20/10/2020
Berapa ramai yang tahu bahawa dia atau ahli keluarganya ada gangguan ? Tak semua yang tahu dan ada juga yang tak mahu ambil tahu....kerana apa..? Kerana
- betul2 tak tahu.
- malas nak fikir.
- give up
- tak percaya
Jadi...kenapa mesti berubat..? Perlu ke..?
Jawapannya....perlu...kerana pertama sekali ia akan mengganggu amalan agama kita seperti malas beramal...anggap amalan agama tak penting....mencuaikan perintah2 Allah dan b*k lagi.
Bila perintah Allah kita cuaikan....maka akan datang kerosakan dalam kehidupan dia....
- keberkatan rezeki ditahan
- sakit yang berpanjangan
- hati dan emosi terganggu
- hilang keberkatan hidup
- timbul pelbagai masalah
- hilang yakin pada Allah
Jangan tunggu sampai teruk baru nak berubat....gangguan nie ibarat kanser....dia akan makan secara diam2...tahu2 dah stage ke 4. Waktu tu dah tak guna berubat...
Justeru, bagi memelihara diri kita daripada sebarang gangguan spiritual khususnya yang datang daripada jin dan syaitan, maka sebaik-baik cara adalah kembali kepada apa yang diajarkan di dalam agama. Berikut dibentangkan sebahagiannya.
Ikhlas dalam beragama. Apabila iblis berjanji kepada Allah untuk menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam ahli neraka, iblis dengan sendirinya mengakui bahawa ia tidak dapat melaksanakan janji tersebut kepada satu golongan orang, iaitu mereka yang ikhlas sebagaimana dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 36-40:
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (36) قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ (37) إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ (38) قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
Maksudnya: “(Berkata iblis: Ya Rabbku! Kalau begitu maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari dibangkitkannya manusia. (Allah berfirman, "Kalau begitu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh). (sampai hari suatu waktu yang telah ditentukan.") yaitu sampai tiupan sangkakala yang pertama. (Iblis berkata, "Ya Rabbku! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat) artinya disebabkan Engkau telah menetapkan aku sesat; huruf ba pada lafal bimaa adalah bermakna qasam, sedangkan jawabnya ialah (pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik di muka bumi ini) terhadap perbuatan-perbuatan maksiat (dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya). (Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka") yakni orang-orang yang beriman.”
Takut kepada Allah. Jika kita takut kepada Allah SWT, maka syaitan akan takut daripada mengganggu kita. Sebaliknya jika kita tidak takut kepada Allah, maka syaitan juga tidak akan takut daripada mengganggu kita.