Tujuan Program Khidmat Masyarakat :Mahasiswa Prihatin, Masyarakat Terjamin" adalah untuk melancarkan dan menubuhkan
TABUNG DANA KHAS. Program yang akan dilaksanakan ini akan mewujudkan tabung dana khas bagi penyambungan semula pembinaan pusat jagaan LOTUS yang telah ditinggalkan selama 6 bulan oleh kontraktor. Pertubuhan ini telah didaftar di atas nama Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan LOTUS yang
diterajui oleh sepasang suami isteri iaitu Dr Thomas dan Madam Sarah Thomas. Pusat jagaan ini mendapat sumbangan derma dan ehsan daripada orang perseorangan dan masyarakat setempat yang berkunjung ke pusat jagaan ini. Bantuan sumbangan dan ehsan ini turut dibantu oleh anak-anak mereka bagi mendapat sumber kewangan untuk menampung segala keperluan asas bagi penghuni-penghuni di pusat jagaan ini
Akibat dari pemberhentian kerja-kerja pembinaan pusat jagaan ini menyebabkan Dr Thomas terpaksa menyewa sebuah rumah lain bagi menempatkan penghuni-penghuni yang terdiri daripada warga emas, anak-anak yatim dan OKU yang dianggarkan seramai 50 orang penghuni. Kos penyewaan rumah jagaan sementara ini berjumlah RM1,000 sebulan. Anggaran bagi penyambungan semula pembinaan pusat jagaan ini adalah berjumlah RM400,000 dimana ianya meliputi sebidang tanah lot tepi dengan keluasan 20 x 70 di Semenyih,Kajang Selangor Darul Ehsan secara keseluruhannya. Maklumat terperinci lokasi pertubuhan ini adalah seperti berikut:
Nama : Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan LOTUS Selangor dan Wilayah
Persekutuan
Alamat : No 41, Jalan 3A, Taman Hiew Piaw 43500 Semenyih, Kajang
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03- 8723 5950 / 016- 603 8571 / 016 -946 2081
Emel : [email protected]
Website : www.lotuscharity.com