SWCorp RAUB

SWCorp RAUB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SWCorp RAUB, No 56 Tingkat 3 Jalan Dato Abdullah, Raub.

10/12/2025
PROGRAM TRASH TO CASH PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA (DTRC) TAMAN SIMPANG KALLANG, RAUB 10 Disember 2025 (Rabu) - Rutin m...
10/12/2025

PROGRAM TRASH TO CASH PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA (DTRC) TAMAN SIMPANG KALLANG, RAUB

10 Disember 2025 (Rabu) - Rutin mingguan bagi Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) beroperasi dan dibuka seperti biasa pada setiap hari Rabu setiap minggu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk tahun 2025.

Kemudahan setempat yang disediakan bagi memudahkan penduduk dan masyarakat Daerah Raub khususnya dalam membuat jualan barangan kitar semula yang telah diasingkan di rumah dan premis. Premis diselia sepenuhnya pihak Jpkk Simpang Kallang bersama Sukarelawan Hero Kebersihan Raub dan Syarikat Konsesi Alam Flora Raub yang mana konsep Circular Economy diterapkan kembali kepada komuniti.โ™ป๏ธ๐Ÿ’šโ™ป๏ธ๐Ÿ’š

Tahniah dan terima kasih kepada semua penduduk Raub yang sentiasa menyokong usaha kitar semula yang terlibat demi kelestarian alam sekitar. Anda berjaya memastikan Daerah Raub sentiasa bersih, indah dan sejahtera.
๐Ÿ’ช๐ŸŒน๐Ÿšฎ๐Ÿšฏโ™ป๏ธ๐ŸŒ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œBersama Menjaga Kebersihan Alam Sekitarโ€








10/12/2025
10/12/2025
PROGRAM KITAR SEMULA MELALUI TRASH TO CASH DAN MENCANTING TISU BATIK BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA D**G, RAUB, PAHANG...
10/12/2025

PROGRAM KITAR SEMULA MELALUI TRASH TO CASH DAN MENCANTING TISU BATIK BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA D**G, RAUB, PAHANG

09 Disember 2025 (Selasa) - SWCorp RAUB bersama Syarikat Konsesi Alam Flora Raub telah dijemput bagi Program Kitar Semula Melalui Trash To Cash bersama SK Kuala D**g, Raub, Pahang. Program turut diselitkan dengan aktiviti mencanting tisu batik dalam memberi pendedahan sebenar kepada pelajar berkenaan dengan amalan kitar semula dan penjagaan kebersihan.

Turut diadakan sesi koloborasi bersama dengan menandatangi sijil kerjasama Jabatan bagi program akan datang yang memberi manfaat kepada pelajar berkenaan dengan penjagaan alam sekitar.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar dan Pengurusan Sekolah serta anak-anak murid atas penglibatan bersama ini.




08/12/2025
08/12/2025

JOM BELAJAR SIJIL FESYEN & PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI RAUB AMBILAN JANUARI 2026

Khas buat lepasan SPM dan setaraf di luar sana. Jom belajar kemahiran TVET: Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Raub sekarang! Pendaftaran secara walk in kini dibuka mulai hari ini sehingga JANUARI 2026

Cara daftar secara walk in di Kolej Komuniti Raub

๐Ÿ”ถ Sila bawa
a. kad pengenalan,
b. keputusan SPM dan
c. Sijil Berhenti Sekolah

Kelebihan

๐Ÿ”ต Beri pengetahuan dan kemahiran pembuatan pakaian.
๐Ÿ”ต RM7,200.00 bantuan kewangan kepada pelajar B40
๐Ÿ”ต RM 700.00 Geran Bantuan dari Yayasan Pahang
๐Ÿ”ต RM200.00 yuran pengajian/semester
๐Ÿ”ต Program diiktiraf MQA
๐Ÿ”ต Laluan khas ke peringkat Diploma di politeknik
๐Ÿ”ต Pembelajaran 70% latihan amali

Syarat kemasukan

Minimum anda hanya perlu mendapat BM [E] dan SEJARAH [E] serta satu [1] kredit mana-mana pelajaran semasa SPM.

