Bee HAPPYbiz

Bee HAPPYbiz Bisnes dari rumah paling mudah,modal kecil UNTUNG BESAR. Circle sangat positif,energetik dan saling

Forever Living adalah syarikat antarabangsa yang telah wujud sejak 1978 yang menawarkan produk kesihatan dan penjagaan diri bermutu tinggi yang telah membantu ribuan manusia mencapai kesejahteraan dan kegembiraan hidup.

14/10/2021

Peluang.ni

Bismillah. Isnin. 4 hb Januari 2021.Sudah 4 hari kita berada dalam tahun baru. Jika tidak kerana Covid19 biasanya awal t...
04/01/2021

Bismillah.

Isnin. 4 hb Januari 2021.

Sudah 4 hari kita berada dalam tahun baru. Jika tidak kerana Covid19 biasanya awal tahun begini kita sangat sibuk dengan urusan persekolahan anak. Macam-macam urusan.

Macam tu juga lah urusan ofis... urusan bisnes.. urusan kastemer....
Urusan demi urusan soal kehidupan yang tak pernah surut dan selesai.

Sibuknya kita sampai sedar tak sedar alih-alih sudah berada dihujung tahun lagi... Begitulah saban tahun.

Ashtagfirullah hal 'azim.

Dinihari tadi Allah bagi saya satu ilmu. Ilmu untuk mintak syurga. Doa khusus mintak syurga.

Jujur saya katakan memang tak tahu doa ini.

Sentap sekejap bila skrol punya skrol fb, terhenti pada satu video Ustazah Norhafizah tentang doa masuk syurga yang memang ramai tak tahu.

Ustazah kata dia merajuk kalau kita ni semua ni tak hafal dia ni. Sesibuk mana kita sekalipun, penat macamana pun kita setiap hari tak boleh tinggalkan doa ni.

Doa ni adalah silahul mukmin. Senjata orang beriman.

Eloklah diawal tahun ni kita pakat-pakat ajak anak isteri hafal dan amalkan doa penting ini.

Ustazah kata doa ni syurga hati. Kita tak masuk syurga lagi tapi doa ni dah jjadi syurga dihati kita sekarang.

Doa ni digelar sebagai jawami'ul kalim.

Maknanya doa kompress, semua ada dalam doa itu.

Malas ke, lalai ke, penat ke hatta mengantuk sekalipun gagahkan diri untuk baca doa ini...tiap kali lepas solat.

Gagahkan baca.

Doa yang Nabi bagi yang terkandung semuanya doa itu. Masyaallah.

Kawan-kawan,

Saya doakan semua kita dapat amalkan doa ni. Rugi tau dah tahu tapi tak nak amal.

Mintak syurga tuuuu.... Kita semua nak syurga kan? Jangan asyik doa nak rezeki kaya jer... hi..hi..

Selamat Pagi kawan.Saya sayang kalian kerana Allah.

24/12/2020

Salam.

Bismillah.

Dimusim Covid 19 ni, pelbagai dugaan kehidupan kita hadapi. Bukan sedikit golongan atau insan yang sangat terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ramai juga yang tercari-cari peluang pekerjaan atau bisnes yang boleh dilakukan untuk menjemput rezeki buat keluarga.

Ramai yang buntu? Aku pun pernah hadapi saat -saat buntu. Nak mula bisnes tapi tak tahu mana nak mula? Macam-macam jugalah aku try buat... Memula bisnes buat sandwich. Pas tu berangan nak bisnes bunga. Ada juga terpikir nak buat bisnes jual baja... Tengok orang lain macam laju jer duit masuk.

Aku tahu, bisnes tu tak mudah.Tapi aku nak jugak terjun. Tapi terjun dengan ilmu la.. .

Jadi disini aku turunkan sedikit tips bisnes yang aku dapat dari seorang usahawan wanita yang dah 26 tahun berniaga dan sangat berjaya sekarang.

Hebatkan?.... Beliau boleh bertahan selama 26 tahun di dalam perniagaan, mampu kekal bermotivasi dan bertenaga dalam mengurus perniagaan.

Beliau kata dalam berniaga ni, jika ada yang katakan mereka tak pernah rasa nak berputus asa bermakna mereka belum benar-benar berbisnes. Jujurnya beliau kata, dalam sehari tak 20 kali, mungkin 100 kali sehari berfikir nak putus asa! Kerana berniaga ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Moga tips ini membantu aku dan rakan semua untuk masuk dunia bisnes dengan mindset yang betul. Jadi lebih lama hayat kita dan bisnes kita dimuka bumi ini.

