27/02/2022
ANGIN HITAM
DARI ULU KONGSOR KE YUNNAN
dari sinilah sejarahnya bermula
Topik 4 [draf] : RAINFOREST CHALLENGE 2008
Sebuah pengalaman yang betul-betul baru bagi kami berempat. Hidup dalam hutan selama 10 hari tak tentu tempat tidur dan masanya. Kadang-kadang tidor dalam lumpur kerana cuaca pada bulan 12 memang hujan memanjang. Perjalanan kami p**a tidak tentu masa ada kalanya lewat tengah malam pun kami terpaksa redah bukit bakau.
RFC mengajar kami pelbagai pengalaman ber-off-road apa tah lagi kami bertemu ramai otai-otai 4 wheelers termasuk dari luar negara. Semua mereka itu mempunyai jiwa yang cukup kental, tidak putus asa dalam menghadapi cabaran.
Kami berempat cuma support untuk media sahaja dan sudah pasti tugas kami bawa para media ke mana mereka ingin pergi. Terutama menyaksikan challenge yang diadakan setiap masa dalam hutan itu. Tugas media p**a untuk membuat liputan berita untuk antarabangsa.
Tidak pernah terfikir kami bahawa kami boleh sertai RFC setelah baru setahun jagung berjinak dengan 4 wheels. Di situlah kami belajar menimba ilmu dalam menghadapi laluan-laluan sukar.
Persiapan Pajero kami mengambil masa lebih 2 minggu supaya betul-betul bersedia ke RFC. Sehingga ke hari terakhir, sehari sebelum bergerak masih ada yang belum selesai. Pajero chip terpaksa ditukar gearbox lain supaya dapat PTO berfungsi. Aku dan Mael telah cari gearbox untuk Chip dan malam itu Harun bantu salin 2 gearbox jadikan satu supaya PTO Chip dapat berfungsi.
Begitulah semangat Blackwind dalam usaha membolehkan kami ke RFC secara satu pasukan. Kami akan support satu sama lain janji kami sama-sama senang hati.
Bagai ibaratlah tidak sah main 4 wheels jika tidak pernah lalui RFC mahu pun sebagai media support kerana di RFC itulah dunia off-road sebenarnya. Kami ibarat sudah dapat lesen kecil ber-off-road.
Terima kasih RFC kerana memberi peluang pada kami.
-akan bersambung-