MRSM Kuching

MRSM Kuching Laman ini merupakan web sosial rasmi MRSM Kuching. VISI KORPORAT

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. CABARAN

1.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditubuhkan di bawah akta Majlis Amanah Rakyat bil.20 tahun 1966 bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menegah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar Bumiputera. MISI

Berusaha untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing dalam sains dan teknologi. MATLAMAT

Me

njadi penyumbang utama kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing di peringkat nasional dan global. NILAI TERAS

Berusaha menerapkan nilai-nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik. OBJEKTIF

Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera dalam bidang sains dan teknologi, matang dan patriotik. Menambah peluang dan kemudahan pendidikan yang berkualiti kepada anak bumiputera yang berpotensi dan berminat dibidang sains dan keusahawanan. Menjadi pusat penjana ilmu serta inovasi dalam pembangunan pendidikan bumiputera dan pendidikan global. Berusaha meningkatkan jumlah pelajar bumiputera dalam bidang sains dan matematik bagi memenuhi keperluan matlamat pendidikan Negara dengan kadar 60% pelajar jurusan sains dan 40% bukan sains.

2. Menyediakan sumber tenaga mahir yang mencukupi khususnya dalam bidang sains dan teknologi untuk pembangunan Negara sekarang dan masa hadapan secara berterusan.

3. Meningkatkan kemampuan daya saing pelajar bumiputera dalam urusan kemasukkan ke IPT selaras dengan dasar pengambilan pelajar berasaskan kaedah meritokrasi.

4. Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera yang mengikuti kursus-kursus kritikal yang berasaskan sains dan teknologi di IPT.

5. Menjamin pengeluaran golongan professional bumiputera yang mempunyai daya saing, berdaya maju dan boleh berdikari dalam bidang pekerjaan sama ada di peringkat nasional dan global.

6. Melaksanakan program dan aktiviti pendidikan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pembangunan bakat dan potensi diri pelajar-pelajar cemerlang bumiputera.

7. Meningkatkan dan meneruskan tradisi pencapaian cemerlang pelajar-pelajar MRSM dalam peperiksaan awam sama ada peringkat PMR dan SPM.

8. Mengangkat martabat dan maruah bangsa dengan menjadikan MRSM sebagai sebuah institusi pendidikan menengah yang berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang diperingkat nasional serta mencapai taraf dunia. PELUANG DAN KEKUATAN MRSM

1. Pelajar MRSM adalah terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang dan terpilih yang mewakili antara 2 – 5% daripada jumlah pelajar-pelajar sebaya seluruh Negara.

2. Sebagai sekolah berasrama penuh, pelajar-pelajar MRSM sentiasa berada di sekolah sepanjang penggal persekolahan dan mempunyai masa yang lebih panjang untuk melaksanakan program dan aktiviti kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

3. Semua guru MRSM adalah mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya peringkat ijazah pertama dan mengajar hanya satu subjek secara khusus mengikut kelulusan masing-masing.

4. Mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan yang mencukupi bagi membantu program dan aktiviti pendidikan berjalan dengan berkesan.

5. MRSM mempunyai bilik darjah yang agak selesa dengan jumlah pelajar yang kecil menyediakan persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran.

6. Nisbah bilangan guru dan pelajar yang agak kecil memudahkan proses komunikasi antara guru dengan pelajar dan memudahkan proses penilaian dan pemantauan prestasi pelajar dibuat.



7. Pelaksanaan sistem homeroom yang berkonsepkan ibu dan bapa angkat membantu memudahkan pelaksanaan program pembangunan pelajar.



8. Pelaksanaan Program Pengayaan Sekolah (SEM) menggalakkan proses pembelajaran ‘informal’ melalui kajian dan penyelidikan serta menggalakan proses pemikiran peringkat tinggi (HOT) dikalangan pelajar-pelajar.

9. Persekitaran fizikal yang kondusif menggalakkan proses pembelajaran





FUNGSI

1. Mengurus dan mentadbir sumber manusia yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan.

2. Mengurus dan mentadbir sumber-sumber pendidikan yang merangkumi aspek kewangan, maklumat, sistem dan kemudahan fizikal selaras dengan peraturan MARA yang terkini.

3. Membangunkan dan mengembangkan bakat dan potensi diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Dasar Pendidikan Nasional dan Matlamat Pendidikan MRSM.

4. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan selaras dengan sistem dan kurikulum pendidikan MRSM terkini. MATLAMAT

Berusaha menjadikan MRSM Kuching sebagai pusat pendidikan berkesan dan berkualiti melalui pencapaian berikut ;

“ Kecemerlangan akademik, Kesempurnaan sahsiah, Ketrampilan dalam komunikasi dan ICT, Keseimbangan jasmani, rohani dan emosi serta Kecenderungan dalam bidang keusahawanan ”. OBJEKTIF OPERASI



1. Mencapai Kecemerlangan Akademik melalui penghasilan keputusan Peperiksaan SPM dan PMR yang berkualiti.

2. Melahirkan pelajar yang berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji, memiliki cirri-ciri kepimpinan dan bersikap patriotik.

3. Melahirkan pelajar yang cerdas minda, cergas fizikal, berdaya saing, memiliki daya tahan dan tahap kawal emosi yang tinggi.

4. Melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan menguasai kemahiran dalam bidang ICT

5. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkecenderungan dalam bidang keusahawanan. OBJEKTIF PENCAPAIAN AKADEMIK

1. Lebih 95 % pelajar memperolehi gred A bagi semua subjek yang diambil dalam Peperiksaan PMR dengan pencapaian terendah 6 A, tiada gred B dan ke bawah bagi subjek sains dan matematik, tiada gred C bagi semua subjek dan semua pelajar layak meneruskan pengajian ke tingkatan 4 di MRSM.

2. Lebih 50 % pelajar memperolehi gred A bagi semua subjek yang diambil dalam Peperiksaan SPM dengan pencapaian terendah 5 A dan Gred Purata Sekolah (GPS) kurang dari 2.00.

3. 100 % pelajar tingkatan 3 dan 5 memenuhi syarat graduasi dan layak memperolehi Sijil Rendah Pelajaran dan Siji Pelajaran Menengah masing-masing.

4. Semua pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke IPT / IPTS yang terpilih selepas peperiksaan SPM. OBJEKTIF PENCAPAIAN KESEMPURNAAN PEMBANGUNAN SAHSIAH



1. Semua pelajar memiliki tahap disiplin diri yang tinggi, bebas dari tindakan disiplin kesalahan kelas A dan mengamalkan cara hidup berteraskan nilai-nilai murni.

2. Semua pelajar boleh mengurus diri dengan baik dan penampilan diri yang sempurna

OBJEKTIF PENCAPAIAN KESEIMBANGAN JASMANI, ROHANI DAN EMOSI



1. Pelajar dapat mengawal tekanan, sabar, berfikir secara rasional, toleransi, jujur, penyayang, berfikiran terbuka dan bersikap patriotik.

2. Pelajar menghayati dan mengamalkan pegangan agama dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas dan amalan hidup harian.

3. Pelajar memiliki tahap kecergasan fizikal yang tinggi dan bergerak aktif dan menyumbang dalam kegiatan kokurikulum. OBJEKTIF PENCAPAIAN KETRAMPILAN PELAJAR DALAM KOMUNIKASI DAN ICT

1. Semua pelajar boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2. Semua pelajar dapat menguasai kemahiran dan aplikasi ICT dalam pembelajaranan kehidupan harian. OBJEKTIF PENCAPAIAN KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN

1. Semua pelajar memiliki pengetahuan asas keusahawanan melalui Kursus Asas Keusahawanan.

2. Sebahagian pelajar memiliki kemahiran asas keusahawanan dan berkecenderungan dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti Program Usahawan Muda (PUM). FOKUS STRATEGI



Pelaksanaan PSM harus dijalankan secara bersepadu dan berterusan dengan memberi fokus kepada lima strategi ;

1. Membina minda dan sikap cintakan ilmu dan bermatlamatkan Kecemerlangan dikalangan semua warga.

2. Membina etika dan budaya kerja yang luhur dan membina imej diri yang terpuji.

3. Melahirkan generasi pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran.

4. Melahirkan pelajar yang berdaya saing, berkepimpinan dan patriotik.

5. Mewujudkan prasarana, sistem, teknologi, peralatan dan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran. PROSES KERJA



Bagi pelaksanaan PSM yang berkesan dan penghasilkan kerja yang berkualiti mestilah mengikuti proses kerja berikut ;

1. Memahami dan menghayati matlamat dan objektif organisasi / unit kerja.

2. Menilai dasar, peraturan, sumber manusia, prasarana, sistem dan persekitaran.

3. Pelaksanaan perancangan

4. Pemantauan

5. Penilaian

6. Penambahbaikan

7. Dokumentasi

STRATEGI PELAKSANAAN P & P

1. Pendekatan pengajaran bersepadu ;

- Jalinan P&P dalam aktiviti kokurikulum

- Jalinan P&P subjek utama dan P&P subjek sisipan (secondary subject)

