Jab Sumber Manusia UUM

Call Website

Jab Sumber Manusia UUM Laman alternatif bagi membantu menyalurkan maklumat rasmi Jabatan Pendaftar UUM dengan pantas dan berkesan Terima kasih. Salam hormat,

-ADMINs-

Laman alternatif ini diwujudkan bagi menyalurkan maklumat kepada staf dan orang ramai secara khususnya agar capaian dapat dibuat dengan lebih mudah, berkesan dan interaksi antara pegawai Jabatan Pendaftar dapat dibuat dengan lepih pantas. Admin juga mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Maklumbalas dari admin atau Pegawai Jabatan Pendaftar mungkin akan mengambil sedikit masa, tetapi pihak kami akan cuba untuk memberikan komitmen sebaik mungkin. Sebarang jawapan yang diberikan di laman ini adalah tidak rasmi, dan maklumbalas secara rasmi akan diberikan melalui saluran rasmi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui kerjasama Unit Pembangunan Bakat dan Kompetensi, Jabatan Sumber Manu...
20/08/2026

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui kerjasama Unit Pembangunan Bakat dan Kompetensi, Jabatan Sumber Manusia bersama Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU) telah menganjurkan Kursus Pemindahan dan Pengendalian Pesakit bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan staf dalam mengendalikan situasi kecemasan di kampus.

Kursus yang berlangsung di Dewan Seminar, Pusat Islam itu menghimpunkan seramai 95 peserta yang terdiri daripada anggota Pasukan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Team), pemandu kenderaan, dan lain-lain kumpulan staf UUM.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pakar daripada PKKU yang berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan teknik pemindahan dan pengendalian pesakit secara selamat.

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran peserta dalam mengangkat, memindahkan dan mengendalikan pesakit menggunakan teknik manual serta peralatan bantuan yang betul.

Selain itu, program ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada pesakit dan anggota penyelamat, di samping meningkatkan tahap keyakinan staf dalam memberikan respons yang pantas dan berkesan ketika berhadapan dengan insiden kecemasan.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai modul merangkumi prinsip ergonomik dan mekanik badan, teknik pemindahan pesakit secara praktikal, penggunaan peralatan bantuan seperti stretcher dan ‘sliding board’, serta pengendalian situasi khas termasuk pesakit terjatuh dan kecemasan lain.

Sesi soal jawab dan penilaian pada penghujung program turut memberi peluang kepada peserta memperkukuhkan kefahaman terhadap setiap modul yang dipelajari.

Timbalan Pendaftar, Mohd Zulkifli Bin Mohd Noor @ Muhammad berkata, melalui penganjuran kursus ini, UUM berharap semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam tugasan harian, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan di kampus serta memastikan kebajikan warga universiti sentiasa terpelihara.

Menurutnya, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam membangunkan tenaga kerja yang kompeten, berkemahiran dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan secara profesional.

PELUANG KERJAYA: GURU BAHASA (GRED DG9) DAN PENSYARAH UNIVERSITI (GRED DS13) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
05/08/2026

PELUANG KERJAYA: GURU BAHASA (GRED DG9) DAN PENSYARAH UNIVERSITI (GRED DS13) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NAKHODA ASPIRASI DAN KECEMERLANGAN BAKAT (NAQIB) UUM 2026UUM ONLINE: Program Nakhoda Aspirasi ...
29/06/2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NAKHODA ASPIRASI DAN KECEMERLANGAN BAKAT (NAQIB) UUM 2026

UUM ONLINE: Program Nakhoda Aspirasi dan Kecemerlangan Bakat (NAQIB) merupakan satu inisiatif pembangunan bakat strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dirangka bagi memperkukuhkan budaya bimbingan, perkongsian serta pembangunan profesional dalam kalangan warga UUM.
Program NAQIB UUM 2026 bertujuan memperkukuh pembangunan staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) melalui pendekatan pementoran berstruktur, sekali gus melahirkan warga kerja yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing selaras dengan aspirasi universiti.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H
17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

SALAM AIDILADHA IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM
26/05/2026

SALAM AIDILADHA IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JABATAN SUMBER MANUSIA, UUM

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JSM, UUM
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA KERJA JSM, UUM

