22/04/2019
"...INI RUPANYA CARA KEKAL KENYANG SEHINGGA BERBUKA..."
Apabila bercerita mengenai bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur.
Tapi kenapa apabila tiba saja bulan Ramadan, nafsu pun mula membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka. Tapi bagaimana p**a untuk sahur?
Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah dalam sahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari.
Disini admin nak share sedikit tips berguna semasa bulan puasa:
------------------------------
8 Tips 'Simple' Bersahur Untuk Terus Kenyang Dan Bertenaga Sampai Maghrib.
------------------------------
1. Makan Buah-buahan Yang Tinggi Serat, Vitamin dan protein.
Makanan tinggi serat dan protein membantu anda kenyang lebih lama. Antara buah-buahannya ialah seperti pisang, epal ,kurma dan pear.
2. Telur rebus yang banyak.
Telur adalah kombinasi yang tepat dan sihat dari protein dan lemak, jadi makanan ini cukup nutrisi dan mengenyangkan.
3. Simpan oat semalaman di peti sejuk.
Seperti kita tahu, oat memang baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan malah ia juga mengenyangkan. Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah bekukan oat semalaman sebelum anda menjamahnya sewaktu bersahur.
Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas. Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais. Nak lagi sedap, tambah lagi satu lapisan serbuk milo! Bangun sahur nanti, buka peti dan terus makan. Sangat sedap!
4. Mengambil brown rice/beras perang.
Kita sedia maklum, brown rice atau juga dikenali sebagai beras perang mempunyai banyak manfaat. Antaranya adalah mengurangkan kolesterol dan juga amat baik bagi tulang. Ia kaya dengan magnesium dan mineral yang boleh menguatkan tulang dan mengurangkan inflamasi pada sendi. Bulan puasa ini juga sangat sesuai jika anda mahu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Brown rice juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga dengan lebih perlahan dan lebih mengenyangkan. Selain itu, ia juga baik untuk rambut, kulit dan gigi.
5. Tidur awal dan jangan tidur selepas solat subuh.
Disarankan supaya anda tidak tidur selepas bersahur dan solat subuh. Ini kerana makanan yang anda ambil akan diproses menjadi tenaga dan ia hanya akan dibazirkan sewaktu anda tidur. Jadi, sementara menunggu untuk ke tempat kerja and boleh beribadah seperti berzikir dan mengaji Al-quran terlebih dahulu.
6. Lewat-lewatkan waktu bersahur dan jangan terburu-buru.
Mengunyah makanan terlalu cepat akan membuat kadar gula dalam darah terganggu, sehingga beberapa jam saja setelah sahur perut anda akan merasa lapar. Tubuh akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan pada saat kita makan terlalu cepat.
Akibatnya, proses penyerapan nutrisi oleh tubuh kurang sempurna sehingga anda pun akan cepat merasa lapar.
7. Elakkan garam dan minum air berlebihan.
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng akan mempercepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Minum terlalu banyak air pun kurang bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama. Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.
Kalau nak minum air manis, pastikan jumlah pengambilan adalah kurang daripada air kosong. Contoh: 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.
Alhamdulillah semoga Tips diatas dapat membantu anda kekal cergas di bulan puasa.
Anda diizinkan untuk share.