ArianaOla

ArianaOla Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ArianaOla, Recruiter, dssdf, .

08/08/2025
*BANTUAN SUMBER MANUSIA IBU PEJABAT POLIS CAMERON HIGHLANDS DAN 165 UNIT RISIK TD CAMERON HIGHLANDS KE DAERAH BENTONG.*T...
30/12/2021

*BANTUAN SUMBER MANUSIA IBU PEJABAT POLIS CAMERON HIGHLANDS DAN 165 UNIT RISIK TD CAMERON HIGHLANDS KE DAERAH BENTONG.*

Tarikh: 28 & 29/12/2021 (Selasa & Rabu)
Masa: 1000 hrs sehingga selesai
Lokasi : Surau, Kpg Cengal Medang Dan Kuarter Guru, Bentong.

*A. TENTATIF PROGRAM:*

0600 hrs
Kekuatan anggota seramai 50 org terdiri daripada
Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Kakitangan Awam dan Unit 165 Risik ATM berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Polis Cameron Highlands.
Taklimat penugasan telah disampaikan oleh Ydh ASP Aziz bin Abdullah (Ketua Bahagian Pengurusan Daerah

Telah sampai di Kampung Cengal Medang, Bentong dan melapur kepada Ydh Supt Zaiham Bin Mohd Kahar (Ketua Polis Daerah Bentong). Dan taklimat dan pembahagian penugasan telah disampaikan oleh pihak IPD Bentong.
ULASAN:
Bantuan sumber manusia ke daerah Bentong diketuai oleh Ydh DSP Hj Mohd Shamsuri bin Mohd Nor ketua polis Daerah Cameron Highlands

Team IPD Cameron Highlands dan 165 Risik telah membersihkan rumah2 di Kampung Cengal Medang, Surau dan Kuartes Guru.

Program telah berjalan dengan lancar tanpa berlaku perkara2 yang tidak diingini.

HARi : KHAMISTARIKH: 23 DECEMBER 2021TEMPAT: SMK CLIFFORD. LIPISEMPAT AGENSI BANTU BERSIH SMK CLIFFORD, LIPISGabungan em...
30/12/2021

HARi : KHAMIS
TARIKH: 23 DECEMBER 2021
TEMPAT: SMK CLIFFORD. LIPIS

EMPAT AGENSI BANTU BERSIH SMK CLIFFORD, LIPIS

Gabungan empat agensi bergabung tenaga membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford yang dilanda banjir baru-baru ini bagi persiapan pembukaan sesi persekolahan yang bakal dibuka Januari depan.

Agensi yang terlibat bergotong-royongt itu ialah IPD Lipis, IPD Cameron Highlands, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lipis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan warga pendidik SMK Clifford, Lipis.

“Demi meringankan beban mangsa banjir dan bangunan sekolah yang ditenggelami banjir, warga Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands dengan kekuatan anggota berjumlah 40 orang dgn di ketuai sendiri oleh Ydh KPD termasuk pegawai kanan , pegawai pangkat rendah & kakitangan awam telah digerakkan untuk membantu warga IPD Lipis bagi membersihkan kawasan dan banggunan sekolah yang teruk dilanda banjir,”

IPDCameron Highlands yang diatur gerak membantu membersihkan bangunan asrama, dan surau SMK Clifford.

“Semua yang terlibat turut memastikan mematuhi prosedur operasi standards (SOP) bagi mencegah penularan virus Covid 19 serta langkah keselamatan daripada benda tajam dan binatang berbisa

03/12/2021

MAKLUMAT...
POLIS. DAERAH CAMERON HIGHLANDS MENASIHATI PENGGUNAN JALAN RAYA YANG INGIN KE DAERAH CAMERON HIGHLANDS SUPAYA BERHATI-HATI DAN SENTIASA MEMATUHI ARAHAN YANG DIKELUARKAN DARI SEMASA KE SEMASA BAGI MENGELAK SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI KERANA KEADAAN CUACA YANG TIDAK MENENTU SEKARANG INI...
UNTUK MAKLUMAN PENGGUNA JALAN RAYA SEMUA, LALUAN JALAN SIMPANG PULAI KE DAERAH CAMERON HIGHLANDS DiTUTUP SEPENUHNYA BERMULA PETANG KHAMIS 2HB. DISEMBER 2021... PENGUNA JALAN RAYA BOLEH MENGGUNAKAN JALAN TAPAH - RINGHLET DAN JUGA JALAN SG KOYAN - RINGHLET UNTUK KE DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN PENGGUNA JALAN RAYA DARI GUA MUSANG UNTUK KE DAERAH LAIN BOLEH MENGGUNAKAN JALAN RINGHLET - TAPAH.
SEHINGGA DIMAKLUMKAN KELAK...
SEKIAN UTK MAKLUMAN SEMUA BUAT MASA SEKARANG

-HATI SENTIASA WALAU DIMANA SAHAJA

KETUA POLIS DAERAH
CAMERON HIGHLANDS

*SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2021 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS*  *A. BUTIRAN :-Tarikh : 9 O...
09/10/2021

*SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) 2021 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS*


*A. BUTIRAN :-

Tarikh : 9 Oktober 2021 @ Sabtu
Masa : 0700 hrs - Selesai
Tempat : Padang Awam Majlis, Daerah Cameron Highlands.

*B. KEHADIRAN :-

1. Ydh DSP Hj. Mohd Shamsuri Bin Mohd Nor
(Ketua Polis Daerah Cameron Highlands)

2. ASP Aziz Bin Abdullah
(Ketua Bahagian Pengurusan Daerah)

3. ASP Abdul Halim Bin Hamat
(Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah)

4. ASP Mohd Nasir Bin Deraman
(Ketua Polis Balai Brinchang)

5. Pegawai Kanan Polis IPD C/Highlands/ Pegawai Rendah Polis IPD C/Highlands Dan Semua Ketua-Ketua Polis Balai.

6. Anggota Perkep.

*C. TENTATIF PROGRAM:*

0700 hrs
Aerobik oleh Pegawai Kanan Wanita, Anggota Wanita dan PERKEP.

0745 hrs
Perlawanan Bolasepak Piala Ketua Polis Daerah Cameron Highlands.

1000 hrs
Program selesai.

*D. ULASAN:-*

1. Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands. Acara dimulakan aerobik oleh Pegawai Kanan Wanita, Anggota Wanita dan PERKEP. Manakala bagi Pegawai Lelaki dan anggota perlawanan Bolasepak *Piala Ketua Polis Daerah Cameron Highlands*. Seramai (100) Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan PERKEP terlibat bersama-sama menjayakan Program Hari Sukan Negara (HSN) 2021.

2. Objektif pelaksanaan bagi penyertaan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 bagi merealisasikan hasrat Kerajaan bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan selaras dengan Visi Sukan Negara 2030.

3. Selain daripada itu, dengan adanya program seperti ini juga menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi meningkat kesedaran disamping meningkatkan menjalani gaya hidup cergas dan sihat khususnya bagi Pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.

4. Aktiviti yang dijalankan adalah Kejohanan Bolasepak Piala KPD dan Kejohanan Bolajaring Piala Pengerusi Perkep. Semua aktiviti yang dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

5. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Ydh DSP Hj Mohd Shamsuri Bin Mohd Nor berharap semoga program ini menjadi iltizam untuk memperbaharui semula dalam meningkatkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Cameron Highlands serta ahli keluarga.

Address

Dssdf

70000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ArianaOla posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Recruitment Company?

Share