Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad KPPKMB merupakan sebuah koperasi yang diwujudkan bertujuan untuk menjaga kebajikan Anggota yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan.

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad (KPPKMB) ditubuhkan pada 23 Julai 1963 untuk mengatasi masalah perumahan yang dialami oleh pegawai-pegawai kerajaan pada ketika itu. Dengan kerjasama Majlis Kebajikan dan Rekreasi Perkhidmatan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu maka lahirlah koperasi Federation of Malaya Government Officers' Housing Cooerative Society Limited yang didaftarkan pada 2

3 Julai 1963 dan tertakluk kepada undang-undang kecil dan Akta Koperasi. Dengan sokongan kerajaan di bawah pimpinan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Al-Marhum) dan di bawah teraju pengerusi pertama, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato' Abdul Jamil bin Abdul Rais (Allahyarham), Koperasi ini telah membeli sebuah ladang getah, Diana Rubber Estate, seluas 218 ekar di Petaling Jaya untuk membangunkan perumahan khusus untuk dijual kepada pegawai kerajaan. Dalam perkembangannya, Koperasi ini telah melalui beberapa kali perubahan nama daripada Federation of Malaya Government Officers' Housing Cooerative Society Limited kepada The Malaysian Government Officers' Housing Cooperative Society Limited dan akhirnya kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad.

21/11/2023
21/11/2023

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat ICT, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) akan mengadakan Program Bicara Ilmu “Pemerkasaan Perniagaan Koperasi Melalui Kecerdasan Buatan”.

Dalam era digital ini, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence atau AI) bukan lagi hanya setakat istilah, mahupun trend popular masa kini tetapi realitinya menggunakan AI dapat memperkasa perniagaan koperasi anda. Penggunaan teknologi AI amat penting dalam menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks bagi menjimatkan masa dan tenaga manusia.
Dengan mengintegrasikan teknologi AI ke dalam operasi harian, anda boleh meningkatkan kecekapan serta produktiviti, dan membuka peluang baru untuk pertumbuhan koperasi. Inilah saatnya anda menjadikan AI sebagai rakan strategik perniagaan koperasi tau!

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program Bicara Ilmu “Memperkasa Perniagaan Koperasi Melalui Kecerdasan Buatan” secara dalam talian seperti berikut:

🗓️ Tarikh: 14 Disember 2023 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 12. 30 Tengah hari
📍 Platform: Aplikasi Zoom
🏷️ Anjuran: Pusat ICT, Institut Koperasi Malaysia
👉🏻Tarikh tutup : 30 November 2023
📌Daftar : https://tinyurl.com/DaftarBicaraIlmuAI05Dis23
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Mislina 0169710529 ([email protected])

Jom jangan tunggu lagi, scan QR code & DAFTAR SEGERA KERANA TEMPAT TERHAD! Ikuti kami melalui Aplikasi Zoom bersama penceramah jemputan dalam perkongsian mengenai kepentingan menggunakan kecerdasan buatan (Ai), bagaimana ia membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja, strategi-strategi dalam memperkasa perniagaan koperasi serta banyak lagi😎

𝗥𝗘𝗡𝗘𝗪 𝗥𝗢𝗔𝗗𝗧𝗔𝗫 & 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦✅Motor & Kereta ✅Tak perlu ke sana-sini✅JIMAT MASA, JIMAT TENAGA✅Semuanya di hujung jari jer✅PER...
21/11/2023

𝗥𝗘𝗡𝗘𝗪 𝗥𝗢𝗔𝗗𝗧𝗔𝗫 & 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗦
✅Motor & Kereta
✅Tak perlu ke sana-sini
✅JIMAT MASA, JIMAT TENAGA
✅Semuanya di hujung jari jer
✅PERCUMA quotation

ISTIMEWA BUAT ANDA : REBATE 5%

Jom Perbaharui Insuran Kenderaan Anda hari ini.
Hanya klik link di bawah👇
📞 (011 60551577) ( 010 2353951 )⁣⁣⁣
http://wasap.my/601160551577/AgenAmmar
http://wasap.my/60102353951/AgenFitri
Trusted Agent Etiqa & Takaful Malaysia Kampung Tunku (KPPKMB)


⚘️

24/10/2023

Hebahan Semasa (LELONGAN BARANG KEMAS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

LELONGAN AWAM AR-RAHNU X’CHANGE TAMAN ANDA 📣📣

Kepada sesiapa yang berminat menyertai lelongan boleh mengunjungi premis AR-RAHNU X’CHANGE TAMAN ANDA.

Tarikh: 23 Okt 2023 sehingga 25 Okt 2023 (Isnin - Rabu)
Tempat: Ar-Rahnu X’Change Taman Anda, Ipoh, Perak.
Masa: 10:00 pagi hingga 4:30 petang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 011-1666 3951 .

Persidangan Ar-Rahnu X'Change 2023 dan Majlis Anugerah Ar-Rahnu X'Change (MAARX) 2022 pada 12-13 Oktober 2023 di Holiday...
16/10/2023

Persidangan Ar-Rahnu X'Change 2023 dan Majlis Anugerah Ar-Rahnu X'Change (MAARX) 2022 pada 12-13 Oktober 2023 di Holiday Inn Melaka.
Tahniah kepada 82 outlet Ar-Rahnu X'Change (ARX) di seluruh negara yang hadir.
Tahniah kepada para pemenang anugerah bagi tahun 2022.

Tahniah diucapkan kepada Puan Laila binti Mohammad Kamaruddin atas pelantikan sebagai Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai...
11/10/2023

Tahniah diucapkan kepada Puan Laila binti Mohammad Kamaruddin atas pelantikan sebagai Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad (sesi 2023/2024).

Seluruh warga KPPKMB mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada beliau atas perlantikan ini.

Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi serta dapat melaksanakan pelbagai pembangunan untuk kebajikan dan manfaat seluruh anggota.

Siiru 'ala baarakatillah.

IKLAN: Rumah Kedai untuk di sewa.
05/10/2023

IKLAN: Rumah Kedai untuk di sewa.

02/10/2023
13/09/2023

Syukur Alhamdulillah!

Hari ini dalam sejarah 13/9/2023.

Wah, Koperasi dah pasang system ID door baharu..penggunaan pengimbas cap jari.

Jangan nak mengelat ye lepas ni!

Makluman kepada para perwakilan:NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-24 Ahad  I  24 September 2023  I  9.00 pagiT...
07/09/2023

Makluman kepada para perwakilan:

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-24

Ahad I 24 September 2023 I 9.00 pagi

TH Hotel Kelana Jaya, Selangor

05/09/2023

Makluman untuk semua.

LELONGAN BARANG KEMAS AKAN DATANG.

Lokasi : Ar-Rahnu X'Change Taman Anda
11/9/2023 - 13/9/2023 (Isnin - Rabu)
10.00 pagi - 4.30 petang

* Tertakluk pada sebarang perubahan.

Address

No. 54G-1, Jalan SS 1/22
Petaling Jaya Darul Ehsan
47300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

03-7876 2167

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Malaysia Berhad:

Share