Unit Amal Kemasik

Unit Amal Kemasik Jabatan AMAL Kemasik, beramal kerana ALLAH

14/07/2019

Berminat menjadi sukarelawan??
Berminat untuk bersama-sama menabur bakti untuk masyarakat dan agama??

Maka tidak dinafikan lagi anda lah yang kami cari...
Jom sertai kami sebagai Sukarelawan Amal atau sebagai salah seorang daripada anggota Jabatan Amal Malaysia.

>>>Syarat untuk menyertai Sukarelawan Amal Malaysia : Jabatan Amal Kemaman

1) Ahli PAS/Bukan Ahli PAS
2) Terlibat dalam operasi bencana atau sebarang program yg berkaitan dengan Jabatan Amal Malaysia bila mana diperlukan.
3) Terbuka kpd semua Muslimin, Muslimat dan Non Muslim.

>>>Syarat untuk menjadi Anggota Jabatan Amal Malaysia : Jabatan Amal Kemaman

1) Wajib mendaftar sebagai ahli PAS
2) Terlibat sepenuhnya dengan semua program yg melibatkan Jabatan Amal Malaysia dan program parti.
3) Terbuka hanya kpd Muslimin.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh lah menghubungi kami di talian Penasihat Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kemaman Wan Faisal wasap.my/60199819139 dan Abdul Hafiz wasap.my/60135306967

14/07/2019

Jom sertai kami!

04/07/2019

Alhamdulillah..
Sekalung tahniah diucapkan kepada kekanda kami, Tuan Norazman Ishak diatas taklifan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia yang baharu bagi meneruskan kecemerlangan Mantan KP JAM, insan hebat Tuan Mohd Nazree...

Semoga Jabatan Amal Malaysia terus mara berbakti untuk jemaah dan rakyat Malaysia dan menjadi pemangkin kepada agenda

Seeru ala barakatillah.

25/06/2019

Assalamualaikum,

Sebagai perkongsian kita. Selain etika pemakaian kita, Anggota Jabatan Amal Malaysia perlu tahu penggunaan Beret atau penyimpanan beret yang betul.

Beret - kadang2 eja "beri", "barit", "berit", "bari" dan macam-macam lagi. Mungkin ramai tidak tahu mengenainya, yelah bukan semua anggota Amal ni bekas tentera, polis, atau badan uniform yang lain. Itu tidak mengapa asal kita belajar. Sebagai makluman sahaja. Tiada niat ingin menyalahkan sesiapa atau mengaibkan sesiapa. Mohon maaf, sekadar perkongsian ilmu.

Beret yang diletak diatas bahu atau bawah apolet adalah "TABOO" atau pantang larang dalam badan beruniform(seperti di dalam gambar). Ia memberi gambaran Kalah perang, Menyerah diri atau berkabung untuk kematian. Ia adalah sejarah perang di eropah apabila sesuatu pihak kalah menandakan menyerah diri.

Sekadar perkongsian dan harap ia manfaat kepada semua.

sumber: https://m.facebook.com/groups/409987512390692?view=permalink&id=957277364328368

21/05/2019

Jom Hadir Himpunan Jabatan Amal "Palestine Di Hati Kami" di madinah ramadan Padang Taman Awan Batu Burok, Kuala Terengganu, sama-sama kita mendengar kisah-kisah saudara seislam kita.

Moderator: Ustaz Saiful Anbiya' Darusa (Jabatan Amal)

Panel 1: Tuan Haji Zulkifli Wahijan
(Presiden Muslim Care)

Panel 2: Abu Ayesh An Najjar
(Pengarah Hubungan Antara Bangsa Muslim Care)

Siru Alaa Barakatillah


18/05/2019
Ayuh sertai kami .Beramal kerana Allah
21/01/2019

Ayuh sertai kami .

Beramal kerana Allah

JOM ! DAFTAR JAMKK

Pendaftaran Ahli Baru Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu kawasan Kemaman

Jabatan Amal adalah sebuah pasukan beruniform bawah Dewan Pemuda PAS yang menjalankan gerak kerja sukarelawan berkebajikan.

Kami mempunyai beberapa bidang khidmat kebajikan yang menjadi pilihan anak muda sekarang seperti

>>Khidmat Kebajikan Masyarakat
>>Bantuan Awal Perubatan Dan Kecemasan
>>Bantuan Awal Bencana Alam
>>Khidmat Pemulihan Bencana Alam
>>Khidmat Kecemasan Radio Amatur
>>Khidmat Dakwah Masyarakat
>>Bantuan Kawalan Trafik Dan Lalulintas
Dan Banyak lagi.....

VISI

Kearah menjadi penggerak kebajikan sukarela beruniform yang menjadi pilihan generasi muda yang berdasarkan syariah Islam.

MISI

>Berkhidmat secara sukarela membangunkan semula generasi muda melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan mengikut dasar-dasar Islam.
>Melahirkan ahli-ahli pengerakan sukarela supaya boleh menghayati teras budaya Amal.

OBJEKTIF

>Melindungi orang awam dan harta benda daripada ancaman keselamatan dan bencana.
>Melatih sekurang-kurangnya 30% rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas.
>Melibatkan rakyat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, pertolongan cemas,perjuangan hak asasi manusia dan keadilan sebenar sejajar dengan ajaran Islam.
>Menyediakan dan menguruskan perkhidmatan kecemasan dan bencana...

Apa Tunggu Lagi...JOM SERTAI KAMI !!!

Email JAMKK : [email protected]

Hubungi Kami:-

SU JAMKK
MOHD KHAIZAL - wasap.my/60199013018
TIMBALAN SU
ABDUL HAFIZ - wasap.my/60135306967

❗ *[MAKLUMAN]*  ❗JOM BERSIH PANTAI KITERPemuda PAS dun Kemasik & Jabatan Amal dun Kemasik akan menganjurkan program Jom ...
01/07/2018

❗ *[MAKLUMAN]* ❗

JOM BERSIH PANTAI KITER

Pemuda PAS dun Kemasik & Jabatan Amal dun Kemasik akan menganjurkan program Jom Bersih Pantai Kiter :

🗓 Tarikh : 1/07/2018 (Ahad)
⏰ Masa : 5:00 petang
📍 Tempat : Pantai Kuala Kerteh

📋 Bawak plastik sampah sendiri dan lebih adalah digalakkan


Kempen Terengganu Bersih

Ayuuuhh !! Bersama sama lah menyumbang kepada pembelian van Hiace bagi kegunaan kerja kerja amal Jabatan Amal KemamanBol...
21/06/2018

Ayuuuhh !! Bersama sama lah menyumbang kepada pembelian van Hiace bagi kegunaan kerja kerja amal Jabatan Amal Kemaman

Boleh sebarkan untuk bersama sama mendapat ganjaran.

Insha Allah

Address

WISMA HUAZONG, 7th FLOOR, O.7KM LEBUHRAYA SUNGAI BESI
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Amal Kemasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Unit Amal Kemasik:

Share