Alumni SKLJ

Alumni SKLJ Sejarah SK Lembah Jaya

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan pada 1 Januari 1987.

Page Alumni SKLJ Tujuan page ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan sebarang penyampaian maklumat kepada seluruh warga ALUMNI SKLJ serta untuk membincangkan kerjasama yang bermanfaat. Pada peringkat permulaan sekolah ini mempunyai seramai 32 orang guru dan 899 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Encik Abdullah bin Wahab, PJK. Buat sementara waktu, murid-mu

rid sekolah ini yang kebanyakannya tinggal di sekitar Lembah Jaya dan Bukit Belacan, menumpang di SK Ampang yang dijalankan pada sesi petang kerana SK Ampang tidak dapat lagi menampung murid-muridnya yang sudah berjumlah melebihi 2 000 orang. Dalam tahun pertama sekolah ini mempunyai 20 buah bilik darjah. Dalam tahun kedua sekolah ini terpaksa menambah dua bilik darjah lagi kerana jumlah murid meningkat kepada 935 orang. Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini telah mengkaji akan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekitar Lembah Jaya yang terpaksa menumpang di SK Ampang yang jauhnya lebih kurang 10 kilometer. Maka jawatankuasa tersebut mengambil keputusan merayu kepada Jabatan Pendidikan Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor supaya membina sebuah sekolah baru di Lembah Jaya. Berdasarkan rayuan itu Menteri Besar Selangor dan Menteri Pendidikan sendiri ketika itu Encik Anwar Ibrahim, telah mengkaji secara mendalam rayuan tersebut maka beliau telah memberi persetujuan untuk membina bangunan sekolah ini di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor atas kuat kuasa Menteri Besar dan telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor. Kementerian pendidikan mempertanggungjawabkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk memulakan pembinaan bangunan sekolah ini dalam bulan Julai 1987 dan jadual selesai pembinaannya ialah dalam bulan Februari 1988. Pembinaan sekolah ini tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang dijadualkan. Oleh yang demikian murid-murid Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya menumpang di SK Ampang. Akhirnya, pada 3 Januari 1989 barulah Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya dapat berfungsi dibangunannya sendiri. Pada pertengahan tahun 1991, sekolah ini telah mendapat dua bangunan satu tingkat tambahan yang mengandungi 4 buah kelas untuk menampung jumlah murid yang bertambah sehingga mencecah 2 000 orang. Pada permulaan semester ke 2 tahun 1992, sebilangan murid sekolah ini telah dipindahkan ke SK Taman Kosas yang baru didirikan. Sehingga bulan Oktober 1995, bilangan murid di sekolah ini ialah seramai lebih kurang 1930 orang manakala bilangan guru pula seramai 70 orang. Pada tahun 2006, Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya telah mempunyai 43 buah kelas dari sesi pagi dan petang yang dapat menampung jumlah murid seramai 1560 orang murid keseluruhannya. Pada masa akan datang, berkemungkinan jumlah enrolmen murid akan bertambah dengan keadaan pembangunan sekeliling kawasan sekolah yang pesat dijalankan. Prasarana sekolah juga kini dipertingkatkan dengan tembok pagar bahagian laluan belakang sekolah yang dibina dimana dahulunya hanyalah pagar dawai dan kini diperbuat daripada tembok batu. Kemudahan surau juga telah dinaiktaraf dengan penambahan tempat untuk solat bagi murid-murid beragama Islam. Usaha murni ini dapat membantu menggarapkan lagi keberkesanan nilai-nilai sahsiah murid dengan suasana prasarana surau yang lebih indah dan mencukupi. Bilangan guru pada masa kini adalah seramai 75 orang yang bersama-sama menggembling tenaga dan usaha ke arah mencapai matlamat pendidikan. Posted by skljadmin

Assalamualaikum..Selamat Menyambut Hari raya aidil fitri maaf zahir batin ๐Ÿ˜ŠMohon maaf jika ada salah dan silap...   raya...
25/06/2017

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Hari raya aidil fitri maaf zahir batin ๐Ÿ˜Š

Mohon maaf jika ada salah dan silap...

raya dah sampai๐Ÿ˜†โœŒ๐Ÿ™

Ikhlas dari kami ALUMNI SKLJ

PROGRAM LAST RAMADHAN ALUMNI SKLJ*Utk sessi Penyerahan Sumbangan kepada keluarga asnaf 23/6/2017 :-*9:00 mlm - berkumpul...
23/06/2017

PROGRAM LAST RAMADHAN ALUMNI SKLJ

*Utk sessi Penyerahan Sumbangan kepada keluarga asnaf 23/6/2017 :-*

9:00 mlm - berkumpul di Fatimah Ghous.

9:15 mlm - bergerak ke rumah keluarga asnaf yg terpilih.

9:30 - 10:30 mlm - singgah ke rumah no.1 hingga no.5 .
Penyerahan sumbangan & beramah mesra kpd keluarga terlibat.

11 mlm - Bersurai.

Dijemput rakan2 yg berkelapangan join sekali

Jazakallah

Assalamualaikum UNTUK PERGERAKAN ESOK & LUSA 22-23/6/2017 Perhatian buat semua....Program sumbangan kita akan digerakkan...
21/06/2017

Assalamualaikum

UNTUK PERGERAKAN ESOK & LUSA 22-23/6/2017

Perhatian buat semua....
Program sumbangan kita akan digerakkan dalam masa 2 hari bermula pada petang ini.
Serahan sumbangan utk warga Rumah Mesra Kasih pada malam ini 22/6/2017 & sumbangan utk keluarga asnaf pada malam besok 23/6/2017.
Tentative program adalah spt berikut :-

*Tentative Gerak2 Khas utk besok ( Pembelian & Penyerahan) 22/6/2017:-*

5:30 ptg - berkumpul di depan kedai Segi WaterFront.

