07/03/2026
.
RAJA SALOR
(Long Muda bin Raja Long Yunus)
Maka kisahnya di zaman Sultan Muhammad II (1836-1886), ada perkara cencala maka dikatakan keluarga Engku Kota dititahkan bunuh kerana derhaka. Wallahualam.
Anakanda Long Muda itu 7 oranglah:
1. Engku Ismail (Engku Salor)
2. Engku Deraman (Long Raja)
3. Engku Abdullah
4. Engku Chicha (p) (Engku Tengah)
5. Engku Ali (Engku Kota)
6. Engku Chik (p)
7. Engku Endut (Engku Bongsu Kenali)
** bukan Tok Kenali yer....masa ni Tok Kenali pun tak lahir lagi.😅
Di makam Raja Salor disebut orang, ada juga makam anakanda Long Baha iaitu samada Tuan Senik Halus (Raja Bongsu) atau mungkin juga makam Tun Raja Ali anak ke-5 Long Baha bernisan bulat sepertimana manuskrip tua Tarikh Lundang (1897) menyebut:
"Adapun yang boleh jadi kedua ini
salasilahnya bernenekkan Long Baha
Raja kelantan yang awal dari menantu
Raja Jembal, kerabat Puteri Saadong
yang tanah kuburnya di Langgar
Buruk itu ditandakan kacapuri
bernesan bulat daripada batu bukit
yang dipahat kapitan cina iaitu
hendak serupa kepada kubur anak
nya Long Nik ayahnya Long Yunus
iaitu duduknya di Dusun Langgar
sebelah jatuh daripada tempat Kota
Kubang Labu manakala kubur ayah
Mandur Mis (Tuan Khomis)bnama
Tuan Kundur yang bergelar Raja
Muda itu p**a ada duduk di dalam
Langgar Buruk iaitu tidak jauh
daripada sebelah hulu ke bawah
sedikit jaraknya daripada kubur
ayahndanya dengan ditandakan
NESAN_BULAT juga tetapi diukir
sedikit juraian bunga dan lain batas
nya dari kakak dan ayahndanya itu.
Maka adalah Long Baha itu beristeri
dua orang (No.1 Raja Mas Kelantan dan
no.2, Raja Pah) kemudian dapat
sekelian anaknya iaitu pertamanya
Tuan Melor, keduanya Long Nik
(Raja Long Sulaiman) ayahnya Long
Yunus, ketiganya Tuan Kundur ayahnya
Mandur Mis keempat, Tuan Nik Junuh
di Patani kelima Tun Raja Ali, keenam
Tuan Che Wook iaitu Raja Neng Hitam
di Kota Seribong, ketujuh Tuan Lipoh
iaitu tersebut oleh orang yang
terdahulu ditulis Lepok maka setelah
ditela’ah oleh hamba fakir nyatalah
khilaf atas perkataan iaitu betul nama
nya adalah Tuan Lipoh iaitu Tuan
Puteri Balai Kuning isterinya Along
Yunus (Sultan Along Yunus) di Patani
dan yang kedelapan itu Tuan Senik
Halus."
KHILAF BESAR✍️
Maka kedengaran pada pengetahuan ambo, ada orang menyebut makan di Salor milik ayahanda kepada Tok Kenali.
Hanya kerana Tok Kenali bernama tubuh Muhammad Yusuf bin Ahmad (1868 – 1933), maka terus dikatakan Ahmad itu adalah Sultan Ahmad.
Sultan Ahmad mana?
Kalau Tok Kenali lahir pada tahun 1868 di zaman Sultan Muhammad II (1836-1886) dengan nama tubuh LONG SENIK MULUT MERAH, maka AYAH TOK KENALI hidup pasti sezaman dengan Sultan Muhammad II.
Kelantan ada cuma satu Sultan dalam satu masa yang sama, siapa p**a Sultan Ahmad?
Sebelum Sultan Muhammad II, Kelantan diperintah oleh Sultan Muhammad I (1800-1836) bernama tubuh Long Mamat bin Raja Long Yunus.
Mangkatnya Sultan Muhammad II, maka diangkat menantunya menjadi Sultan bergelar Sultan Ahmad, makamnya di Langgar DiRaja, Kota Bharu.
Mohon sangat, jangan rosakkan sejarah dan jangan memilih makam untuk diletakkan "Tok Nenek ambo....Raja".
Dan jangan mencari asal dan maklumat semata-mata bersumberkan "SCAN" dan mimpi dan bomoh.
Rosaklah ilmu...rosaklah nasab dan rosaklah sejarah.
Jangan begitu...kita ada adab ilmu dan jangan lupa anak cucunya ada menyimpan manuskrip tinggalan yang tuha.
Sebelum ni pun dah banyak......tapi malas nak menegur, kebetulan ada masa lapang, elok ditegur maka jangan begitu.
Kredit Info FB: Wan Amir