30/11/2025
Ribut melanda bersama air pasang keeAllahu..Berlaku pada jam 01.30am tadi ..Awal2 aku dah rasa tak sedap hati bila nak lalu highway dalam sini. Tapi kawan aku degil nak jugak pergi lalu sini. Tngok mnit 0.18s wei..
Semasa sedang memandu di selekoh, aku ternampak kelibat 2 lelaki berjubah putih berdiri minta tolong tapi bila kami park tepi tiba2 hilang. Ni rakaman yg smpat kami ambil, bila tgk balik naek bulu roma baru perasan dia duk bertenggek dalam tue.
Jangan sesekali lafazkan "Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau" & seumpamanya kerana hukumnya syirik
Doa ketika melangka masuk ke hutan. Setiap langkah di baca doa "Salamun a'la sulaiman fil a'lamin" yg bermaksud
Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman. Setiap langkah dibaca 1x sehingga 7 langkah.
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
Amalan doa sebelum masuk ke hutan
بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Doa untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa
"Salamun a'la nuhin fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh-
Amalkan Bismillah 5 untuk selamat apabila keluar rumah.
Amalan Bismillah 5 merupakan salah satu kaedah yang terkenal dalam kalangan umat Islam sebagai ayat pelindung (pendinding) dan penyembuh (syifa) bagi pelbagai jenis penyakit, terutama sekali penyakit-penyakit yang sukar dikenalpasti puncanya. Amalan ini bukan sahaja baik untuk dijadikan rutin harian, malah memberikan pelbagai manfaat kepada mereka yang mengamalkannya dengan ikhlas.
Kelebihan Bismillah 5
Bismillah 5 memiliki kelebihan dan kebaikan yang tersendiri, antaranya adalah:
Menghalang Gangguan Jin dan Syaitan: Ayat ini dipercayai mampu melindungi pengamalnya daripada gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan.
Terpelihara dari Bahaya dan Musuh: Membantu menjauhkan diri dari segala bentuk bahaya dan musuh yang mungkin mendatangi.
Penawar Racun dan Bisa: Berfungsi sebagai penawar bagi pelbagai jenis racun, termasuk racun daripada binatang berbisa.
Merawat Penyakit Gila Meroyan: Sesuai untuk digunakan bagi mengubati penyakit gila meroyan atau gangguan mental yang lain.
Melegakan Bengkak dan Benjol: Bermanfaat dalam melegakan bengkak, benjolan atau kecederaan fizikal lain.
Penawar Penyakit Bisa-Bisa Tulang: Dikatakan berkesan untuk melegakan sakit tulang atau penyakit yang berkaitan dengan tulang.
Mengubati Penyakit Bisa-Bisa Dalam Badan: Membantu dalam merawat penyakit bisa-bisa atau rasa sakit yang tidak menentu di dalam badan.
Penawar Santau dan Bisa Binatang: Digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh santau, sihir, dan gigitan binatang berbisa.
Mengubati Penyakit Tidak Diketahui Puncanya: Sesuai digunakan untuk merawat penyakit yang puncanya tidak dapat dikenal pasti melalui perubatan konvensional.
Kaedah Penggunaan
Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada amalan ini, ikuti kaedah berikut:
Letakkan tangan di tempat yang mengalami kesakitan atau sakit.
Baca ‘Bismillah 5’ sebanyak tujuh kali dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Ayat-ayatnya adalah:
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii'un 'alimHembuskan ke dalam segelas air, kemudian minum air tersebut atau sapukan pada bahagian badan yang sakit.
Sekiranya kawasan sakit sukar disentuh, letakkan tangan di tempat lain dengan niat (iktikad) bahawa tempat tersebut adalah yang sakit.
Dalam kes kecemasan, bacakan ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di kawasan yang terjejas.
Jika anak kecil terhantuk dan mengalami benjol di kepala, baca ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan ais atau tuam dengan air suam di tempat tersebut. InsyaAllah, ia akan membantu melegakan kesakitan.
Akhir sekali, jangan lupa untuk mengiringi amalan ini dengan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta memohon doa kepada Allah agar diberikan kesembuhan daripada segala penyakit.
Aamiin. ♥️
Dengan amalan yang konsisten dan kepercayaan penuh kepada kuasa Allah, insyaAllah, Bismillah 5 ini dapat menjadi salah satu ikhtiar kita dalam mencari kesembuhan.