2. Pecutan pengajaran dan pembelajaran bagi semua subjek teras / peperiksaan.

3. Pendalaman dan pelebaran kandungan pengajaran dan pembelajaran.

4. Pelaksanaan program pengayaan melalui aktiviti Model Pengayaan Sekolah (SEM)

5. Pelaksanaan aktiviti pembelajaran kendiri;

- Modul pembelajaran interaktif berdasarkan media elektronik dan ICT

- Penggunaan sumber pembelajaran melalui internet

- Modul / bahan pembelajaran ulangkaji terancang

6. Perkongsian dan permuafakatan ilmu melalui ;

- Aktiviti pembelajaran dalam kumpulan (study group)

- Pelaksanaan Program Ulangkaji Intensif (IRP)

- Pembelajaran melalui Pembimbing Rakan Akademik(PRA)

7. Pemantauan P&P secara berterusan

- Pencerapan pengajaran dan pembelajaran berkala

- Pelaksanaan pengajaran berpasukan (team teaching)

- Pelaksanaan program ‘mentoring’

8. Pelaksanakan ujian dignostif dan formatif secara bersistematik dan berterusan.

02/04/2026






🌟 Syabas & Tahniah! 🌟

Tahniah kepada MRSM Mukah, MRSM Kuching, MRSM Betong dan MRSM Bintulu atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM yang sangat membanggakan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, serta komitmen tinggi guru-guru dan kakitangan yang tidak pernah jemu mendidik.

Semoga kecemerlangan ini terus berkekalan dan menjadi inspirasi kepada semua. 💪✨








Selamat datang diucapkan kepada 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗵𝗮𝗸 sebagai Pengetua MRSM Kuching, Sarawak.Semoga kepimpinan tua...
31/03/2026

Selamat datang diucapkan kepada 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗵𝗮𝗸 sebagai Pengetua MRSM Kuching, Sarawak.

Semoga kepimpinan tuan terus memperkukuh budaya kecemerlangan serta memacu MRSM Kuching ke tahap yang lebih tinggi.

Warga MRSM Kuching komited untuk terus berganding bahu dan memberikan sokongan padu dalam merealisasikan aspirasi bersama.

“A Tradition of Pride and Excellence”






𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗹𝗶𝗽 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 MRSM Kuching. Semoga lebih maju d...
31/03/2026

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗹𝗶𝗽 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱

Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025 MRSM Kuching. Semoga lebih maju dan cemerlang pada masa akan datang.


𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗹𝗶𝗽 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan SPM 2025 akan diumumkan pada ...
30/03/2026

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗹𝗶𝗽 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan SPM 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026. Sehubungan itu, MRSM Kuching menjemput semua pelajar lepasan SPM 2025 untuk hadir mengambil slip keputusan peperiksaan seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 31 Mac 2026
Masa : 10.00 am - 1.00 pm
Tempat : Dewan Kenyalang

Mohon semua mematuhi peraturan dan etika pemakaian yang ditetapkan.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! 🌙
22/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! 🌙

KENYATAAN SEBUTHARGA(KHAS UNTUK BUMIPUTERA) CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN MENAIKTARAF BENGKEL - BENGKEL DAN STUDIO R...
19/03/2026

KENYATAAN SEBUTHARGA
(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)

CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN MENAIKTARAF BENGKEL - BENGKEL DAN STUDIO RBT SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) KUCHING, SARAWAK

KOD BIDANG : GRED G1 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B24/B28

TEMPOH PENJUALAN DOKUMEN : 24 - 09/4/2026

TARIKH TUTUP : 09/04/2026 SEBELUM. JAM 12.00 TENGAH HARI.

PENGAMBILAN GURU SAMBILAN(GURU BAHASA MELAYU)(1 KEKOSONGAN)TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 FEBRUARI 2026 (JUMAAT)
09/02/2026

PENGAMBILAN GURU SAMBILAN
(GURU BAHASA MELAYU)
(1 KEKOSONGAN)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 FEBRUARI 2026 (JUMAAT)

📢 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada semua pelajar ba...
31/12/2025

📢 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 diucapkan kepada semua pelajar baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM Kuching bagi Sesi 2026 serta ibu bapa/penjaga sekalian.

Sehubungan itu, 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 ingin memaklumkan bahawa pendaftaran dan bayaran yuran koperasi pelajar baharu kini dibuka secara dalam talian bagi memudahkan urusan ibu bapa dan penjaga.

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫:
- Menjadi ahli koperasi sekolah;
- Membuat pembelian keperluan pelajar baharu seperti barangan asas pembelajaran dan keperluan harian melalui koperasi.

📌 Terbuka kepada pelajar baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM Kuching
📌 Sila pastikan maklumat pendaftaran diisi dengan lengkap dan tepat

👉 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐧𝐏𝐚𝐲 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:
🔗 [https://koperasimrsmkuchingberhad.onpay.my/order/form/pendaftarankoperasimrsmkuching2026]

Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa/penjaga amatlah dihargai.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Koperasi MRSM Kuching Sarawak Berhad di talian 014-6023470

Terima kasih.

