08/07/2026
Dulu Amory bermula dengan bisnes online di rumah. Semuanya diurus berdua sahaja suami-isteri.
Alhamdulillah, hari ini siapa sangka butik Amory menerima kunjungan daripada YB Tuan Haji Mohd Sany Hamzan, Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional & YB Sharon Teo 💜
Bagi kami, lawatan ini jadi satu semangat untuk terus buktikan yang bisnes anak tempatan Malaysia pun boleh pergi jauh bila ada kepercayaan yang tinggi daripada pelanggan.
Untuk yang baru kenal Amory, inilah kami ☺️
Kami memang ada butik fizikal, ada team yang uruskan order setiap hari, ada ribuan parcel yang kami pack dan hantar setiap bulan.
Dan paling penting, semua item Amory adalah original dari outlet US.
Terima kasih kepada semua yang pernah beli, support & doakan Amory.
Amory takkan sampai ke tahap ini tanpa kalian 🥰