09/06/2026
Transmission Control Unit (TCU)
TCU juga dikenali sebagai TCM (Transmission Control Module. Ada yang dipasang berasingan dan ada yang digabungkan dengan ECU (Engine Control Unit) mengikut model kereta.
Kereta-kereta moden yang bertransmisi automatik akan dilengkapi dengan device ni.
TCU berfungsi untuk:
1. Tentukan bila nak tukar gear
✅Gear 1 → 2 → 3 → 4 berdasarkan:
✅ Kelajuan kenderaan
✅ RPM enjin
✅ Kedudukan pedal minyak (throttle)
2. Kawal pressure dalam gearbox
✅ TCU mengawal solenoid valve dalam valve body.
✅ Pressure yang betul penting supaya pertukaran gear lancar dan tak menghentak.
3. Kawal lock-up torque converter
✅ Bila kereta dah laju, TCU akan lock torque converter untuk jimat minyak dan kurangkan slip.
4. Pantau sensor gearbox
✅ Input speed sensor
✅ Output speed sensor
✅ Transmission temperature sensor
✅ Gear position sensor (PRNDL)
Bila TCUmula bermasalah dan rosak, simptom biasa yang akan terjadi:
✅ Gear tak mahu masuk
✅ Gear tersangkut satu gear (limp mode)
✅ Gear shift lambat
✅ Gear menghentak kuat
✅ Lampu Check Engine atau AT menyala
✅ Scanner keluar kod berkaitan transmission solenoid atau communication
Kalau korang ada masalah berkenaan gear box sebaiknya buat checking di bengkel-bengkel berdekatan. Kadang-kadang pasal benda kecik aje yang bermasalah.
Jangan terburu-buru untuk tukar barang, sebaiknya buat checking step by step lebih baik.