Daripada: Koperasi MRSM Kuching Sarawak Berhad

𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲Ibu bapa dan pelajar boleh mula menyemak tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus dan M...
23/12/2025

𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲

Ibu bapa dan pelajar boleh mula menyemak tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tahun 2026 melibatkan:
• Murid Tingkatan 1
• Murid Tingkatan 4
• Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Tarikh semakan keputusan & rayuan:
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026

Tarikh pendaftaran:
13 Januari 2026

Semakan rayuan:
6 – 10 Februari 2026

Semakan boleh dibuat mengikut kategori sekolah asal pelajar melalui pautan rasmi yang disediakan. Pastikan semua maklumat disemak dalam tempoh yang ditetapkan.








⏰ 𝙇𝘼𝙎𝙏 𝘾𝘼𝙇𝙇! 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙟𝙪!Jangan lepaskan peluang — tempahan baju TUTUP HARI INI!
15/12/2025

⏰ 𝙇𝘼𝙎𝙏 𝘾𝘼𝙇𝙇! 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙟𝙪!

Jangan lepaskan peluang — tempahan baju TUTUP HARI INI!

⏰ 𝙇𝘼𝙎𝙏 𝘾𝘼𝙇𝙇! 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙟𝙪!

Jangan lepaskan peluang — tempahan baju TUTUP HARI INI!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

𝗧-𝗦𝗛𝗜𝗥𝗧 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡

Calling for all alumni 📣📣📣 mari kita raikan identiti ALUMNI MRSM Kuching dengan edisi khas T-shirt Alumni 2025.

Khas untuk warga Alumni MRSM Kuching – kami memperkenalkan edisi terbaru T-Shirt Alumni yang menampilkan rekaan eksklusif, kemas dan penuh identiti Kenyalang Pride!

Ditubuhkan sejak 1994, kini anda boleh memiliki satu simbol kebanggaan yang menghubungkan kita semua.

🗓 Tempahan dibuka:
28 November 2025 hingga 15 Disember 2025

🛒 Link tempahan: https://koperasimrsmkuchingberhad.onpay.my/order/form/9

✔️ Rekaan khas untuk komuniti alumni
✔️ Sesuai dipakai ke majlis perjumpaan, reunion & acara MRSM

📦 Tempoh Penghantaran (Pos):
20 hingga 30 Disember 2025

📌 Makluman:
Jualan ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Usahawan Pelajar dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) dan Koperasi MRSM Kuching Sarawak Berhad, sebagai usaha memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Jom sama-sama abadikan kenangan MRSM Kuching dengan edisi khas ini!

Tag kawan-kawan batch anda! Terima kasih.

𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘉𝘢𝘫𝘶 – 𝘐𝘯𝘪 𝘞𝘢𝘳𝘪𝘴𝘢𝘯 𝘔𝘙𝘚𝘔 𝘒𝘶𝘤𝘩𝘪𝘯𝘨!

𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝟎𝟏𝟒-𝟔𝟎𝟐𝟑𝟒𝟕𝟎 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭!

𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗶𝗵 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗼𝘂𝗰𝗵 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝟭𝟯 - 𝟭𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱MRSM Kuching sekali lagi membuktika...
14/12/2025

𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗶𝗵 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗝𝘂𝗮𝗿𝗮
𝗞𝘂𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗼𝘂𝗰𝗵 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝟭𝟯 - 𝟭𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱

MRSM Kuching sekali lagi membuktikan keupayaan atletnya di pentas terbuka apabila Team MRSM Kuching berjaya meraih tempat kedua dalam Kuching Touch Challenge 2025 yang berlangsung di Padang SMK St. Joseph, Kuching.

Pencapaian ini mencerminkan disiplin, kesungguhan serta semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan oleh para pemain sepanjang kejohanan, sekali gus mengangkat nama MRSM Kuching sebagai institusi yang konsisten melahirkan atlet berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada guru-guru ragbi MRSM Kuching — Cikgu Qasidah, Cikgu Jeissy dan Cikgu Ezzah — atas komitmen dan bimbingan berterusan. Turut dirakamkan penghargaan kepada jurulatih khas pasukan ragbi perempuan daripada Kelab Baycats atas sokongan teknikal dan kepakaran yang diberikan.

Ucapan penghargaan khas kepada Allescia Anna Anak Tarang atas penganugerahan Most Valuable Player (MVP), satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan individu yang menginspirasikan pasukan.

MRSM Kuching amat berbangga dengan pencapaian ini. Semoga pasukan ragbi terus melangkah lebih jauh dan mengukir kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.


Address

MRSM KUCHING
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082447439

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MRSM Kuching:

Shortcuts

Share