Sebutir Permata Hiasan Dunia

Sebutir Permata Hiasan Dunia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sebutir Permata Hiasan Dunia, ss6/3a, Petaling Jaya.

Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.

25/02/2021

Makin lama dipandang, makin jatuh cinta dgn airis!

Ramai da in Love dgn warna yg artis bersuara sedapp ni pakaii

Ada good news nak share

Teringat kt filem ombak rinduu yg romantik tuuu

12/02/2018

Hari ke 💕 26 JAMADIL AWAL

JANJI ALLAH🍁

Lakukan LIMA perkara dalam kehidupan harian yang mendatangkan LIMA perkara yang dijanjikan 😊:

1. Perbanyakkan beristighfar, ia akan mendatangkan kamu rezeki.

2. Tundukkan padangan mata, ia akan mendatangkan pertahanan nafsu syahwat kamu.

3. Bersikap malulah, ia akan mendatangkan kebaikan dalam setiap urusan.

4. Lemah-lembutlah dalam berbicara , ia akan menyelesai banyak permasalahan kamu.

5. Bersabarlah, ia akan mendatangkan hikmah yang banyak.

🐝🐝🐝

02/11/2017

KEHIDUPAN ini hanya sepotong cerita pendek.

Bermula dari tanah, hidup di atas tanah, dan kembali ke dalam tanah.

Kemudian dihisab. Kalau tidak mendapatkan pahala, maka azab yang akan kita tanggung.

Kalau tidak ke syurga maka nerakalah tempat kita !

Firdaus nan indah atau Jahannam yang mengerikan...

@☘☘☘

01/11/2017

Wanita,

Jangan sedih andai rupa tak seberapa,

Kerana lelaki yang soleh,

Tidak terlalu memandang rupa.

Cukuplah dengan akhlak yang baik. ✔

👌 🌻

01/11/2017

"Ingatkan diri bahawa kita hidup di dunia bukan di syurga...

Maka jangan harap ada kebahagiaan yang abadi.

Sebaliknya dunia juga bukan neraka,

Maka tidak mungkin ada kesedihan dan kesengsaraan yang murni dan abadi.

Kebahagiaan dan kesedihan akan datang silih berganti.

Maka jangan sampai goyah dalam langkah perjalanan panjang kita menuju ke syurga Allah swt nanti."

☘☘☘

in part of the night...Allahumma...♡ 💛💛💛
01/11/2017

in part of the night...

Allahumma...♡

💛💛💛

01/11/2017

01/11/2017

Zaman dulu, *ibu bapa yang kurang berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan* melahirkan
🔹Guru
🔹Doktor
🔹Jurutera
🔹 Saintis
🔹 Akauntan
🔹 Peguam
🔹 Arkitek
🔹 Profesor
yang dikategorikan sebagai *Group 'A'*.

Anak anak *Group 'A'* ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya.

Kebanyakan mereka
👉berkaki ayam ke sekolah
👉membantu ibu bapa di kebun
👉mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas)
👉membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
👉ada yang berniaga selepas waktu sekolah

Kini, Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak anak *Group B*.

Anak anak Group B adalah
🔹dimanjakan
🔹 dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
🔹dihantar ke sekolah sekolah mahal atau ke luar negara
🔹mereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
🔹 dilayan bagai raja dan permaisuri
🔹mereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
🔹Makanan dihidang untuk mereka
🔹Pinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ Bibik
🔹Mereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama
🔹Dan duit poket!
🔹Ibu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan

🤔 Sayangnya, cuma segelintir dari anak anak Group B ini yang boleh 'bertutur' atau 'menulis' dalam ertikata sebenar. 😏

🤔Ibu bapa Group 'A' mengambil berat tentang ibu bapa dan anak anak mereka.

TETAPI

Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an‼

🤔Anak anak ini s**ar untuk berdikari akibat terlalu banyak dimuakan dengan bantuan ibu bapa hatta ke tahap berfikir.

Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling.

Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.

😴 *Anda dalam Group mana*❓
🏮Kurangkan manjakan/ memberi bantuan yang kurang perlu pada anak anak.

🏮 Didik anak anak membesar dengan matang, bijak, yakin dan ada kekuatan kendiri.

🏮Didik anak anak hadapi kenyataan hidup dan menjadi insan bertanggungjawab.

Didik anak anak :-
👉agungkan kebesaran Allah
👉hormati diri sendiri dan orang lain
👉 bina keyakinan kendiri

Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita displinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG‼ Hidup jangan menyusahkan orang‼

Semoga kita semua dirahmatiNya.

# untuk renungan kepada anak-anak masakini & untuk
peringatan kepada ibu bapa....... ***

03/11/2016

🌹USAH MEMANDANG BURUK ORANG LAIN🌹

Amal ibadah kita bukan untuk di cerita satu dunia.
Bukan untuk di tunjuk semata mata.
Cukup lah kita dan Allah saja yang tahu.

Jika amal ibadah kita di cerita satu dunia.
Untuk di bangga bangga semata.
Seolah merasa kita konfem ahli syurga.
Hingga tak nampak keburukan dan kesalahan diri kita sendiri dan memandang keburukan orang lain.

Itu lah RIAK nama nya.
Semoga kita di jauh kan bersifat sedemikian.
Tak salah nak kejar akhirat.
Tapi jangan lah memandang hina dengan pendosa yang lain.
Boleh jadi dia lah lebih mulia di sisi Allah suatu masa nanti.

Doakan lah.
Itu kan lebih baik.
Senjata seorang mukmin.

01/04/2013

6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti s**a hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami p**a mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

01/04/2013

Cinta sejati adalah sentiasa sabar bila dikhianati..
Cinta sejati adalah sentiasa berdoa bila ditinggalkan..
Cinta sejati adalah persoalan tentang kepercayaan..
Cinta sejati adalah sentiasa memaafkan bila disakiti..
Cinta sejati adalah sentiasa memberi peluang untuk kembali..
Cinta sejati adalah persoalan tentang hati..

Address

Ss6/3a
Petaling Jaya
47301

Telephone

+60195755411

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sebutir Permata Hiasan Dunia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sebutir Permata Hiasan Dunia:

Share