5:45 ptg - sessi memborong barang utk sumbangan bermula.

6:30 ptg - bergerak ke tempat pengump**an barang2 di rumah Arif Tebu.

*Utk sessi Penyerahan Sumbangan ke Rumah Mesra Kasih di Tmn Sri Watan :-*

9:00 mlm - berkumpul di Fatimah Ghous.

9:15 mlm - bergerak ke rumah Mesra Kasih.

9:30 mlm - sessi beramah mesra & penyerahan sumbangan kpd warga Mesra Kasih.

9:45 mlm - Bersurai.

*Utk sessi Penyerahan Sumbangan kepada keluarga asnaf 23/6/2017 :-*

9:00 mlm - berkumpul di Fatimah Ghous.

9:15 mlm - bergerak ke rumah keluarga asnaf yg terpilih.

9:30 - 10:30 mlm - singgah ke rumah no.1 hingga no.5 .
Penyerahan sumbangan & beramah mesra kpd keluarga terlibat.

11 mlm - Bersurai.

Dijemput rakan2 yg berkelapangan join sekali

Jazakallah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  Rakan-rakan ALUMNI SKLJ sekalian,  Sempena bulan Syawal yang bakal tiba, kami mengha...
17/06/2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rakan-rakan ALUMNI SKLJ sekalian,

Sempena bulan Syawal yang bakal tiba, kami mengharapkan keprihatinan warga ALUMNI SKLJ sekalian bersama-sama menyumbang kepada asnaf, warga emas, ibu / bapa tunggal dan fakir miskin sempena Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun 2017 ini.

Pada tahun ini kami mensasarkan sumbangan kepada golongan yg layak seperti senarai di atas.

Sehubungan dengan itu, kepada rakan-rakan yang ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil admin anda untuk serahkan kepada kami selewat-lewatnya 22 Jun 2017 (Khamis)



Majlis Sumbangan akan di adakan PADA :
Tarikh : 23-6-2017 (Jumaat)
Masa : 10 malam selepas terawikh.
Tempat berkumpul : Fatimah Ghous

Tempat pilihan pertama :
Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra
Taman Sri Watan, Ampang.

Tempat pilihan kedua:
5 keluarga asnaf yang layak untuk menerima bantuan zakat di dalam kawasan Lembah Jaya.

Sumbangan : RM20 seorang (nak bagi lebih pun boleh)
*Alumni SKLJ Total 100 org x RM20 = RM2000

* Berikut adalah keperluan yg kami cadangkan setelah membuat pemerhatian di tempat asnaf-asnaf yg terpilih utk serahan....

Keperluan ASAS yg di perlukan
================
1. Beras 10kg x 20 kampit
2. Gula 1kg x 20 pax
3. Susu 1 karton
4. Minyak 1 karton
5. Nugget 5 beg
6. Kicap 1 karton
7. Tepung 1 karton
8. Bee hoon 1 karton
9. Milo 1 karton
10 . Sabun mandi
11 . Sabun basuh pakaian
12. Sabun pinggan mangkuk
13. Clorox
14. Ubat Gigi
15.
16.

*Sumbangan boleh BANK IN terus ker :

CIMB : MOZA NETWORKS
860-220-4747

MAYBANK : MOZA BUILDER
5622-4550-8769

(Mohon letak remark SKLJ Alumni semasa membuat pembayaran)

Wasap Slip ke :
โ˜Ž www.wasap.my/60133622486/moza

Last sumbangan pada hari KHAMIS 22/6/2017 pada jam 3 petang.

Khamis malam terus beli barang di NSK atau kedai2 yg terpilih ( siapa free boleh join)


Collection ALUMNI SKLJ
======================
22/6/2017

1.
2.
3.
4.
5
6


Kerjasama & sokongan anda semua amat dihargai. Sekian terima kasih dan salam hormat.

JAZAKALLAH HUKHOIRON KATSIRO...๐Ÿค—
~~~~

Mhn Kawan2 utk FB LIKE n SHARE Program kita:
fb.me/AlumniSekolahKebangsaanLembahJaya

Meeting bersama Alumni SKLJ Untuk Program BANTUAN ASNAF Sempena HARI RAYA AIDILFITRI 2017..
17/06/2017

Meeting bersama Alumni SKLJ Untuk Program BANTUAN ASNAF Sempena HARI RAYA AIDILFITRI 2017..

Salam Ramadhanantara moment history program yg pernah Alumni SKLJ jalankan....TAUTAN KASIH 2016
17/06/2017

Salam Ramadhan
antara moment history program yg pernah Alumni SKLJ jalankan....
TAUTAN KASIH 2016

Salam Ramadhanantara moment history program yg pernah Alumni SKLJ jalankan....TAUTAN KASIH 2014
17/06/2017

Salam Ramadhan
antara moment history program yg pernah Alumni SKLJ jalankan....
TAUTAN KASIH 2014

Address

Lembah Jaya Selatan
Kuala Lumpur
68000

Telephone

0133622486

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SKLJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share