Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang

Call Website

Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang Page Facebook rasmi Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang, Tapah

Page ini juga merupakan platform berinteraksi dengan masyarakat sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan terhadap jabatan ini

10 Oktober 2026 (Sabtu)Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Batang Padang 2026 di Kompleks Sukan Tapah, T...
10/10/2026

10 Oktober 2026 (Sabtu)

Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Batang Padang 2026 di Kompleks Sukan Tapah, Tapah Road diurus setiakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batang Padang.

Antara aktiviti sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Batang Padang ialah Aerodance, Sarong Funwalk Madani sejauh 3 kilometer, pertandingan badminton dan futsal serta Treasure Hunt HSN2026 KPDN X KBS.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Ahli Dewan Negeri Kawasan Ayer Kuning serta dihadiri juga oleh Pegawai Daerah Batang Padang.

Jumlah keseluruhan peserta bagi pelbagai acara dianggarkan seramai 1,000 orang termasuk mahasiswa UiTM Tapah.

9 Oktober 2026 (Jumaat) Majlis Peluncuran Gotong-Royong dan  Pengurusan Sampah Yang Betul Peringkat Majlis Daerah Tapah ...
09/10/2026

9 Oktober 2026 (Jumaat)

Majlis Peluncuran Gotong-Royong dan Pengurusan Sampah Yang Betul Peringkat Majlis Daerah Tapah Tahun 2026 telah diadakan di Padang Awam Sungkai.

Majlis dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungkai.

Encik Neel Azwar bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) hadir mewakili Pegawai Daerah Batang Padang.

09/10/2026

๐—๐—ข๐—  ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 dengan tema โ€œMADANI Siaga, Tanggungjawab Bersamaโ€.

๐Ÿ“… Tarikh: Ahad, 11 Oktober 2026
โฐ Masa: 11.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Konvensyen Ipoh, Perak

Majlis akan dirasmikan oleh YAB Datoโ€™ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya kesiapsiagaan dan memperkukuh tanggungjawab bersama dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana!

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

09/10/2026
8 Oktober 2026 (Khamis)Susulan lawatan turun padang yang diadakan semalam oleh YB Ahli Dewan Negeri Kawasan Behrang bers...
08/10/2026

8 Oktober 2026 (Khamis)

Susulan lawatan turun padang yang diadakan semalam oleh YB Ahli Dewan Negeri Kawasan Behrang bersama Penghulu Mukim Sungkai, pada hari ini kerja baik pulih bumbung rumah Encik Saiful Bahari telah dimulakan oleh syarikat Teguh Perangsang Enterprise.

Semoga Encik Saiful Bahari sekeluarga kembali menjalani kehidupan yang lebih selesa apabila kerja baik pulih bumbung siap sepenuhnya.

7 Oktober 2026 (Rabu)Pada hari Ahad, 4 Oktober 2026 kira-kira jam 5.00 petang, telah berlaku ribut di Kampung Perlok Bar...
07/10/2026

7 Oktober 2026 (Rabu)

Pada hari Ahad, 4 Oktober 2026 kira-kira jam 5.00 petang, telah berlaku ribut di Kampung Perlok Baru, Sungkai.

Rumah Encik Saiful Bahari bin Haji Omar telah dihempap pokok.

Akibat kejadian tersebut, bumbung rumah di bahagian bilik tidur dan ruang dapur terjejas teruk dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila hujan lebat.

Pegawai Daerah Batang Padang kemudiannya telah dihubungi oleh YB Ahli Dewan Negeri Kawasan Behrang dalam usaha membantu keluarga Encik Saiful Bahari.

Susulan itu, Penghulu Mukim Sungkai dan Penolong Jurutera, Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang bersama-sama dengan Ahli Dewan Negeri Kawasan Behrang telah turun padang untuk menilai situasi sebenar pada hari ini.

Susulan daripada itu, penyelarasan telah dibuat untuk melaksanakan pembaikan segera bersama pihak kontraktor.

Kata sepakat dicapai bersama pihak syarikat Teguh Perangsang Enterprise yang bersetuju untuk melaksanakan terlebih dahulu kerja membaik pulih bumbung rumah tersebut bagi membolehkan keluarga Encik Saiful Bahari mendiami rumah dalam keadaan selamat dan selesa.

