Chalet Pos Yum

Chalet Pos Yum Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Chalet Pos Yum, Kg Pos Yum, Sungai Siput.

Gerak Gempur Koko bersama kakitangan Lembaga Koko Malaysia telah diadakan di Kg Yum dan Kg. Beswok pada 14 dan 15 Oktobe...
22/10/2020

Gerak Gempur Koko bersama kakitangan Lembaga Koko Malaysia telah diadakan di Kg Yum dan Kg. Beswok pada 14 dan 15 Oktober 2020.
Semoga tanaman koko ang diusahakan disini dapat mengeluarkan hasil yang baik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Apa yang best di air terjun selain mandi di air terjun yang sejuk dan nyaman?E...
22/10/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa yang best di air terjun selain mandi di air terjun yang sejuk dan nyaman?
Emmm pastinya makan!!! Selepas penat berendam dan berkubang pasti perut terasa sangat lapar kan? Memasak di depan air terjun, dan seterusnya makan berebut beramai-ramai pasti sangat best! Lauk yang simple seperti sardin, telur dadar dan sup sayur pun sangat sedap rasanya. Apa lagi makan ketika hujan πŸ˜†.
Di pos yum ada terdapat ruang penyediaan makan, dan tempat makan santai. Pengunjung boleh membawa perkakasan memasak minima, termasuk periuk elektrik.
Jom mencuba pengalaman menarik ini fi .pos.yum.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini terdapat lawatan tinjauan kawasan bagi program CSR dari JPJ Ipoh dengan Kop...
22/10/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini terdapat lawatan tinjauan kawasan bagi program CSR dari JPJ Ipoh dengan Koperasi Maju Asal Berhad. Dilihat kakitangan JPJ dan wakil Koperasi sedang menjamu selera bersama Tok Batin. Semoga lawatan di Kampung Yum ini mendapat manafaat kepada Komuniti Orang Asli disini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Pernah tak terfikir bagaimana rasanya tidur di dalam chalet dari buluh? Yang m...
21/10/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pernah tak terfikir bagaimana rasanya tidur di dalam chalet dari buluh? Yang mungkin zaman dahulukala keluarga kita pernah tinggal di rumah sebegini?
Dengan bumbung dari atap rumbia. Dinding dari buluh yang dihiris nipis dan diluruskan, tangga dari kayu kayu bulat. Disini, di chalet Pos Yum anda boleh merasakan semua binaan yang ringkas, namun tidak senang membinanya. Dengan kelengkapan yang sangat minima, dengan kudrat menggunakan tangan dan tulang, dengan atap yang disisir dan disusun halus, dengan buluh yang dibelah dan diracik menjadi dinding. Ini semua sangat unik, dan sukar didapati di mana-mana.
Jika anda bersedia menikmati kehidupan santai, penuh minimalis, tanpa kipas, tanpa aircond, tanpa radio. Hanya bunyian air sungai berdebur melanggar batu, dan bunyian rimba. Disini tempatnya!

Mereka sedia berkhidmat demi memastikan Chalet Pos Yum sentiasa bersih!!Ingin bercuti dengan tenang?? Jom ke Pos Yum, Su...
09/12/2019

Mereka sedia berkhidmat demi memastikan Chalet Pos Yum sentiasa bersih!!
Ingin bercuti dengan tenang?? Jom ke Pos Yum, Sungai Siput Perak. Anda boleh nikmati air terjun yang sejuk dan segar!

Program Lembaga Koko Malaysia dua minggu lepas di Pos Yum. Program berkaitan koko yang semestinya untuk menaiktaraf hidu...
17/08/2019

Program Lembaga Koko Malaysia dua minggu lepas di Pos Yum. Program berkaitan koko yang semestinya untuk menaiktaraf hidup komuniti di sini. Mereka bermalam di Chalet Pos Yum, turut sama menikmati keindahan alam sekitar. Jom!!! Ke Pos Yum.

@ Pos Yum Waterfalls

Tahukah anda di sekitar Chalet Pos Yum ada tanaman koko? Yup! Koko ini ditanam oleh komuniti Orang Asli disini.Ingin mel...
18/07/2019

Tahukah anda di sekitar Chalet Pos Yum ada tanaman koko? Yup! Koko ini ditanam oleh komuniti Orang Asli disini.
Ingin melihat koko mengelilingi air tejun? Jom ke Pos Yum!!!

Wahhh buat apa cuti Hari Pekerja ini? Kerja juga ke? Ke belum bangun dari pembaringan??πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰Yang mencari rezeki tanpa maji...
01/05/2019

Wahhh buat apa cuti Hari Pekerja ini? Kerja juga ke? Ke belum bangun dari pembaringan??πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰
Yang mencari rezeki tanpa majikan mungkin tetap terus perlu bekerja untuk kelangsungan hidup.
Gambar ini menyatakan kehidupan disini. Mereka bersama sama bergerak mencari hasil hutan, mungkin. Menyeberangi air terjun, memanjat bukit yang Allahuakbar cerunnya! Untuk rakyat bjasa yang mengamalkan kehidupan pasif ia memang mendebarkan. Demi rezeki. Demi kehidupan.
Anda boleh membantu ekonomi mereka dengan menyewa dan menginap di Chalet Pos Yum yang dibangunkan sendiri oleh komuniti Orang Asli Temiar disini.
Jom ke air terjun Pos Yum!!!!.
Ini adalah setitik khidmat masyarakat.

Address

Kg Pos Yum
Sungai Siput

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chalet Pos Yum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share