Kerepek Pishangg

Kerepek Pishangg Service

Semoga bermanfaat untuk semua🀲
21/09/2020

Semoga bermanfaat untuk semua🀲

Jangan lupa amal doa ini. Doa ini bukan hanya untuk kita tapi juga keturunan kita agar tidak tinggal solat fardhu.Maksud...
11/07/2020

Jangan lupa amal doa ini. Doa ini bukan hanya untuk kita tapi juga keturunan kita agar tidak tinggal solat fardhu.
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Aamiin πŸ˜ŠπŸ™Œ

Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu aminmn ☺️
06/07/2020

Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu aminmn ☺️

Bagaimana nak bahagia?Solat lima waktu.Bekerja dengan jujur.Selalu baca Al Quran.Solat dhuha 4 ke 8 rakaat sehari.Jaga m...
02/07/2020

Bagaimana nak bahagia?
Solat lima waktu.
Bekerja dengan jujur.
Selalu baca Al Quran.
Solat dhuha 4 ke 8 rakaat sehari.
Jaga mak ayah dengan baik.
Selebihnya serahkan hanya kepada Allah.

Semoga bermanfaat untuk semua πŸ˜‰ InsyaAllah
02/07/2020

Semoga bermanfaat untuk semua πŸ˜‰ InsyaAllah

JODOH : DIPILIH ATAU MEMILIH?Pertama.β€’ Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantu...
28/06/2020

JODOH : DIPILIH ATAU MEMILIH?
Pertama.
β€’ Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.
Kedua.
β€’ Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.
Ketiga.
β€’ Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.
Keempat.
β€’ Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.
Kelima.
β€’ Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!
Keenam.
β€’ Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.
Ketujuh.
β€’ Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.
Ada lagi?
Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?
Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh; iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia; sekalipun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti. - Gadis Monolog.
Antara nasihat saya untuk kalian;
Buat kaum Adam yang mencari cinta Hawa.
Buat kaum Hawa yang menanti cinta Adam.
Adam, andai mahu mencari Hawa.
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. "Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini.".
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Hawa, andai mahu menerima Adam.
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.
3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dahulu.
Tenang-tenanglah.
Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.

Yang mana tak lengkap, selesaikan.Yang mana kurang, tambah baikkan.Semoga kita menjadi orang yang lebih baik hari ke har...
27/06/2020

Yang mana tak lengkap, selesaikan.
Yang mana kurang, tambah baikkan.
Semoga kita menjadi orang yang lebih baik hari ke hari.
Selamat malam. 😊❀

Kita kene belajar menerima. Manusia tak kan kekal sama bila tempat dan masa mula berubah.Friends came and go and no one ...
26/06/2020

Kita kene belajar menerima. Manusia tak kan kekal sama bila tempat dan masa mula berubah.
Friends came and go and no one will stay by your side for you anymore.
Your growth is only with your own self and your parent's dua only.

Niatkan untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik hari demi hari.πŸ˜ŠπŸ™Œ
25/06/2020

Niatkan untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik hari demi hari.πŸ˜ŠπŸ™Œ

Address

Alma

Telephone

+60177015327

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kerepek Pishangg posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share