Ini tipsnya:-

1. Tips pertama ialah kau perlu tahu bahawa perniagaan itu adalah satu proses. Samada kau baru nak mulakan perniagaan atau dah mulakan banyak perniagaan, kau mestilah sedar tentangnya. Mungkin kau lihat ada orang yang beberapa bulan berbisnes dah mampu hidup mewah.

Tapi ada juga orang yang dah bertahun-tahun berbisnes masih di level yang sama juga. Kau kena percaya bahawa ada orang yang Allah berikan rezeki cepat, ada yang ambil masa bertahun-tahun untuk berjaya.

Trust the process.

2. Perbaiki diri sendiri. Bila kau mula berniaga, kau sangat perlu perbaiki diri, perbaiki cara berfikir dan tingkatkan self-development.

Dalam perniagaan, walaupun kau masih belum dapat keuntungan dalam bentuk kewangan tetapi dari segi pengalaman, dah bertambah. Sentiasalah cari bahan atau perkara yang boleh membantu meningkatkan perkembangan diri sendiri. Tak perlu jadi seorang yang sempurna segala segi tetapi perbaiki diri walaupun hanya 1% setiap hari.

3. Jadikan bisnes kerja hakiki kau. Semasa kau berkerja, bukankah kau akan pastikan senarai tugasan kau disiapkan kerana akan dipantau oleh bos. Tapi bila dah berhenti kerja dan berniaga sendiri, kau tak buat bisnes kau seperti kau berkerja dahulu. Apa hal kau!

Ini bisnes kau, jadi set kan masa dan displin dengan masa. Jika dulu pukul 9 pagi dah kena masuk office, sama juga ketika berbisnes. Pastikan sebelum pukul 9 pagi dah siapkan segala kerja rumah dan mula fokus pada bisnes.

4. Jaga emosi dan cara fikir. Yang membezakan seorang yang sangat berjaya dengan orang lain adalah bagaimana mereka mengawal emosi. Kau kena elakkan perkara yang boleh menggangu emosi contohnya drama yang membuatkan kita stres, elakkan. Kau yang kawal emosi, jangan biarkan emosi kawal kau.

5. Bimbing team kau atau kalau kau ada staf selalulah guide mereka. Bila berniaga, kau kena bimbing orang di bawah kau. Tak kisahlah samada mereka itu staf, stokis, agen atau dropship. Jadi pemimpin yang baik dengan perbaiki diri dan team.

"Nak berjaya kau kena jayakan orang lain dulu."

Ini memang law bisnes yang orang berjaya dah buat. Jangan takut atau dengki ahli team kau berjaya.

6. Jaga circle sekeliling. Ramai sifu bisnes selalu pesan, “You are who your friend is”. Kita adalah cerminan kepada sahabat kita. Cari jalan untuk kenal dan bersahabat dengan orang yang lebih dari kau. Cari circle positif yang boleh upgrade kau ke level yang lebih tinggi. Berusaha kenalpasti circle yang dapat push kau untuk next level higher. Ini akan meningkatkan motivasi diri kau untuk capai level yang lebih baik.

7. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Ini memang tips penting giler...

Di saat kau bandingkan diri dengan orang lain, kau tentu akan mudah give up. Jadi elakkan compare hidup kau dengan orang lain. Setiap orang ada perjalanan hidup sendiri. Redha dan bersangka baiklah dengan Allah. Usaha sehabis baik dan serahkan bulat-bulat kepada Allah.

8. Enjoy the journey. Berbisnes adalah proses pembelajaran. Jika kita masuk ke universiti, kita takkan mampu belajar semua ini. Teringat kata seorang sifu kata - Anggap setiap masalah itu sebagai cabaran. Hadap jerr..

Challenge! Challenge! Challenge!

Stres, marah, tawa, tangis semuanya ada. Hadap!! Jangan manja.. Hek! hek! Hek!..

Nikmati saja perjalanan tersebut. Kena bagi happy semua cabaran tu. There is always a chance for us to rebound back.

Itu dia 8 tips sebagai persediaan mental kita hadapi dunia bisnes. Tak kira bisnes kecil atau besar. Be prepared.

