Alumni Intaff UUM

  • Home
  • Alumni Intaff UUM

Alumni Intaff UUM Laman ini berhasrat mengumpulkan alumni program Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (Kepu

Alumni Intaff UUM dianggotai oleh semua alumni program BIAM yang telah tamat pengajian dan berada di industri tidak terhad kepada sektor awam, swasta, bekerja sendiri atau yang tidak bekerja. Himpunan alumni BIAM diharapkan dapat mengumpul maklum balas tentang kesesuaian program dan sejauh mana kandungan kursus yang ditawarkan terus relevan kepada industri. Alumni program BIAM telah berada di pasa

ran kerja melebihi satu dekad lamanya. Kepelbagaian kerjaya di kalangan alumni menjadi bukti satu wadah kelangsungan ilmu yang jitu hasil dari cetusan idea penubuhan sebuah program yang sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Assalamualaikum, rakan2 sekalian, hari ini kita merasa sedih. Dr. Aziz, Dekan FPA UUM mengesahkan tadi sahabat kita Ahma...
14/12/2013

Assalamualaikum, rakan2 sekalian, hari ini kita merasa sedih. Dr. Aziz, Dekan FPA UUM mengesahkan tadi sahabat kita Ahmad Amir Abdullah @ Abg Amir, bekas alumni Intaff telah kembali ke Rahmatullah. Arwah meninggal dunia sangat senang. Meninggal masa tidur, kena serangan jantung. Arwah menjadi antara pelajar veteran batch kedua Intaff, juga adalah pensyarah Intaff di FPA ketika hayatnya dan sebelum itu adalah wira negara dalam pasukan TLDM. Buat yang tidak mengenali, ini gambar arwah (sebelah kanan) bersama rakannya YB Dato' Daud, ADUN Selama. Doakanlah rohnya di jannah. Al Fatihah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya jemput semua warga alumni sekalian. Tq
13/12/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya jemput semua warga alumni sekalian. Tq

Audit ASEAN University Network - Quality Assurance telah dijalankan pada 15-18 September 2013. Audit ini bertujuan menin...
18/09/2013

Audit ASEAN University Network - Quality Assurance telah dijalankan pada 15-18 September 2013. Audit ini bertujuan meningkatkan pengiktirafan global terhadap UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka. Program BIAM telah dipilih sebagai sampel program untuk diaudit kerana jumlah pelajar dan pensyarah antarabangsa yang paling ramai di UUM. Wakil pelajar, alumni dan majikan telah dijemput untuk turut serta dalam audit yang dijalankan pada 17 September 2013. Penyertaan alumni diharapkan dapat memantapkan dapatan hasil audit.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Intaff UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alumni Intaff UUM:

  • Want your business to be the top-listed Recruitment Company?

Share