30/05/2026
✨ ALHAMDULILLAH, PELAKSANAAN IBADAH QURBAN 2026 DI BANGLADESH TELAH SELESAI ✨
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, seluruh proses pelaksanaan ibadah Qurban 2026 di Bangladesh telah berjaya disempurnakan.
Pihak Qurbani ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan ibadah Qurban anda pada tahun ini. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kelewatan respon, atau kelemahan sepanjang proses pelaksanaan dan penyampaian maklumat. Segala teguran dan maklum balas daripada para peserta amat kami hargai dan akan dijadikan penambahbaikan untuk masa akan datang.
Terima kasih kerana terus bersama Qurbani.
🤲 Semoga Allah menerima amal ibadah Qurban kita semua.