Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Pontian

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Pontian goverment organization

29/07/2026
29/07/2026

π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€, 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ir. Muhammad Zaki bin Mashud, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, atas segala jasa, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menerajui JPS Negeri Johor.

Seluruh warga kerja JPS Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Kanan, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, berkuat kuasa 29 Julai 2026.

Semoga amanah yang lebih besar ini terus dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi memacu kecemerlangan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Terima kasih atas segala bimbingan, inspirasi dan khidmat bakti yang telah ditinggalkan sebagai legasi buat seluruh warga JPS Negeri Johor.

Selamat melangkah ke destinasi baharu. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.

30/06/2026
30/06/2026

Lawatan kerja dan Majlis Ramah Mesra Yang Berhormat Timbalan Menteri Petra di Daerah Pontian, Johor.

IKLAN JAWATAN KOSONG MySTEPJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH PONTIANAnda berkelayakan dan sedang mencari peluang kerj...
06/05/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG MySTEP
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH PONTIAN

Anda berkelayakan dan sedang mencari peluang kerjaya?
Jom bina masa depan anda bersama kami!

Kami mempelawa calon yang berkelayakan, bersemangat dan komited untuk menyertai pasukan kami di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian.

Hantarkan permohonan anda sebelum atau pada 12 Mei 2026 ke :
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian,
82000 Pontian Johor

Jangan lepaskan peluang ini!



KERJA-KERJA MENGGALI DAN MENDALAMKAN SUNGAI PINGGAN SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI MUKIM SUNGAI PINGGAN, PONTI...
05/05/2026

KERJA-KERJA MENGGALI DAN MENDALAMKAN SUNGAI PINGGAN SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI MUKIM SUNGAI PINGGAN, PONTIAN, JOHOR.

DUN : BENUT
PARLIMEN : PONTIAN

Kerja-kerja telah mula dilaksanakan pada 09 Mac 2026 di bawah peruntukan Kerajaan Negeri. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti aliran Sungai melalui kerja-kerja penggalian dan pendalaman yang dilaksanakan, sekali gus membolehkan sungai tersebut menampung jumlah aliran air yang lebih tinggi terutamanya ketika kejadian hujan lebat. Pelaksanaan projek ini dijangka dapat mengurangkan risiko berlakunya limpahan air dan kejadian banjir di kawasan sekitar Mukim Sungai Pinggan, di samping memperbaiki kecekapan sistem saliran sediaada.



Selamat datang Tuan Ir. Ts. Abdul Razak bin Abdul Aziz ke Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian, serta setinggi-t...
04/05/2026

Selamat datang Tuan Ir. Ts. Abdul Razak bin Abdul Aziz ke Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian, serta setinggi-tinggi tahniah atas pemangkuan jawatan sebagai Jurutera Daerah.

Semoga Tuan dapat memimpin dan memperkukuh organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pontian ke arah kecemerlangan.

Address

Jabatan Pengairan Dan Saliran Pontian
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076871833

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share