10/04/2021
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐๐ฃ๐๐ฒ๐, ๐ ๐๐ฉ๐ซ - "KPLB & Agensi sentiasa bersama kerajaan dalam memastikan inisiatif & bantuan diterima oleh masyarakat melalui program anjuran KPLB, kelas Pendidikan Kemahiran KEMAS, kemudahan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA, penangguhan pembayaran perniagaan, penangguhan bayaran sewaan premis, tanah dan rumah, pemberian insentif kepada usahawan di bawah KEJORA, PERDA, KETENGAH, KESEDAR dan KEDA dan JAKOA kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara." YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri l Pembangunan Luar Bandar berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan KPLB bagi bulan April 2021 bertempat di Dewan Seri Lestari, Bangunan KPLB hari ini.
"Saya berharap usaha kerajaan dalam meringankan beban rakyat khususnya masyarakat luar bandar dapat dijayakan sepenuhnya oleh semua supaya dapat memacu pembangunan luar bandar secara holistik dan mampan", tambah beliau lagi.
"Pada 24 Februari 2021 yang lalu juga, KPLB telah melancarkan Pelan Strategik KPLB 2021-2025 yang disediakan untuk tempoh 5 tahun, dijajarkan dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030), supaya menjadi rujukan dan panduan dalam membangunkan masyarakat dan kawasan luar bandar," kata beliau.
Mengakhiri ucapan, beliau berkata, "saya menyeru seluruh warga kerja KLPB agar terus memberi komitmen yang tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni, bekerja sebagai satu pasukan serta berganding bahu dalam melaksanakan tugasan agar segala cabaran dapat di hadapi dengan lebih baik."
Dalam pada itu, Dato' Mohamad Yasid bin Bidin, Ketua Pengarah KEMAS dalam ucapan alu-aluannya berkata, "Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPLB kerana telah memberi kepercayaan kepada pihak KEMAS untuk menganjur Majlis Perhimpunan Bulanan ini yang turut bersiaran secara langsung di saluran YouTube KEMAS TV."