10/10/2026
Cara Nak Kawal Penggunaan Tenaga: Kenal Kuasa, Kawal Masa, Fahami kWj β‘
Jawapannya ada pada dua perkara: kadar kuasa kelengkapan dan tempoh penggunaannya.
Konsepnya, semakin tinggi kadar kuasa sesuatu kelengkapan dan semakin lama ia digunakan, semakin banyak tenaga dalam kWj yang direkodkan.
Tapi ada satu lagi perkara penting β guna pada tempoh yang sama tak semestinya menghasilkan penggunaan tenaga yang sama. Contohnya, penyaman udara yang digunakan 4 jam sehari dengan tetapan suhu yang sama perlu bekerja lebih keras ketika cuaca panas berbanding cuaca yang kurang panas. Pemampat (compressor) perlu beroperasi lebih kerap dan lebih lama untuk mencapai suhu sasaran, lalu meningkatkan penggunaan tenaga.
Sama juga dalam senario penapis penyaman udara yang kotor dengan habuk dan tetapan suhu yang terlalu rendah. Penyaman udara perlu bekerja keras dan akan menyebabkan peningkatan kadar kuasa kelengkapan dan tempoh penggunaannya, yang akhirnya akan menyebabkan semakin banyak tenaga dalam kWj yang direkodkan.
Jom! guna tenaga dengan lebih bijak ππ