Rawatan Islam Daarul Kaafi - RIDAK

Call

Rawatan Islam Daarul Kaafi - RIDAK Rawatan Islam Daarul Kaafi menyediakan rawatan yang menepati syariat Islam yang menggunakan ayat-aya

23/10/2024

Barang rampasan berkhodam!!!

HUKUM MENGAMBIL UPAH UNTUK MENGUBATI PENYAKIT SIHIR ATAU GANGGUAN JIN DAN BERBEZA DENGAN PENGERAS KEPADA BOMOHPengeras d...
04/06/2024

HUKUM MENGAMBIL UPAH UNTUK MENGUBATI PENYAKIT SIHIR ATAU GANGGUAN JIN DAN BERBEZA DENGAN PENGERAS KEPADA BOMOH

Pengeras didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai bayaran kepada pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya. Pengeras dalam pengubatan Islam adalah sesuatu bahan atau bayaran yang ditetapkan sebagai syarat untuk rawatan yang dikaitkan dengan amalan yang bertentangan dengan syarak. (Lihat 40 Soal Jawab Pengubatan Islam, m. 123). Ianya boleh sahaja dalam bentuk wang, haiwan, makanan dan lain-lain.

Upah adalah berbeza dengan pengeras. Upah bagi rawatan perubatan ruqyah syar’iyyah adalah diharuskan di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Abu Sa’id al-Khudir, beliau berkata:

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانُوا فِي سَفَرٍ، فَمَرُّوا بِحَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ، فَقَالُوا لَهُمْ: هَلْ فِيكُمْ رَاقٍ؟ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَيِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ: نَعَمْ، فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ، فَبَرَأَ الرَّجُلُ، فَأُعْطِيَ قَطِيعًا مِنْ غَنَمٍ، فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهَا، وَقَالَ: حَتَّى أَذْكُرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ وَاللهِ مَا رَقَيْتُ إِلَّا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَتَبَسَّمَ وَقَالَ: «وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ؟» ثُمَّ قَالَ: «خُذُوا مِنْهُمْ، وَاضْرِبُوا لِي بِسَهْمٍ مَعَكُمْ»

Maksudnya: “Sesungguhnya beberapa orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: “Adakah ada antara kamu yang boleh menjampi? Ini kerana penghulu kampung kami terkena sengat.” Salah seorang dari para sahabat menjawab: “Ya, ada.” Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: “Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SAW,” beliau pun pulang menemui Nabi SAW dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah.” “Bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi?” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”

(Riwayat Muslim, no. 2201)

Imam al-Nawawi berkata: “Ini merupakan ucapan yang jelas sekali tentang keharusan mengambil upah daripada ruqyah dengan Al Fatihah dan zikir. Sesungguhnya ianya adalah halal tanpa kemakruhan di dalamnya. Demikian juga upah daripada mengajarkan al-Qur’an. Ini adalah mazhab al-Syafie, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur dan yang lainnya dalam kalangan Salaf dan ulama yang setelah mereka. Abu Hanifah melarang mengambil upah dalam pengajaran Al Qur’an, dan membolehkannya dalam ruqyah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/188)

Larangan memberi pengeras kepada pawang atau bomoh disebutkan dengan jelas dalam hadith sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Mas’ud al-Ansar:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ ثَمَنِ الكَلْبِ، وَمَهْرِ البَغِيِّ، وَحُلْوَانِ الكَاهِنِ

Maksudnya: “sesungguhnya Rasullullah SAW melarang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)”.

(Riwayat al-Bukhari, no. 2237)

Ibn Battal mendefinisikan (حُلْوَانِ الكَاهِنِ) sebagai upah daripada usaha perbomohannya. (Lihat Syarh Sahih al-Bukhari, 6/364)

Justeru, hukum memberi pengeras adalah haram dan boleh membawa kepada syirik kerana meletakkan syarat pengeras bagi penentu kesembuhan. Ini sekaligus menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai Maha Penyembuh. Firman Allah SWT:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(Surah al-An’am: 17)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam mengamalkan agamanya dengan cara yang sahih dan tidak bercanggah dengan syariat-Nya.

Lepas ni, pi Klinik Swasta bagitau kat doktor jangan dok letak harga. Buat kerja tak ikhlas lagu tu. Mau dok letak kat kaunter depan BAYARAN SEIKHLAS HATI!!!

Nak berubat, nak sembuh, tapi berkira. Ang tak tau kawan tu nak berubat dia punya kerah tenaga macam mana nak layan pesakit punya ramai. Aparaaaa punya turrr!!!

Kredit to : Rawatan Islam Darussalam
25/04/2024

Kredit to : Rawatan Islam Darussalam

14/07/2023

Lagi sihir perniagaan. Gelas kaca tiba-tiba pecah di atas meja. Bila diruqyah, pesakit muntah teruk.

04/05/2023
Pesakit terkena sihir perniagaan muntah darah apabila diruqyah.
20/04/2023

Pesakit terkena sihir perniagaan muntah darah apabila diruqyah.

20/04/2023

Pesakit ini terkena sihir perniagaan. Sehingga tidak mampu berniaga dan akan sakit bila pergi ke tenpat berniaga. Apabila diruqyah, pesakit ini muntah darah. Allahu Akbar!!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DARIPADA Rawatan Islam Daarul Kaafi - RIDAKSemoga...
23/03/2023

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DARIPADA Rawatan Islam Daarul Kaafi - RIDAK

Semoga tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik dalam kita melaksanakan perintah Allah. Berdoalah kepada Allah supaya diberikan kekuatan dan kesembuhan kepada diri kita agar dapat melakukan amal ibadat dengan sempurna.

Bagi yang mempunyai gangguan, bulan inilah masanya untuk anda berjuang habis-habisan untuk menghancurkan segala bentuk gangguan sihir, saka, santau dan sebagainya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang lemah bagi jin dan syaitan yang mengganggu manusia. Perhebatkan amalan dan zikir membentengi diri. InsyaAllah, Allah akan membantu kita dan mengkabulkan segala hajat kita.

Rawatan Islam berjalan seperti biasa untuk bulan Ramadhan ini. InsyaAllah!!!

Ramadhan Kareem, Allahu Akram!!!

Address

Penang Island
11900

Telephone

+60124496434

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Islam Daarul Kaafi - RIDAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share