okaerikofi

okaerikofi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from okaerikofi, Shah Alam.

Hi guys. Untuk sabtu ahad ni 10 & 11 September, okairikofi akan tutup sekejap sebab kitorang join  nanti. Banyak vendor ...
08/09/2022

Hi guys. Untuk sabtu ahad ni 10 & 11 September, okairikofi akan tutup sekejap sebab kitorang join nanti.

Banyak vendor lain yang ada dekat situ jugak. Free entry. Waze je Sapura Bluedome Mines nanti. Jumpa sana okey! Details tambahan kita buh dekat buh dekat story and highlight.

✨JIWA HAMBA ✨Termenung seketika sunyi sejenakKosong di jiwa tiada penghuniHidup terasa diperbudak-budakHanya suara melam...
31/08/2022

✨JIWA HAMBA ✨

Termenung seketika sunyi sejenak
Kosong di jiwa tiada penghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi

Berpusing roda beralihlah masa
Pelbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdeka
Tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata, maju kita
Melemparkan jauh jiwa hamba

Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
- Usman Awang, 1948 -

SELAMAT HARI MERDEKA KE-65!

✨ Syukur & Kopi ✨Setiap hari selalu ku ucap syukurAtas karunia dari Tuhan atas dirikuDitambah lagi dengan secangkir kopi...
29/08/2022

✨ Syukur & Kopi ✨

Setiap hari selalu ku ucap syukur

Atas karunia dari Tuhan atas diriku

Ditambah lagi dengan secangkir kopi

Menambah nikmat suasana,

Segarkan pikiran hempaskan kantuk melanda.



Korang perlukan kopi tak untuk mulakan hari yang produktif?

Cuba share pengalaman korang dengan kopi kat ruang komen 👇🏻

In frame :
coffee: Okairi Aerocano
📸:

✨Okairi Kofi Kembali Menyeduh Kopi ✨Kami dari team okairi minta maaf tersangat maaf kerana tidak beroperasi selama 1 bul...
28/08/2022

✨Okairi Kofi Kembali Menyeduh Kopi ✨

Kami dari team okairi minta maaf tersangat maaf kerana tidak beroperasi selama 1 bulan. Ada beberapa prosedure dengan MBSA yang patut kami uruskan sebelum boleh kembali beroperasi.

Insyaallah bermula 27.8, okairi kembali dibuka untuk jiwa2 yang bisa menikmati keindahan kopi.

Untuk Hari ini sahaja, discount rm2 untuk setiap pembelian dengan code: “JIWA MERDEKA.”

Boleh datang jumpa barista dan ucapkan code rahsia ini untuk discount rm2 setiap cangkir kopi.

Terima kasih atas sokongan para pelanggan okairi selama ini 🙏🏻 moga Allah murahkan rezeki kalian ✨

✨Okairi Kofi Kembali beroperasi Malam!✨Disebabkan banyak permintaan dari pelanggan dan rakan2, kami akan kembali beroper...
09/07/2022

✨Okairi Kofi Kembali beroperasi Malam!✨

Disebabkan banyak permintaan dari pelanggan dan rakan2, kami akan kembali beroperasi sehingga malam hari.

Jadi bagi rakan-rakan yang perlukan kesegaran dan keceriaan selepas pulang dari kerja, boleh datang mengopi & lepak di Okairi. Kami akan setia di sini sehingga malam hari😄
KEKAL CERIA DAN PRODUKTIF DENGAN KOPI!

✨OKAIRI DIBUKA AWAL PAGI✨Insyaallah atas perbincangan dengan team Okairi dengan penduduk u12, kami membuat keputusan unt...
31/05/2022

✨OKAIRI DIBUKA AWAL PAGI✨

Insyaallah atas perbincangan dengan team Okairi dengan penduduk u12, kami membuat keputusan untuk mengubah waktu operasi kami.

Okairi akan mula menyeduh pada waktu sarapan jam;
☀️8am - 7pm☀️

Moga dengan perubahan ini, pelanggan Okairi dapat lebih menikmati kopi yang berkualiti di pagi hari.

Untuk kegembiraan hati juga bagi meningkatkan produktiviti.

Ngopi jom!!

Okairikofi tidak beroperasi pada esok pagi😭Atas sebab tertentu, kami akan alihkan waktu operasi pada esok hari.Kami bero...
22/05/2022

Okairikofi tidak beroperasi pada esok pagi😭

Atas sebab tertentu, kami akan alihkan waktu operasi pada esok hari.

