MAPIM Daerah Hulu Selangor

MAPIM Daerah Hulu Selangor Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Daerah Hulu Selangor Misi
…...... sapertima yang disebut di FASAL 2 dalam Perlembagaan MAPIM.

2.1.1.

Membina dan membentuk kemahiran, keilmuan keibubapaan dan
kekeluargaan dalam usaha menggerakkan hala tuju perubahan atas
landasan pembinaan perpaduan keluarga dan masyarakat.

2.1.2. Melahirkan kemuniti ibubapa dan keluarga yang iltizam, berilmu dan
beradap, berketerampilan serta bertanggungjawab.

2.1.3. Mengukuhkan permuafakatan dan perpaduan kekeluargaan serta
meningkatkan semangat setia kawan

di kalangan ibubapa tanpa mengira
kaum.

2.1.4. Membangunkan dan menyuburkan potensi diri dalam aspek rohani,
jasmani, akal dan emosi ibubapa dan keluarga supaya dapat memahami,
mentadbir, mengurus dan mengendalikan keperluan diri, keluarga,
masyarakat dan Negara dalam berbagai bidang dan peringkat kehidupan.

2.1.5. Sebagai satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan serta kemajuan
didalam kualiti individu, ibubapa, keluarga dan masyarakat.

2.1.6. Untuk menentukan supaya dikalangan ibubapa, keluarga dan masyarakat
di kawasan-kawasan kegiatan memperolehi faedah-faedah optimum
daripada kemudahan-kemudahan pendidikan, permuafakatan dan
perpaduan.

2.1.7. Untuk meningkatkan kesedaran, keinsafan dan keyakinan ibubapa,
keluarga dan masyarakat terhadap penghayatan dan perlaksanaan
amanah dan tanggungjawab dalam pembangunan diri, keluarga, organisasi
dan Negara khususnya dalam aspek keibubapaan dan kekeluargaan.

2.1.8. Untuk memperluaskan pendekatan halacara terhadap keutamaan
pendidikan keibubapaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam usaha
meninggikan lagi maruah, martabat, kebestarian diri individu, keluarga dan
peradaban budaya, bangsa dan Negara.

2.1.9. Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap kesinambungan
sejarah Negara serta menerbitkan buku-buku, bulletin,leaflet dan/atau
apa-apa edaran yang di fiikirkan perlu dan bersesuaian dari semasa
kesemasa dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa
yang berkenaan terlebih dahulu.

2.1.10. Mengutip derma, menerima bantuan dan derma-derma kekal daripada
persatuan-[ersatuan dan/atau mana-mana badan kebajikan dan/atau
individu-individu dalam keadaan yang dipersetujui oleh Majlis Kerja
Tertinggi MAPIM Kebangsaan.

2.1.11. Menubuhkan dana keibubapaan dan kekeluargaan bagi mencapai
tujuan-tujuan dengan kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

2.1.12. Menyimpan dan/atau melaburkan wang MAPIM dimana-mana institusi
kewangan yang ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi MAPIM Kebangsaan

2.1.13. Memberi kerjasama dan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada mana-
mana persatuan atau badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan
persatuan ini atau mana-mana keluarga, ibubapa atau individu.

2.1.14. Berkhidmat sebagai organisasi perunding dan kordinasi keibubapaan
kepada mana-mana ahlinya yang bertindak atas nama pertubuhan.

2.1.15. Mengelola dan menyertai dalam kongres, persidangan, seminar dan lain-
lain perjumpaan di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa di
bidang keibubapaan dan kekeluargaan.

