mediaPERUBATAN

Directions Website Contact the business

mediaPERUBATAN mediaPERUBATAN adalah milik Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN).

Laman ini merupakan laman rasmi bagi Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN), dan dikelolakan oleh Jabatan Penerbitan & Penerangan (JP&P). Soalan/Cadangan/Komen boleh disampaikan melalui laman help.perubatan.org

05/10/2026

L A S T D A Y❗️

[KENYATAAN RASMI | SISTEM PEMILIHAN MTP DAN AJKT SESI 2026/2027]بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِالسلام عليكم ورحم...
27/09/2026

[KENYATAAN RASMI | SISTEM PEMILIHAN MTP DAN AJKT SESI 2026/2027]

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Anfal, ayat 27:

“Janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.”

Kepimpinan merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh kesedaran, keikhlasan dan pengorbanan. PERUBATAN terus menjadi wadah mahasiswa sains kesihatan di Mesir untuk menyumbang dan berbakti demi kebaikan bersama.

Seiring berakhirnya pentadbiran PERUBATAN sesi 2026, Lembaga Penasihat PERUBATAN (LPP) telah menetapkan kaedah pemilihan pimpinan bagi sesi 2026/2027.

Pemilihan MTP dan AJKT Cawangan Iskandariah akan dilaksanakan melalui sistem syura oleh Majlis Mesyuarat Pemilihan PERUBATAN (MMPP) dan Majlis Mesyuarat Pemilihan PERUBATAN Cawangan (MMPC), manakala AJKT cawangan selain Iskandariah melalui sistem syura dan pilihan raya oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pilihan Raya Cawangan (JPPC).

Semoga proses pemilihan dan transisi pimpinan ini dipermudahkan serta menjadi kesinambungan legasi PERUBATAN.

Siiru ala barakatillah kepada barisan MMPP dan JPPC sesi 2026/2027.




“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[PENGENALAN PENGISI | WEBINAR PROFESIONAL: NABD AL-USRAH: A PREMARITAL HEALTH & BAITUL MUSLIM SYMPOSIUM] Firman Allah SW...
24/09/2026

[PENGENALAN PENGISI | WEBINAR PROFESIONAL: NABD AL-USRAH: A PREMARITAL HEALTH & BAITUL MUSLIM SYMPOSIUM]

Firman Allah SWT:

فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui."
(Surah an-Nahl: 43)

Webinar kali ini akan mengupas suatu topik yang cukup menarik untuk difahami oleh seluruh lapisan masyarakat khususnya sebagai seorang pengamal sains kesihatan.

Pengisian istimewa kali ini akan dibawakan khas bersama seorang ikon yang cukup hebat, Dr. Dzawani binti Muhamad.

Profil dan latar belakang pengisi yang hebat ini semestinya menjanjikan kupasan tajuk yang cukup matang dan elok untuk dijadikan panduan dalam melahirkan profesional yang kompeten.

Nantikan 25 September ini!

Ayuh, sama-sama kita saksikan webinar ini!



"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"At-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"

"Achieve the Highest, Improve Others"
"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[PENDAFTARAN DIBUKA | WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: NABD AL-USRAH: A PREMARITAL HEALTH & BAITUL MUSLIM SYMPOSIUM]Firman...
14/09/2026

[PENDAFTARAN DIBUKA | WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: NABD AL-USRAH: A PREMARITAL HEALTH & BAITUL MUSLIM SYMPOSIUM]

Firman Allah SWT:

فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۗ وَلَا تَعۡجَلۡ بِٱلۡقُرۡءَانِ مِن قَبۡلِ أَن یُقۡضَىٰۤ إِلَیۡكَ وَحۡیُهُۥۖ وَقُل رَّبِّ زِدۡنِی عِلۡمࣰا

Maksudnya: "Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahlah ilmuku."

(Surah Taha: 114)

Pendaftaran kini telah dibuka.

Terbuka untuk semua ahli PERUBATAN!

Pasti menjanjikan kupasan yang bakal membuka minda anda dalam merangka hala tuju kehidupan.

Rebut dan jangan lepaskan peluang berharga ini!

Untuk mendaftar, sila klik pautan berikut:

https://forms.gle/PFRxFwrmCxUZ26bK7

"Achieve the Highest, Improve Others"
"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Sesi 2026.

[IKLAN ACAH | WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: NABD AL-USRAH: A PREMARITAL HEALTH & BAITUL MUSLIM SYMPOSIUM]“Dan segala se...
06/09/2026

[IKLAN ACAH | WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN: NABD AL-USRAH: A PREMARITAL HEALTH & BAITUL MUSLIM SYMPOSIUM]

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”

(Surah al-Zariyaat: 49)

Imam as-Syafie rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya ilmu (yang mulia) ada dua iaitu ilmu agama dan dunia. Ketahuilah ilmu untuk agama itu ialah fikah (hukum-hakam) dan ilmu untuk dunia ialah perubatan.”

