01/01/2026
Assalamualaikum ibubapa/penjaga.
Alhamdulillah, berakhir sudah sesi dan aktiviti sepanjang tahun 2025.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua ibu bapa atas sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan sepanjang tahun ini.
Buat anak-anak yang telah tamat dan akan berpindah ke tempat baharu, semoga terus menjadi anak yang baik, berani melangkah ke fasa seterusnya, dipermudahkan urusan serta berjaya dalam pelajaran.
Semoga segala kenangan indah bersama kami menjadi memori yang manis dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Pihak taska ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan atau kesilapan sepanjang tempoh anak-anak berada di sini. Segala teguran, nasihat dan bimbingan yang diberikan adalah untuk kebaikan mereka, dan kami amat menghargai kesabaran serta sokongan semua pihak.
Semoga ukhuwah yang terjalin kekal erat dan kita bertemu lagi di masa akan datang dengan kenangan serta semangat yang baharu 🌸