15/10/2019
JOM! FAHAMKAN BAB LEMAK INI -
Yang dah faham, boleh buat revision.
📍 Selalu saya share kepada peserta² didalam program. Bila dah lose weight, sel lemak tetap ada cuma mengecil dan mengecut .
Kita semua tahu bahawa manusia perlu makan untuk mendapatkan tenaga. TAPI bila kita MAKAN SECARA BERLEBIHAN, LEBIH BANYAK TENAGA YANG MASUK (tenaga dari makanan) daripada TENAGA YANG KELUAR (melakukan kerja/senaman). Tenaga yg berlebihan ini, akan disimpan di dalam sel lemak.
Jumlah sel lemak ini akan meningkat dgn kadar yg laju pada peringkat akhir kanak2 & peringkat awal keremajaan. .
Mereka yang mempunyai SEL LEMAK yang BANYAK akan lebih cenderung utk NAIK BERAT BADAN SEMULA selepas kurus (gemuk-->kurus-->senang gemuk balik). Jika tidak konsisten menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat.
Langkah untuk mencegah lemak² ini kembang balik ,Elakkan dulu segala makanan yg mengandungi 🚨TINGGI lemak omega 6, lemak tepu dan bergoreng.
PERINGATAN kepada ibu bapa elakkan selalu beli fast food, makanan bergoreng atau berlemak beri kepada anak².
Obesiti itu adalah paling kritikal ketika waktu tumbesaran berlaku, di mana ketika itu juga sel2 lemak bertambah dgn mudah.