18/05/2023
KERJA-KERJA PEMBAIKAN KUARTERS & BANGUNAN KERAJAAN, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BILANGAN 1/2023
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman, Pentadbiran ini akan mengadakan sesi cabutan undi bagi kerja-kerja pembaikan kuarters & bangunan kerajaan bilangan 1/2023. Sehubungan itu, syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai cabutan undi ini dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:
a) Berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) ;
b) Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 - CE21 dalam Daerah Timur Laut;
c) Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK);
d) Mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB).
3. Syarikat yang berminat perlu mengemukakan salinan Sijil CIDB, SPKK, STB dan profail syarikat kepada pentadbiran ini dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Tingkat 30, KOMTAR, Pulau Pinang bermula 22 Mei 2023 sehingga 24 Mei 2023 sebelum jam 12.00 tengah hari. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan cabutan undi ini tuan/puan boleh menghubungi En. Abdul Aziz bin Ahmad di talian 04-6505837.
4. Selain itu, syarikat-syarikat yang telah mendaftar dan menghantar salinan dokumen adalah diwajibkan menghadiri bagi proses cabutan undi yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 30 Mei 2023 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi
(pendaftaran bermula jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi)
Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang,
Jalan Utama, 10450 Georgetown, Pulau Pinang
Kehadiran : Pemilik Syarikat Sahaja (Wakil tidak dibenarkan)
5. Sila bawa bersama Sijil Asal CIDB, SPKK, Kad Pengenalan dan Cop Syarikat.