Berita Oleh : Muhammad Syafiz OmarGambar : Unit Kebajikan & Perubatan Staf, Jabatan Sumber ManusiaMKSK Santuni Kebajikan...
21/04/2026

Berita Oleh : Muhammad Syafiz Omar
Gambar : Unit Kebajikan & Perubatan Staf, Jabatan Sumber Manusia

MKSK Santuni Kebajikan Kakitangan Dan Pesara Menerusi Bingkisan Aidilfitri 2026

Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh nilai empati dan kasih sayang melalui inisiatif tahunan Program Ziarah Ramadhan dan Bingkisan Aidilfitri. Program anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK) ini dilaksanakan sebagai persediaan menyambut Syawal 1447H, sekali gus menzahirkan keprihatinan universiti terhadap kebajikan warganya.

Program ziarah kali ini memberi tumpuan khusus kepada 65 orang penerima yang terdiri daripada staf yang menghidap penyakit kronik, keluarga yang mempunyai tanggungan anak Orang Kurang Upaya (OKU), balu kepada kakitangan yang telah meninggal dunia, serta staf kategori B40 yang layak. Tidak ketinggalan, pesara universiti yang sedang menghadapi masalah kesihatan turut diberikan perhatian.

Pemberian Bingkisan Aidilfitiri ini merupakan simbolik keprihatinan pihak universiti dalam membantu meringankan persiapan menyambut Syawal, sekali gus menceriakan suasana lebaran buat warga kerja dan keluarga yang diraikan.

Antara individu yang disantuni dalam program kali ini termasuklah balu kepada Allahyarham Azizan bin Abu Bakar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Puan Anita binti Hj Noh), balu kepada Allahyarham Shahidan Bin Saad, Jabatan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (JHEPPI) (Puan Nor Aziyah Binti Mat Cha) serta suami kepada Allahyarhamah Nor Hafidah binti Ibrahim, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) iaitu En. Mohamad Khairi bin Ramli

Selain itu, kunjungan turut dibuat kepada staf yang sedang diuji dengan masalah kesihatan seperti Puan Rohaida Binti Rohani dari Pusat Sukan, Encik Mohd Sharifuddin bin Mohd Noordin dari UUMPress, Puan Yati Arikah binti Mohd Yusoff, Jabatan Sumber Manusia (JSM) dan Prof. Madya Kamaruddin Radzuan dari STML, UUM COB, serta pesara universiti termasuk Encik Kamaludin Chin, Encik Mazlan Bin Ashaari, Puan Norazimah Binti Md Nor, Prof. Madya Hamzah Bin Samat, Tuan Hj Abdul Wahab Bin Awang, En Abdul Shakur Abdullah dan Encik Abu Hassan Abdulah

Timbalan Pendaftar, Encik Mohd Zulkifli Bin Mohd Noor @ Muhammad berkata program ini merupakan medium penting untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak pengurusan universiti dan warga kerja. Ia mencerminkan imej UUM sebagai sebuah institusi yang menitikberatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan warganya selaras dengan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

Turut membantu menyerahkan Bingkisan Aidilfitri MKSK ini ialah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan Bin Abdul Rahim, Presiden, Prof. Madya Dr. Noraziah Bt Che Pa Setiausaha Kehormat Persatuan Akademia Universiti Utara Malaysia (PERSATU UUM) serta Pn. Norazlina Binti Mahmud Presiden Persatuan Setiausaha Universiti Utara Malaysia (SETIA UUM)

Dalam pada itu, antara penerima Bingkisan Aidilfitri Mazlan Bin Ashaari, 63, bersyukur apabila dirinya masih diingati dan dihargai walaupun telah bersara.

"Alhamdulillah saya rasa bersyukur sangat. Walaupun sudah bersara, masih lagi dihargai dan terima kasih banyak-banyak kepada MKSK UUM yang memberi sumbangan Aidilfitri,” katanya yang telah bersara pada tahun 2018.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan UUM dalam menjaga kebajikan staf dan pesara, sekali gus memastikan ukhuwah dalam kalangan warga universiti kekal utuh walaupun setelah mereka menamatkan perkhidmatan.

Address

Jabatan Sumber Manusia, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

(6) 04 928 3199

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jab Sumber Manusia UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share