20/09/2023
Ya Allah ya tuhanku, terima kasih ats rezeki kurniaanmu,
mgkin dengan perniagaan tauhu begedil montoq inilah jalan rezeki ku dengan izinmu ya Allah,
Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah perniagaan yg sedang hambamu bersama team tbm usahakan ini sebagai satu jalan rezeki yg penuh keberkatan
Jagalah hati2 kami supaya jujur & ikhlas dalam menjalankan perniagaan ini ya Allah
Lindungi & jauhkanlah kami dari menjalankan perniagaan yg menyakiti insan lain, yg ada kepentingan diri semata mata atau hanya kerana wang semata mata
Tapi kau peliharalah kami supaya menjalankan perniagaan ini atas niat mendapat keberkatan, memberi khidmad yg baik, serta dapat berkongsi rezeki sesama yg memerlukan
Engkau jua yg maha kaya juga maha menguasai,
Jika ada rezeki kami dalam perniagaan ini kau jadikanlah rezeki itu sbgai panduan untuk kami terus bersyukur supaya kami tidak lalai atas pemberiaan dan nescaya dgn syukur jua rezeki itu terus mengalir
Jagalah ejen2 kami, jagalah hati pelanggan2 kami, jagalah hati pembekal2 kami serta yg bersama sama menjayakan perniagaan ini samaada secara langsung atau tidak langsung,
Kerana kami tau engkaulah maha penghantar pengantaraan diantara kami untuk menjalankan perniagaan ini,
Sesungguhnya tiada daya kami melainkn dgn izinmu jua ya Allah
Jika ada kekurangan dari kami dalam menjalankn perniagaan ini maka kau didiklah kami supaya bermuhasabah demi kebaikan,
Pupuklah rasa cinta, rasa sayang kami sesama pelanggan, sesama ejen, sesama pembekal, sesama team mahupun insan yg mengenali supaya kami terhindar dari menjalankn perniagaan yg menyakiti hati mahupun yg melukai sesiapa,
Kami ingin seikhlasnya berjihad dijalanmu melalui perniagaan ini ya Allah, jika kami tersasar kau pandulah kami supaya terus berada di jalanmu yg lurus ya Allah,
Andai kata suatu hari nanti sampai masa kami pulang kepadamu ya Allah, moga bekalan jihad perniagaan yg kami telah jalankan ini dapat menjadi bekalan jua...
Semoga rahmat dan hidayahmu sentiasa memayungi kami ya Allah,
Aamiin.. Aaamiin, Aamiin ya rabalalamin,