Nantikan kelainan Webinar Profesional PERUBATAN pada kali ini!




"Achieve the Highest, Improve Others"
"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-
Mesir (PERUBATAN) 2026.

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-69] يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَٱثْبُتُوا۟ ...
31/08/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-69]

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَٱثْبُتُوا۟ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman. Apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

(Al-Anfaal: 45)

Tanggal 31 Ogos 1957 menjadi tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh inilah, negara kita telah diumumkan merdeka secara rasmi daripada penjajah asing.

Kemerdekaan yang telah kita raih tidak seharusnya dijadikan sebagai tujuan akhir, sebaliknya kemerdekaan tersebut adalah jalan untuk kita terus berusaha membangunkan negara. Hal ini hanya dapat direalisasikan sekiranya kita sentiasa berusaha menjadi insan yang berkualiti, mempunyai sahsiah diri yang baik, produktif serta menjaga pemikiran daripada ideologi asing yang merosakkan negara.

Ayuh, sama-sama kita berusaha memperbaiki diri dengan meningkatkan ilmu dalam setiap aspek agar dapat membangunkan negara dengan lebih baik.




"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Sesi 2026.

[TAFAQQUH PERUBATAN | Gen Z: Doktor Bukan Sekadar Kerjaya]Di sebalik ilmu dan kemahiran seorang pengamal perubatan, berd...
27/08/2026

[TAFAQQUH PERUBATAN | Gen Z: Doktor Bukan Sekadar Kerjaya]

Di sebalik ilmu dan kemahiran seorang pengamal perubatan, berdiri satu asas yang lebih utama iaitu aqidah yang teguh dan niat yang ikhlas.

Program ini mengajak para peserta memahami bagaimana aqidah menjadi tunjang dalam membentuk identiti dan integriti pengamal perubatan Muslim, manakala niat menjadi penentu nilai dan keberkatan setiap amalan.

Jom sertai sesi Tafaqquh PERUBATAN untuk bersama-sama menelusuri topik ini dengan lebih lanjut.

📌 Tajuk: Gen Z- Doktor Bukan Sekadar Kerjaya
📅 Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
🕐 Masa: 2.30 – 2.40 PM 🇪🇬 | 7.30 – 7.40 PM 🇲🇾 (Kehadiran)
📍 Platform: Google Meet
🔗 Pautan Google Meet:
https://meet.google.com/cjp-ivsp-uig




“Muslim Sejati, Generasi Rabbani”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

Jabatan Pembangunan Insan,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

[POSTER | SALAM MAULIDUR RASUL]"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Wahai orang y...
25/08/2026

[POSTER | SALAM MAULIDUR RASUL]

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." [Surah Al-Ahzab;56]

Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, insan yang menjadi qudwah dan teladan.

Semoga dengan memperingati Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita meneladani akhlak Rasulullah dan memperkukuhkan rasa cinta serta kasih kepada Baginda dalam kehidupan seharian.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد




"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Sesi 2026.

[TAFAQQUH PERUBATAN | AI SEBAGAI DOKTOR?]Kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) semakin memainkan peranan penti...
22/07/2026

[TAFAQQUH PERUBATAN | AI SEBAGAI DOKTOR?]

Kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) semakin memainkan peranan penting dalam dunia kesihatan, daripada membantu proses diagnosis dan perancangan rawatan sehinggalah kepada pendidikan perubatan dan pergigian. Perkembangan ini membuka pelbagai peluang kepada kemajuan sektor kesihatan, namun pada masa yang sama menimbulkan persoalan berkaitan fiqh, etika dan profesionalisme.

Sejauh manakah AI boleh digunakan dalam membuat keputusan klinikal? Siapakah yang bertanggungjawab apabila berlaku kesilapan? Bagaimanakah prinsip amanah, akauntabiliti dan Maqasid Syariah diaplikasikan dalam mendepani cabaran teknologi masa kini?

Jom sertai sesi Tafaqquh PERUBATAN untuk bersama-sama menelusuri isu-isu fiqh dan etika kesihatan kontemporari dalam era kecerdasan buatan.

📌 Tajuk: AI Sebagai Doktor? Cabaran Fiqh dan Etika Kesihatan Era Kecerdasan Buatan
📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕐 Masa: 1.00 – 1.15 PM 🇪🇬 | 6.00 – 6.15 PM 🇲🇾 (Kehadiran)
📍 Platform: Google Meet
🔗 Pautan Google Meet: https://meet.google.com/dwk-jvwg-gdw




“Muslim Sejati, Generasi Rabbani”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

Jabatan Pembangunan Insan
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026

Address

26 Sabel El-Khazindar Street, Abbasia
Cairo

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when mediaPERUBATAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to mediaPERUBATAN:

Shortcuts

Share