Kami beroperasi pada jam 7pm - 12am.

✨Okairi Kofi Dah Sebulan✨Alhamdulillah kedai kopi kami dah masuk umur sebulan beroperasi di U12, Shah Alam. Sebulan yang...
19/05/2022

✨Okairi Kofi Dah Sebulan✨

Alhamdulillah kedai kopi kami dah masuk umur sebulan beroperasi di U12, Shah Alam. Sebulan yang penuh dengan s**a duka, pening kepala, risau juga penuh gembira.

Sebelum ni ingatkan nak bukak kedai kopi ni sekadar pandai buat kopi. Tapi realitinya jauh lagi mencabar dan menarik! Kena buat marketing, design dan manage team dengan baik. Paling penting, jaga kualiti specialty coffee setanding namanya.

Kedai kopi kami ni agak tersorok sikit dari laluan orang ramai, jadi orang ramai tak perasan yang kami buat kedai kopi. Dengan marketing pon tak menyempat, memang susah nak dapat pelanggan awal2 kami beroperasi. Tapi Alhamdulillah, sekali customer datang dan cuba kopi kami, diorang akan datang lagi dan bawak kawan & family.

Banyak lagi kami perlu belajar. Banyak lagi kami perlu perbaiki. Tapi kami percaya, pelan2 kayuh insyaallah sampai juga ke destinasi.

Terima kasih kawan2 & sifu kopi kerana banyak bagi tunjuk ajar😄

Orang Shah Alam boleh singgah kedai kami di sini 👇🏻

Lokasi waze/gmaps: Okairi Kofi
https://goo.gl/maps/3QXcDVSGKsHRAy349

Jalan pegaga, u12, Shah Alam.

10am - 10pm

Buka setiap hari kecuali selasa

Boleh cuba specialty coffee air tangan anak jati Shah Alam🙌🏻🙌🏻

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN ✨Minta maaf lambat wish raya tahun ni. Min busy sikit dapat anak pertama hujung ramad...
06/05/2022

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN ✨

Minta maaf lambat wish raya tahun ni. Min busy sikit dapat anak pertama hujung ramadhan haritu. Raya bertiga lah ceritanya.

On the side note, Alhamdulillah okairi kofi akan mulakan operasi pada waktu tetap sepanjang minggu. Ini waktu operasi kami;

10.00am - 10.00pm
Dibuka setiap hari kecuali selasa
Jumaat rehat 12.30pm - 2.30pm

Korang boleh datang menikmati kopi yang insyaallah boleh buat korang gembira. Bawa sekali pasangan, ibubapa atau kawan2 sekolah. Barang baik elok dikongsi betul?

Untuk ke kedai kopi kami, boleh gunakn 2 cara;
Waze/gmaps: Okairi Kofi
Petakopi: https://petakopi.my/okairi-kofimy

Jumpa anda disana!!

✨Seminggu Okairi Beroperasi ✨Alhamdulillah Okairi Kofi dah mula beroperasi untuk pencinta kopi datang dan lepak. Memang ...
04/04/2022

✨Seminggu Okairi Beroperasi ✨


Alhamdulillah Okairi Kofi dah mula beroperasi untuk pencinta kopi datang dan lepak. Memang biasanya kalau customer datang akan lepak 2-3 jam and you are welcome to do so.


Team Okairi berhasrat untuk sediakan kopi yang terbaik & berkualiti untuk penikmat kopi sekalian. Untuk yang tak meminati kopi, kami ada beberapa pilihan “non-coffee” yang berkualiti untuk kalian nikmati. Tiada diskriminasi di sini.

Sepanjang ramadhan ini, kami akan beroperasi dari 4pm - 8.15pm dan 9.45 - 12.00am. Jadi kawan2 dijemput untuk lepak berbuka dan moreh di sini.


Sepanjang seminggu kami beroperasi, ramai kawan dan kenalan datang untuk sokong usaha kecil kami ini. Kepasa yang pernah hadir, kami ucapkan terima kasih dan dijemput untuk datang kembali. Anggaplah ini rumah kedua korang hahaa.


Jujurnya, kedai kopi ini masih belum lengkap sepenuhnya lagi. Team kami juga masih belajar untuk menguruskan kedai dengan kemas dan teratur. Segala maklum balas dan penambah baikan sangat lah kami hargai 😄.


P/s: datang kedai kami nanti boleh cuba order irish mocha kami. Insyaallah akan buat korang tersenyum sampai ke pagi 😆

Address

Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when okaerikofi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share