FLYNGER

FLYNGER Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FLYNGER, Serdang, Seri Kembangan.

26/08/2023

"Kita R.O.C.K.E.R.S
Jiwa R.O.C.K.E.R.S
Tetap kekalkan identity kami
Meneruskan trend yang memikat hati
Di masa kini !!"

14/06/2023




Drum + Beatbox+ Vocal + Bunyi Gitar 🎸 padu tokk ..

FOO FIGHTERS is an American rock band formed in Seattle in 1994.   was initially formed as a one-man project by former N...
13/06/2023

FOO FIGHTERS is an American rock band formed in Seattle in 1994.

was initially formed as a one-man project by former Nirvana drummer Dave Grohl.

Following the success of the 1995 eponymous debut album, Grohl recruited a band consisting of Nate Mendel, William Goldsmith, and Pat Smear.

Album Wings paling Dark!!! Terjual 150 ribu copy walaupun kena gam dengan kerajaan..Blues Dalam Kehadiran Sofea tu mmg b...
13/06/2023

Album Wings paling Dark!!! Terjual 150 ribu copy walaupun kena gam dengan kerajaan..

Blues Dalam Kehadiran Sofea tu mmg blues tulen, roh blues tu memang sampai dalam jiwa.. Album ni Awie tak s**a (boleh tgk interview dgn Dj Nazz), tapi ni album yg Joe kata dia paling enjoy dalam hasil kerja gitar dia.. If korang nk tengok sisi kiri M.Nasir & arwah Loloq, inilah album dia.

Kalau cakap dekat budak² skrg yg komposer lagu Jerangkung Dalam Almari tu M.Nasir, mesti terkebil-kebil tak percaya.. Seingat aku masa Form 5 tahun 1995, AADK Petaling pernah guna lagu Kau Bukan Brader sebagai lagu rasmi sebelum dorang start ceramah dekat sekolah.

EXPLORASI KARYAACAB (Band Bawah Tanah Paling Gemilang)Nothing to win,Nothing to gain,Everyday same all story again,Nothi...
13/06/2023

EXPLORASI KARYA

ACAB (Band Bawah Tanah Paling Gemilang)

Nothing to win,
Nothing to gain,
Everyday same all story again,
Nothing change,
We are trapped in their own game.

ACAB boleh dikatakan antara band paling sukses dalam arena muzik bawah tanah negara. Walaupun ACAB tidak pernah mengangkat muzik mereka ke arus perdana tetapi ianya sudah cukup membuatkan band tersebut sangat dikenali. Boleh dikatakan suatu ketika dahulu, sesiapa yang mahu belajar main gitar, pastikan lagu dari ACAB akan jadi pilihan awal. Lebih mengujakan lagi kebanyakkan lagu ACAB boleh diterima oleh mat rock kapak. Persoalannya sekarang bagaimana ACAB boleh tercipta?

Sebenarnya asas ACAB telah dimulakan oleh Megat Hafiz dan Edy J Herwan sejak mereka bermain dalam band S*x and Violence. Ketika itu mereka hanya tubuhkan banda hanya semata-mata untuk berseronok bermain muzik. Disebabkan mereka berdua tekad untuk lebih serius dalam muzik, maka terhasil kump**an ACAB pada tahun 1994.

Mereka berdua telah menjemput masuk Anas, Sham dan juga Black untuk melengkapkan lagi line up ACAB. Salah satu tujuan penubuhan ACAB ketika itu adalah untuk memperkenalkan kepada rakyat Malaysia genre muzik oi yang belum pernah dimainkan oleh mana-mana band sekalipun. Pada tahun 1995 ACAB telah mengeluarkan demo bertajuk ACAB bagi menandakan kehadiran mereka dalam industri muzik Malaysia. Demo ini terjual sekitar 500 unit walaupun promosi kurang dilakukan. Antara kejayaan demo ini adalah lagu-lagunya telah dijadikan sebagai cap mohor bagi pergerakan skinhead negara.

Lantaran daripada kejayaan kecil ini, ACAB telah melancar EP Unite & Fight setahun selepas itu. Malangnya ketika proses rakaman sedang berlangsung, Anas dan Black telah menarik diri. Hal itu tidak memberi kesan yang ketara kepada ACAB kerana berjaya juga menyiapkan EP tersebut dengan bantuan anggota baru iaitu Zul. EP ini telah terjual sebanyak 2000 unit dan dipasarkan ke luar negara.

