayar zakat kat madrasah ni pon boleh. Nanti depa akan keluarkan resit rasmi kat hampa.

Boleh follow FB depa https://www.facebook.com/profile.php?id=100089007874276&mibextid=ZbWKwL

Kunjungan ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) bertemu dengan Ustaz Mohamad Yaakub Yusra yang juga Pengarah Urusan MADAD. P...
27/09/2023

Kunjungan ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) bertemu dengan Ustaz Mohamad Yaakub Yusra yang juga Pengarah Urusan MADAD.

Perbincangan awal terarah kepada ruang kolaborasi yang dapat dilaksana bersama samada khusus buat Muzakki mahupun Mustahik sendiri.

Sekitar Bengkel Pemantapan Ejen Kutipan Zakat Harta bagi Ejen Amil Agensi Masjid dan Sekolah Agama Daerah Kulim.Bengkel ...
24/09/2023

Sekitar Bengkel Pemantapan Ejen Kutipan Zakat Harta bagi Ejen Amil Agensi Masjid dan Sekolah Agama Daerah Kulim.

Bengkel ini diadakan bagi tujuan memantapkan lagi pengurusan kutipan zakat di peringkat masjid dan sekolah agama dengan diberi pengisian ilmu berkaitan hukum hakam zakat dan peranan setiap ejen kutipan untuk menguruskan duit zakat dengan sebaiknya.

Terima kasih atas kerjasama yang baik buat semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.

Sekitar Bengkel Pemantapan Ejen Kutipan Zakat Harta bagi Ejen Ambil Agensi Masjid dan Sekolah Agama Daerah Pokok Sena.Al...
17/09/2023

Sekitar Bengkel Pemantapan Ejen Kutipan Zakat Harta bagi Ejen Ambil Agensi Masjid dan Sekolah Agama Daerah Pokok Sena.

Alhamdulillah seramai 36 ejen yang mewakili masjid masing-masing dan 3 buah ejen sekolah agama yang hadir dalam memantapkan lagi ilmu dan pengurusan kutipan zakat di daerah Pokok Sena. Bengkel ini diadakan bagi tujuan memantapkan lagi pengurusan kutipan zakat di peringkat masjid dan sekolah agama.

Terima kasih atas kerjasama yang baik buat semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.

Hari ni bersama Internasional Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC)  Kulim yang telah dilantik dan ditauliahkan oleh LZNK seba...
03/09/2023

Hari ni bersama Internasional Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC) Kulim yang telah dilantik dan ditauliahkan oleh LZNK sebagai ejen bagi kutipan zakat LZNK.

Semoga dengan pelantikan IMTAC sebagai ejen kutipan zakat dapat membantu melonjakkan kutipan zakat di Negeri Kedah sekaligus atas asbab ini lebih ramai asnaf dapat disantuni.

Address

Jalan Teluk Wanjah Alor Setar
Alor Setar

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60196347783

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Divisyen Pengurusan Ejen & Penolong Amil LZNK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share