Tiga [3] langkah mudah pendaftaran pelajar:
1) Borang permohonan https://ambilan.mypolycc.edu.my/eborangdiploma/logineborangopen.aspx
2) Hubungi En Adam bin Ghazali di talian 017-6371574
3) Atau ๐™’๐™๐™–๐™ฉ๐™จ๐™–๐™ฅ๐™ฅ Salinan ๐™Ž๐™‡๐™„๐™‹ ๐™Ž๐™‹๐™ˆ & ๐™†๐˜ผ๐˜ฟ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ke 017-6371574

Jangan lepas peluang untuk melanjutkan pelajaran di POLYCC.

โ€œSeronoknya belajar, mudah, murah dan peluang kerjaya terjaminโ€

Tempat terhad! Moh daftar sekarang






TRASH TO CASH ANJURAN BERSAMA MASJID TENGKU ABU BAKAR, PEJABAT MUIP RAUB, PUSAT ZAKAT RAUB, JPKK KG. SIMPANG KALLANG DAN...
06/12/2025

TRASH TO CASH ANJURAN BERSAMA MASJID TENGKU ABU BAKAR, PEJABAT MUIP RAUB, PUSAT ZAKAT RAUB, JPKK KG. SIMPANG KALLANG DAN JPKK KG. SEMPALIT, RAUB, PAHANG

06 Disember 2025 (Sabtu) - Program Trash To Cash diteruskan di Masjid Tengku Abu Bakar, Raub bagi rutin 1 kali sebulan kembali lagi. Dijalankan bersama dengan Syarikat Konsesi Alam Flora Sdn. Bhd. (Raub), Hero Kebersihan Raub dan Vendor Samy Son Enterprise.

Kemudahan ini disediakan oleh pihak masjid bagi memudahkan penduduk sekitar Raub dapat menjalankan aktiviti penjualan barangan kitar semula yang telah di kumpul di rumah atau premis.

Terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk Raub yang menyokong kebersihan dan amalan kitar semula disamping dapat membersihkan kawasan persekitaran daripada sampah sarap dan mengitar barangan terbuang yang boleh dikitar semula.

โ€œKebersihan Tanggungjawab Bersamaโ€
๐Ÿ’š"Clean Today, Green Tomorrow"โ™ป๏ธ






06/12/2025
TAKLIMAT AMALAN KITAR SEMULA DAN TRASH TO CASH BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANTAN ULU, RAUB, PAHANG03 Disember 2025 (Ra...
03/12/2025

TAKLIMAT AMALAN KITAR SEMULA DAN TRASH TO CASH BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANTAN ULU, RAUB, PAHANG

03 Disember 2025 (Rabu) - Program perasmian Sambutan Hari Kitar Semula peringkat Semantan Ulu, Raub telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Semantan Ulu, Raub. Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kamarudin Bin Mat, Guru Besar SK Semantan Ulu. Program diselitkan dengan Taklimat Kitar Semula oleh Pegawai SWCorp RAUB bersama Syarikat Konsesi Alam Flora Sdn. Bhd. (RAUB). Dihadiri bersama Sukarelawan Hero Kebersihan Raub, Encik Zulhairi dan Vendor Kitar Semula Samy Son Enterprise.

Turut diadakan program trash to cash bagi memberi pengalaman dan kaedah sebenar dalam menjaga kebersihan dan kuiz 3R kepada para pelajar. Semoga dengan program ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar dalam menjaga kebersihan. Terima kasih Tuan GB, GPK, Guru-Guru dan PIBG atas sokongan ini.




Address

No 56 Tingkat 3 Jalan Dato Abdullah
Raub
27600

Telephone

+6093551986

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp RAUB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SWCorp RAUB:

Share