Harap dapat sesuatu dari perkongsian ini.

Please like, share dan komen yer...



16/12/2020

Bismillah.

Alhamdulillah dengan izinNya page BeeHappybiz dapat di lahirkan.

Pembukaan page ini saya nak mulakan dengan Surah Al Isra' ayat 79-80 untuk peringatan diri.

Waktu Tahajud Jangan Terlepas
Dari Minta 4 Perkara Ini

Sedikit perkongsian dari Kak Azie
pagi ni, ilmu yg dipanjangkan dari
Kuliah Ustaz Adi Hidayat...


Subhanallah...

Betapa Allah nak kita hidup di dunia
sekarang & di akhirat kelak dgn
keadaan yg mudah dan menyenangkan..


Allah menciptakan hamparan bumi
yg luas sempurna dgn nikmatNya,

Allah menciptakan kita sebagai
penghuni bumi,

Allah mengajarkan kita tatacara hidup
di bumi Nya melalui ayat2 Nya dlm
Al Quran


Allah memberi JAMINAN dlm Al Quran,
di Surah Al Isra’ ayat ke 79 ( 17:79)
hamba Nya yg rajin bertahajud, akan
diberi kemudahan dan diangkat darjat
di sisi Nya dari pandangan manusia.


Allah juga mengajar kita berdoa
utk bermohon kepada Nya dlm
Al Quran di Surah Al Isra’ ayat ke 80
( 17:80)

Hikmah dlm doa ini “sgt dasyat “
kata ustaz .. Dgn redha Nya akan
di respon oleh Ya Allah Rahman
Ya Rahim apabila kita bermohon
dan beramal dgn doa tersebut..


Setelah dibaca doa tersebut dlm
bahasa Arab, susuli p**a dlm bahasa
melayu dgn kata2 yg kita faham apa
yg minta..

Tafsiran doa di QS Al Isra’ ( 17:80)
adalah merangkumi 4 perkara yg
Allah ajar kita minta iaitu:-

1- Mohon ditempatkan tempat yg
terbaik sama di dunia & di akhirat

2- Mohon bimbingan Allah atas apa
yg sedang kita usahakan.

3- Mohon petunjuk dan solusi sebagai
jalan keluar utk masalah yg sedang kita
hadapi.

4- Mohon perlindungan dari Allah dari
sebarang bahaya dan mudharat .


Kata UAH lagi ..

Jgn terlepas minta 4 perkara tadi
ketika kita bertahajud... Beribadatlah
seikhlas hati dan bermohonlah
sepenuh rasa yakin di hati..


Dipanjangkan ilmu dari sahabat
jauh di mata dekat di hati ...
...perumpamaan komunikasi doa
antara kita dgn Allah..

“ Kita mohon doa dlm bahasa Arab
tapi tak tahu makna dlm bahasa Melayu...
Tak erti... Kita pun tak faham apa yg kita mohon... Ibarat kita pergi kedai... nak beli barang... Tapi tak tahu nak beli yg mana satu...jadi kesimp**an nya... tuan kedai
pun tak boleh membantu apa yg kita
sedang cari sebenarnya... “

Itu sebab ilmu tu wajib di timba..
Kemudian kita amalkan berserta
fahaman... Kemudian istiqomah...
Kalau tidak sia ²aja usaha kita..


Sahabat-sahabat..

Sama-sama kita bermohon kepadaNya
dengan rasa penuh pengharapan
dan takut..

Inshaa Allah dimakhbulkan doa
mengikut keperluan kita dan
Dia Maha Sempurna Merancang
kehidupan setiap hambaNya..

Apa pun situasi yg “Allah ciptakan”
utk kita sbg “ ujian kehidupan”
responlah dgn penuh rasa syukur dan
didiklah diri utk sentiasa bersabar &
bersangka baik dgn perancangan Allah

+++++++++
Semoga page ini mendapat pimpinan dan mengundang rahmat Allah demi beroleh kebaikan.

Kita perlukan Allah untuk beri kejayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Kita perlukan Allah untuk membimbing dalam setiap kesusahan yang menimpa hidup kita.

Inilah rahsia disebalik doa ini, yang boleh kita amalkan ayat ke-80 dalam surah al-Isra.

Address

No 16 Jalan Cempaka Biru 3/5
Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bee HAPPYbiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share