Tahun 1997 menyaksikan Zul p**a menarik diri lantas membuatkan hanya tinggal Megat dan Edy sebagai anggota ACAB. Ianya tidak menjadi masalah apabila Edy telah mengambil alih posisi drum. Manakala Megat p**a menjadi pemain gitar dan vokalis. Disebalik penarikan diri beberapa ahli kump**an, ACAB masih lagi mampu menghasilkan album yang mantap melalui Eastern Oi yang berjaya terjual sebanyak 10,000 unit dalam masa singkat.

Disebalik kejayaan ini, terdapat berita yang mendukacitakan iaitu Edy J Herwan telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada ACAB. Situasi ini menyebabkan hanya Megat seorang sahaja yang tinggal sebagai ahli ACAB dan beliau tetap teruskan perjuangan walaupun dilanda sedikit kesedihan. Semua ini dapat dilihat melalui lagu Rintangan Hidup Dunia yang dirakamkan dalam album Tribute To Rusty Blade.

Memasuki tahun 2001, Sham dan Edy kembali ke pangkuan ACAB lantas membuatkan album kedua mereka iaitu Skinhead 4 Life terzahir.. Dalam album tersebut, lagu Skinhead For Life dan Skinhead Selamanya menjadi antara yang paling banyak menjadi siulan peminat. Ajaibnya album ini adalah ianya berjaya dijual sebanyak 4000 unit dalam masa sebulan sahaja.

Selepas itu, ACAB tidak menoleh ke belakang lagi dengan hasrat untuk menghasilkan album berbahasa Melayu pertama mereka iaitu Orang Timur. Album ini sebenarnya lebih kepada tribute kepada SYJ kerana hanya mengandungi dua sahaja lagu daripada ACAB. Buat pengetahuan anda semua, SYJ boleh dikatakan sebagai antara influence utama ACAB dalam penulisan lirik dan penghasilan lagu.

Kita semua tahu ketika era Battle of Band, SYJ merupakan band yang agak “liar”. Penampilan SYJ boleh dikatakan agak ganas dan lagu mereka juga banyak bercerita mengenai keadaan semasa negara melalui lagu Orang Timur, Syurga Di Hujung Jarum serta Hati Syaitan. Mungkin dari situ ACAB mendapat ilham daripada SYJ.

Kebanyakkan lagu ACAB juga menceritakan mengenai hal-hal semasa yang terjadi di Malaysia serta perjuangan golongan pekerja (B40). Manakala muzik ACAB bukanlah pure oi seperti kebanyakkan band oi di barat. Boleh dikatakan ACAB telah mengadunkan oi dan heavymetal/rock kapak sebagai cap mohor mereka. Melalui album Orang Timur, peminat rock kapak terus mampu menghadam muzik dan lirim yang dibawa oleh ACAB.

Dua tahun selepas itu barulah ACAB mengeluarkan album berbahasa Melayu ciptaan mereka sepenuhnya yang bertajuk Bangun. Album ini boleh dikatakan sebagai yang terakhir sebelum ACAB berhibernasi begitu panjang.

ACAB membuat kejutan apabila muncul kembali dengan imej baru iaitu THE ACAB bersama anggota baru iaitu Megat, Edy, Irfan dan Mono. Kumpukan baru ini mengangkat rock indie sebagai genre utama mereka dan berhasrat untuk meluaskan empayar ke arena arus perdana. Sayangkan kump**an ini kurang mendapat perhatian peminat walaupun telah mengeluarkan album This is The ACAB. Mungkin semuanya berpunca daripada perubahan genre muzik yang kurang digemari oleh peminat. Selepas itu The ACAB terus terkubur untuk selama-lamanya.

Hari ini ACAB kembali daripada lena yang panjang dan pada 2020 lalu, ACAB telah mengeluarkan album Demonstration ’95 Revisited dengan satu lagu baru. Baru-baru ini telah berlangsung gig Bangun Orang Timur oleh ACAB dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Di masa hadapan, mungkin ACAB boleh mengadakan konsert sebagai mana Butterfinggers pada 2019.

Kehadiran ACAB telah meninggalkan impak yang cukup dalam buat arena muzik bawah tanah negara. Malah kump**an ini juga digelar sebagai The Godfather of Skinhead/Oi.

Kehadiran ACAB telah membangkitkan beberapa kump**an yang bermain muzik oi iaitu The Official dan The Suspect Aka. Jadi lagu ACAB manakah yang sedang menari-mari di halwa pendengaran anda?

Admin : Genggam & Bersama Semula

Address

Serdang
Seri Kembangan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FLYNGER posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share