2.1.16. Melaksanakan, menggalak dan berkerjasama di peringkat Negeri,
Kebangsaan, dan Antarabangsa dalam projek penyelidikan dan
pemantauan mengenai berbagai masalah dan keperluan keibubapaan dan
kekeluargaan serta kebajikan. Description
Idea awal kewujudan MAPIM dikemukakan oleh Jawatankuasa Penaja PIBGN (Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru Nasional) dan individu lain yang melihat serta memikirkan keperluan satu organisasi bukan kerajaan yang boleh memainkan peranan keibubapaan dan kekeluargaan dengan luas lagi dari PIBG-PIBG di sekolah. Satu perjumpaan antara pihak penaja MAPIM dengan YB.Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) pada masa itu YB DATIN PADUKA HAJJAH ZALEHA BTE HAJI ISMAIL telah diadakan pada 3hb.June.1998. Ini disusuli dengan penyampaian satu Kertas Cadangan Penubuhan MAPIM kepada Kementerian KPNPM berlangsung pada 20hb.June.1998. Kertas Cadangan tersebut telah diteliti oleh Kementerian dan dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan di KPNPM. Kementerian juga menerima beberapa ulasan daripada Agensi0agensi di bawahnya. Pihak Kementerian KPNPM menerusi suratnya pada 4 Ogos 1998, memaklumkan pada umumnya, Kementerian tidak mempunyai apa-apa halangan ke atas penubuhan MAPIM saperti dicadangkan. Satelah cadangan penubuhan tersebut mendapat restu daripada pihak KPNPM, satu perjumpaan telah di adakan pada 20 Februari 1999, di Universiti Malaya dan terbentuklah satu Jawatankuasa Penaja MAPIM yang terdiri daripada seramai 23 orang ibubapa penaja dari seluruh Malaysia Barat. Berikutnya setelah dimurnikan cadangan Perlembagaan MAPIM, permohonan Pendaftaran Pertubuhan dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Negeri Selangor pada bulan Oktober 1999. Satelah berbincang dan membuat susulan kepada pihak pegawai berkenaan, akhirnya pada awal Januari 2001 menerusi surat bertarikh 22 Disember 2000, MAPIM dimaklumkan telah didaftarkan pada 18hb. December. 2000 , oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Selamat Sejahtera Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Pertandingan Catur Terbuka U-12, anjuran MAPIM Hulu Selangor pada 10hb March ...
27/02/2019

Selamat Sejahtera Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Pertandingan Catur Terbuka U-12, anjuran MAPIM Hulu Selangor pada 10hb March 2019 akan diadakan di Kuala Kubu Baru.

Sila viralkan kepada semua ibu bapa dan guru-guru sekolah rendah agar maklumat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih atas sokongan anda.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran anak-anak anda, tolong guna link di bawah:

All payments after registration must be made before 8 March 2019

Bersantai Boling kami hari ini...kalah menang tetap happy....
21/10/2018

Bersantai Boling kami hari ini...kalah menang tetap happy....

Ayuh kita
09/05/2018

Ayuh kita

Menghadiri Seminar Community Empowerment Pemimpin Masyarakat
12/11/2017

Menghadiri Seminar Community Empowerment Pemimpin Masyarakat

Mesyuarat Persiapan sebelum Majlis Makan Malam MAPIM Hulu Selangor
27/10/2017

Mesyuarat Persiapan sebelum Majlis Makan Malam MAPIM Hulu Selangor

Mesyuarat Akhir Majlis Makan Malam Mapim Daerah Hulu Selangor
17/10/2017

Mesyuarat Akhir Majlis Makan Malam Mapim Daerah Hulu Selangor

Happy Dilwali from us Mapim Daerah Hulu Selangor
17/10/2017

Happy Dilwali from us Mapim Daerah Hulu Selangor

merafak sembah dan mengucapkan takziah kepada kerabat Diraja Kedah dan rakyat Negeri Kedah atas kemangkatan Sultan Abdul...
12/09/2017

merafak sembah dan mengucapkan takziah kepada kerabat Diraja Kedah dan rakyat Negeri Kedah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah ke-28 serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14. Al Fatihah.

09/06/2016
Tinggal 1 HARI LAGI peperiksaan UPSR akan bermula.. bagi adik-Adik yang akan menjalani peperiksaan, kami sediakan 10 tip...
08/09/2015

Tinggal 1 HARI LAGI peperiksaan UPSR akan bermula.. bagi adik-Adik yang akan menjalani peperiksaan, kami sediakan 10 tips untuk anda.. selamat beramal!

Address

Kuala Lumpur
68100

Telephone

0183555979

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAPIM Daerah Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MAPIM Daerah Hulu Selangor:

Share