Setelah membuat anggaran kos, kerja baik pulih akan dimulakan esok.

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT PERAK SADC DAERAH BATANG PADANG 2026Pada hari Selasa, 6 Oktober 2026,...
07/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT PERAK SADC DAERAH BATANG PADANG 2026

Pada hari Selasa, 6 Oktober 2026, telah berlangsung Majlis Penyampaian Agihan Keuntungan Ladang Rakyat Tahun 2026 Daerah Batang Padang, Perak, yang melibatkan seramai 250 orang penerima daripada kalangan peserta Ladang Rakyat di daerah Batang Padang.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama erat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) bersama Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, bagi memastikan penyampaian manfaat kepada para penerima dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dr. Mohamad Yusri bin Bakir, ADUN Ayer Kuning, YB Choong Shing Heng, ADUN Chenderiang, Puan Rosefazidawati binti Ramli, Wakil Pegawai Khas YAB Menteri Besar DUN Slim, Tuan Haji Safri bin Mohamad Salih, Wakil Ahli Parlimen Tapah, Encik Low Yee Siang, Wakil Ahli Parlimen Tanjong Malim, serta Tuan Mohamad Rozlan bin Mohamad Razali, Pengurus Besar Jabatan Korporat Sosial, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).

Turut hadir ialah Encik Khalid Faesal bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Batang Padang.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen dan kerjasama berterusan antara SADC dan Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang dalam memastikan manfaat hasil pembangunan sektor pertanian dapat disalurkan kepada masyarakat, khususnya para peserta Ladang Rakyat.

Semoga agihan keuntungan yang diterima dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh 250 orang penerima serta memberi manfaat kepada peningkatan kesejahteraan dan sosioekonomi keluarga masing-masing.

Kerjasama berterusan, manfaat untuk rakyat.

Konvensyen Inovasi Negeri Perak 2026 anjuran Pejabat SUK Negeri Perak sedang berlangsung.Tuan/Puan dijemput hadir bagi m...
06/10/2026

Konvensyen Inovasi Negeri Perak 2026 anjuran Pejabat SUK Negeri Perak sedang berlangsung.
Tuan/Puan dijemput hadir bagi memeriahkan program.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,NOTIS SEBUTHARGA KERJAG2: PDBP(PLB) N.M/59/2026KERJA-KERJA MENYELENGGARA JAM...
05/10/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
NOTIS SEBUTHARGA KERJA
G2:
PDBP(PLB) N.M/59/2026
KERJA-KERJA MENYELENGGARA JAMBATAN ROSAK SERTA KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG CHEGAR MACHANG PERLOK,SUNGKAI
https://s3pk.perak.gov.my/IklanDetails.aspx?refNo=PRO261002174347073

Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Perak dan mempunyai Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G2 di dalam Kategori CE, Pengkhususan CE21 dan CE02.
Kontraktor dikehendaki membuat semakan kelayakan melalui link pautan seperti di atas.

Terima Kasih

3 Oktober 2026 (Sabtu)Program Festival Idea & Kesejahteraan Negeri Perak Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Muhibbah Bid...
03/10/2026

3 Oktober 2026 (Sabtu)

Program Festival Idea & Kesejahteraan Negeri Perak Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Muhibbah Bidor, Daerah Batang Padang.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan anak muda dan belia Negeri Perak dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa, selaras dengan salah satu agenda Perak Sejahtera 2030 iaitu memperkasakan TVET.

Selain itu, program turut bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan kaum khususnya bagi penduduk dan para pelajar di Daerah Batang Padang.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti Chit Chat Perpaduan, Deklarasi Rukun Negara, โ€œFinaleโ€ 5 Prinsip Rukun Negara dan TEEN Talk oleh LPPKN.

Turut diadakan Jualan Rahmah oleh KPDNHEP serta pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Bidor.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungkai, YB Datoโ€™ Sivanesan A/L Achalingam.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Ahmad Redhauddin bin Ahmad Shokori, ketua-ketua jabatan, Penghulu Mukim Bidor dan Sungkai serta Pengerusi-pengerusi JPKK.

Address

TAPAH
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share